Kanser tiroid : Risiko dan jenis-jenisnya yang perlu kita tahu.

By Cikla Shahril - April 23, 2018

Bagi cikla, walaupun ada yang mengatakan kanser tiroid adalah kanser paling tinggi peratusannya untuk sembuh, tapi kanser tetap kanser. Jangan pernah percaya dengan kanser, dan kita kena selalu sentiasa alertAlert dengan simptom dan apa saja yang tak kena pada diri kita. 

Sebelum tu, apa kata kita refresh balik apakah dia organ yang kecil je dalam badan kita, tapi fungsinya sangat penting. 

Secara umumnya, kelenjar tiroid adalah sejenis kelenjar yang terdapat di bahagian hadapan leher dan berbentuk seperti rama-rama. 

Kelenjar ini juga mempunyai dua bahagian yang dikenali sebagai lobus yang mana ia dipisahkan oleh istimus iaitu secebis tisu yang berstruktur nipis. 

Selain daripada itu, terdapat empat atau lebih (biasanya empat) kelenjar kecil paratiroid yang mana ia terletak di belakang kelenjar tiroid. 

Kelenjar paratiroid yang kecil ini berfungsi menghasilkan hormon paratiroid yang mana ia membantu mengekalkan aras kalsium yang sesuai untuk kesihatan kita.

Kanser tiroid : Risiko dan jenis-jenisnya yang perlu kita tahu.
Kanser tiroid : Risiko dan jenis-jenisnya yang perlu kita tahu. Sumber Google. 

Kanser tiroid : Risiko dan jenis-jenisnya yang perlu kita tahu.
Kanser tiroid : Risiko dan jenis-jenisnya yang perlu kita tahu. Sumber Google. 

Sebagaimana yang kita tau, fungsi utama kelenjar tiroid adalah untuk menghasilkan hormon. Ia mempunyai dua jenis sel yang penting untuk menghasilkan hormon  iaitu : 

  1. Sel folikel - Menghasilkan hormon tiroid yang mempengaruhi kadar denyutan jantung, suhu badan dan metabolisme (aras tenaga) 
  2. Sel C - Menghasilkan kalsitonin iaitu sejenis hormon yang membantu mengawal aras kalsium dalam darah. 

Basically, masalah yang berkaitan tiroid ini biasanya melibatkan dua jenis penyakit iaitu berkaitan dengan fungsi tiroid (kanser) atau modus tiroid (bukan kanser).

Untuk pengetahuan korang, kanser tiroid bermula apabila sel kelenjar tiroid menjadi tak normal, termasuklah ia membesar tanpa kawalan dan membentuk jisim tisu (ketumbuhan atau tumor). 

Ketumbuhan pada tiroid ini dikenali sebagai nodul yang mana ia mungkin berbentuk BENIGNA (bukan kanser) atau MELIGNAN (kanser). Ada pelbagai ciri yang dapat membezakan antara nodul benigna dengan nodul melignan. 

Berikut merupakan ciri yang membezakan kedua-dua nodul tersebut, iaitu : 

* Nodul Benigna ;
  1. Biasanya tak mengancam nyawa akan tetapi ia bergantung jugak kepada tempat di mana ia ditemui dan saiznya.
  2. Tak menembusi tisu di sekelilingnya. 
  3. Tak merebak ke bahagian lain badan. 
  4. Biasanya tak perlu dibuang. 

* Nodul Melignan ;
  1. Sesetengahnya adalah dalam keadaan ianya boleh mengancam nyawa.
  2. Boleh menebusi tisu dan organ di sekitarnya. 
  3. Boleh merebak ke bahagian lain dalam badan. 
  4. Boleh dibuang atau dimusnahkan tapi kadang-kadang kanser tersebut boleh muncul kembali dalam tempoh masa tertentu. *inilah yang paling ditakuti kan, cancer recurrent.

Kalau korang nak tau, sel kanser tiroid boleh merebak ke salur darah yang mampu membentuk tumor baru dan memusnahkan organ lain dalam badan. Terdapat empat jenis kanser tiroid, iaitu : 

  1. Tumor papilari - Tumor jenis ini berkembang di dalam sel-sel yang menghasilkan hormon tiroid yang mengandungi iodin. Ia biasanya tumbuh secara perlahan. Walau bagaimanapun, tumor ini boleh merebak ke nodus limfa (lymph node) pada leher atau kawasan berdekatan dengannya. Kebanyakan tumor jenis ini dapat dirawat walaupun sel-sel tersebut telah merebak ke nodus limfa yang berdekatan. Tapi, ia juga bergantung kepada sub jenisnya dan kesempurnaan pembedahan serta tahap penyakit. 
  2. Tumor folikel - Tumor ini berkembang di dalam sel-sel yang menghasilkan iodin dan mempunyai satu lapisan tisu nipis di sekelilingnya yang dinamakan kapsul. Kebanyakan tumor ini boleh dirawat tapi ianya mungkin susah untuk dirawat bila tumor tersebut telah menembusi salur darah atau tumbuh melepasi kapsul ke dalam struktur yang berdekatan dengan leher. Akan tetapi, ia juga bergantung kepada sub jenisnya, kesempurnaan pembedahan dan tahap penyakit. 
  3. Tumor medula - Tumor jenis ini menjejaskan sel tiroid yang menghasilkan hormon yang tidak mengandungi iodin. Selain itu, tumor jenis ini tumbuh secara perlahan akan tetapi lebih sukar untuk dirawat berbanding dengan tumor papilari dan folikel. Kanser tersebut merebak ke bahagian lain dalam badan. 
  4. Tumor anaplastik - Tumor ini merupakan tumor tiroid yang paling cepat merebak dan boleh merebak dengan pantas ke bahagian lain dalam badan. 

Kanser tiroid : Risiko dan jenis-jenisnya yang perlu kita tahu.
Kanser tiroid : Risiko dan jenis-jenisnya yang perlu kita tahu. Sumber Google  

Bagi cikla, semua orang perlu sentiasa alert dengan diri sendiri terutama jika terdapat perubahan yang mencurigakan. Iyelah kan, sebab semua orang ada kelenjar tiroid. Betul tak? 

Terdapat beberapa faktor risiko kanser tiroid  iaitu : 

  1. Orang yang sering terdedah kepada sinaran-X yang tinggi berisiko mendapat kanser tiroid. Selain itu, mereka yang selalu menggunakan sinar-X walaupun dalam dose rendah jugak mempunyai risiko yang sama. 
  2. Wanita lebih berisiko mendapat kanser tiroid berbanding dengan lelaki. Ada kajian dari statistik Kanser Malaysia untuk Semenanjung Malaysia (2006) menunjukkan wanita adalah 3 kali ganda berisiko mendapat kanser tiroid berbanding lelaki.
  3. Terdapat kanser tiroid yang mungkin diwarisi. Maknanya, kalau ibu atau ayah atau kaum keluarga yang mengidap kanser tiroid, maka kita juga berisiko untuk mendapatnya. 

Kredit Info dari Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Tq for sharing, a good info.

    ReplyDelete
  2. thanks for this post, Cikla! Mine is papillary thyroid, next week Khamis operate utk remove right lobe. February hari tu dah remove kiri & lump size 5cm. Please pray for me ya :) Please dont stop writing, sgt2 useful posts2 you semua :)

    ReplyDelete