Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut.

By Cikla Shahril - April 10, 2018

Macam dah lama cikla tak share resepi kan? Kali ni cikla nak share kek kukus moist yang senang gila. Cikla rasa kalau dah basic nya coklat tak kiralah kuih ke, biskut ke, kek ke, memang semuanya mesti sedap dan menjadi kegemaran semua orang tak kira tua ke muda, kanak-kanak lebihlah lagi kan. Favourite mereka. 

Nak dijadikan cerita, minggu lepas masa mak cikla stay dekat rumah cikla, mak cikla ajar cikla buat kek kukus yang sangat senang. Tak perlu guna mixer dan oven. Tapi, korang kena ada pengukus. Dah namanya kek kukus kan.

So, disebabkan terlalu excited nak tau, cikla dengan pantasnya pergi ke kedai mencari bahan yang diperlukan. Mujurlah semua bahan ada. Dah tu, apa lagi. Mari kita mulakan operasi. 

Sebenarnya, resepi kek yang super duper senang dan sedap ni mak cikla ambil dari iresipi.com. Thanks pada yang share resepi kek yang sedap banget ni.

Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut.

Untuk pengetahuan korang, tempoh masa nak buat kek ni takdelah lama sangat sebab masa penyediaan bahan dianggarkan dalam 30 minit dan tempoh memasak kek pula adalah 40 minit. So, jom kita tengok dulu bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek moist ni. Ada bahan yang mak cikla tambah sendiri (derhaka resepi, hehe).

Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung gandum. 
1 cawan serbuk koko. 
1 cawan gula perang. 
1 cawan susu coklat Dutch Lady. (guna brand lain pun boleh. Janji susu coklat. Cikla guna susu coklat brand Goodday). 
1 cawan minyak masak. 
1/2 cawan susu pekat manis. 
1 sudu kecil soda bikarbonat. 
1 sudu kecil serbuk penaik.
3 biji telur. 
Sedikit coklat masakan, serbuk koko, marjerin dan coklat rice (untuk hiasan topping).

Cara untuk kek :
  1. Langkah pertama, panaskan dulu pengukus. 
  2. Tepung gandum diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik. Ketepikan. 
  3. Kemudian, masukkan serbuk koko, gula perang, susu coklat, minyak dan susu pekat ke dalam periuk dan kacau campuran tersebut di atas api yang perlahan sehingga semua bahan melarut. Dah siap, tutup api. 
  4. Dalam bekas yang berlainan, pecahkan telur dan pukul sehingga kembang, kemudian masukkan ke dalam periuk (dalam langkah 3).
  5. Selepas itu, masukkan tepung yang telah siap diayak ke dalam bancuhan tadi, dan kacau sebati. 
  6. Setelah siap, sapukan marjerin atau mentega pada loyang sebelum adunan tadi dimasukkan ke dalamnya. Kemudian, masukkan loyang tersebut ke dalam pengukus dan kukus adunan tersebut selama 1 jam atau sehingga kek masak.

Tip untuk tau kek sudah masak ke belum, bila dah cukup 1 jam, ambil lidi yang bersih atau garfu, cucuk pada kek. Kalau takde kesan kek melekat pada lidi atau garfu, maknanya kek dah masak. Kalau sebaliknya, lanjutkan masa mengukus sehingga kek betul-betul masak.

Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut.
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. 

Cara untuk buat topping :

Bab kek dah settle. Sekarang kita buat topping pulak. Dalam bekas yang sesuai, cairkan 2 sudu marjerin, kemudian tambahkan 1 sudu serbuk koko dan 3 sudu susu pekat mengikut selera masing-masing. Kacau campuran sehingga sebati.

Macam mak cikla, kek yang siap dikukus, dikeluarkan daripada loyang dan diletakkan di dalam dulang kecil atau bekas yang sesuai supaya senang kita nak letak topping tu nanti. 

Bila kek dah sejuk sikit, sagatkan coklat masakkan dan taburkan ke atas kek. Lagi penuh coklat yang ditabur lagi sedap. Biarkan coklat tu meresap masuk ke dalam kek. Nanti bila kita gigit kek tu, terasa 'kerangupan' coklat tu dan mencair kat dalam mulut. Uiii sedapnya. 

Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut.
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. 

Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut.
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. 

Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut.
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. 

Lepas dah settle tabur coklat masakan yang disagat tu, baru tuangkan topping ke atas kek.  Tuang sampai habis biar sampai meleleh-leleh mengelilingi kek. Selepas itu, baru taburkan coklat rice di atasnya. Dah siap hias semua, masukkan kek ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Tapi cikla tak dan nak tunggu semalaman. Adalah dalam 3 jam gitu, dah potong. Mana taknya, budak-budak asyik sibuk tanya bila boleh makan kek. Adoiii. 

Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut.
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. 

Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut.
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. 

Tapi, memang sedap kek ni. Rasanya lembut, moist dan yang paling penting kaya dengan rasa coklat. Lembut dan cair di dalam mulut. Korang patut cuba. Anak-anak korang mesti suka punyanya. Sekali rasa, nanti hari-hari mereka suruh ibu buat. Haha...

Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut.
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. 

Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut.
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. 

Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. nampak sedap sangat. teringin nak buat , tapi tak reti :(

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  2. alaa....sedapnyer...serta merta rasa nak makan..hihi...

    ReplyDelete
  3. Sy dh mkn. Sedapppp! 😁😁

    ReplyDelete
  4. hadoi, cikla. bikin air liur meleleh la...
    ni kalu buat kat umah, abis la diet 1 bulan aida yg lepas :) ha ha ha ha

    ReplyDelete
  5. senang je rupanya! Nanti nak try lah sebab semua bahan ada :D

    ReplyDelete
  6. Sedapnya lahaiiii. Nak kne buat jugak ni

    ReplyDelete
  7. Aduh berkilatnya. Tapi memang kek coklat kukus ni sedap sebab lembutttt je..

    ReplyDelete