FIBROID : Punca dan cara menanganinya.

By Cikla Shahril - April 12, 2018

Fibroid, endometriosis, ovarian cyst, dan banyak lagi penyakit yang berkaitan dengan peranakan ni boleh dikatakan penyakit yang biasa kita dengar berlaku dikalangan wanita, tapi hakikatnya punca sebenar mengapa ia berlaku masih lagi samar-samar dan belum diketahui.

Cikla ingat lagi, masa cikla mengandungkan kakak Damia, doktor telah mengesan yang cikla ada cyst di sebelah kiri rahim. 

Masa tu, kandungan belum besar lagi. Kalau tak salah bawah 5 bulan. Tapi, alhamdullilah bila kandungan semakin besar, lama-kelamaan cyst tu mengecut dah hilang sampailah cikla bersalin dia. 

Bila mengandung lagi, alhamdullilah cyst tu tak pernah muncul lagi. *cyst hilang, bengkak tiroid pulak muncul, hihi.

Itu pengalaman cikla dengan cyst lah. Tapi, bila bercakap mengenai fibroid pulak, kebanyakan wanita yang mempunyai fibroid ni perutnya akan membesar. 

Apa yang menggerunkan, pembesaran perutnya tidak ubah seperti wanita mengandung cukup bulan!

Untuk pengetahuan korang, menurut Dr Hamid Arshat, seorang pakar sakit puan, punca yang menyebabkan ketumbuhan fibroid ni wujud adalah ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron di samping ia berpunca dari faktor genetik dan persekitaran (kelemahan imunisasi badan dan pencemaran toksin).

Katanya lagi, ada beberapa keadaan yang menyebabkan hormon estrogen meningkat iaitu faktor obesiti. 

Ini kerana, kewujudan lemak yang berlebihan akan menggalakkan pembentukan estrogen seterusnya mengurangkan hormon progesteron.

Selain itu, sumber lain bagi estrogen adalah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. 

Kalau korang nak tau jugak, wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovari seperti Polycystic Ovaries Syndrome (PCOS) juga akan mengalami masalah hormon estrogen berlebihan dan kekurangan hormon progesteron.

So, beliau telah menyarankan beberapa langkah untuk mengawal penghasilan estrogen agar risiko ketumbuhan dapat dikurangkan. 

Sebenarnya, estrogen dibentuk daripada kolesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enzim aromatase diperlukan.

Langkah atau tip untuk mengawal estrogen.

(1) Berusaha untuk mengekalkan berat badan supaya mencapai BMI yang sepatutnya sebab obesiti boleh menggalakkan penghasilan estrogen secara berlebihan.

(2) Bersenam kerana dengan bersenam ia dapat mengimbangkan hormon estrogen dan progesteron.

(3) Berusaha mengawal tekanan, kerana di samping tekanan atau stress boleh mempengaruhi tahap estrogen, ia jugak boleh meningkatkan hormon cortisol jugak. Selain itu, kawallah tekanan dengan membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat, bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.

Untuk pengetahuan korang, deep breathing exercise boleh dilakukan di mana-mana setiap satu atau dua jam. Ia dikatakan boleh membantu memberi ketenangan fikiran, sekaligus mengimbangkan hormon estrogen dan progesteron.

Selain itu, korang boleh mengamalkan beberapa jenis makanan untuk mengawal tahap estrogen iaitu :

  1. Buah delima. 
  2. Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, sawi dan bayam. 
  3. Minyak zaitun. 
  4. Cendawan Shitake. 
  5. Biji Anggur (grapeseed). 
  6. Oat. 
  7. Buah-buahan citrus seperti lemon, limau kasturi, limau bali dan limau nipis. 
  8. Bawang Putih. 
  9. Kunyit. 
  10. Minyak kelapa dara. 
  11. Buah-buahan beri.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. kita pompuan kena alert dgn semua ni.
    emak aida, da remove fibroid dulu kala.
    before the removal, Allahu Akbar, pendarahan for a few weeks non stop, cikla.
    then kakak sulung aida pun dah remove.
    fibroid 5 kg! tu la punca kakak sulung aida x dpt anak. keguguran and keguguran :(

    ReplyDelete
  2. sekarang badan dah naik memang risau sangat kena penyakit ni :(

    ReplyDelete
  3. Ada orang sampai sudah pun tak perasan ada fibroid.ada orang walaupun fibroid nya kecik, simptomnya bukan main lagi.

    ReplyDelete