5 tip utama mencegah tersedak susu.

By Cikla Shahril - April 20, 2018

Setiap baby yang baru lahir perlu diberikan susu ibu untuk tumbesaran dan kesihatan optimal mereka. Ibu perlulah memberi susu badan (kecuali ibu yang mempunyai sebab tertentu tak boleh bagi susu badan) sehingga anak mereka 6 bulan (penyusuan eksluksif) dan sebaiknya diteruskan penyusuan tersebut sehingga anak berusia 2 tahun. Macam cikla sendiri, alhamdullilah keempat-empat anak cikla memang diberi susu badan sejak mereka lahir sehinggalah mereka berusia 6 bulan. Memang tercapailah konsep penyusuan eksluksif tu.

Kakak Batrisyia dengan kakak Damia merasalah menyusu sampai umur 2 tahun. Cuma abang Ammar dengan adik Zara je tak dan nak menyusu sampai umur 2 tahun. Abang Ammar bercerai susu sebab cikla melahirkan adik Zara (gap umur diaorang 1 tahun). Adik Zara pulak terpaksa cerai susu sebab cikla operate buang kelenjar tiroid. Memamg doktor suruh stop breastfeeding sebab lepas operate kena buat rawatan RAI pulak. Cikla ada share pasal ni sebelum ni.

Kebelakangan ini, kita selalu mendengar berita baby tersedak susu. Bahaya kan? So, berbalik kepada tajuk entri di atas, baby yang menyusu menggunakan botol seharusnya dipantau lebih lagi terutama semasa mereka menyusu. Ini kerana, kelalaian ibu atau penjaga boleh mengundang kecelakaan kepada baby sebab mereka terdedah kepada risiko tersedak atau tercekik susu. Apa yang terbaik adalah sentiasa mengawasi dan menggunakan teknik yang betul semasa menyusukan baby mengunakan botol susu.

Antara teknik atau cara yang betul semasa menyusukan baby dengan menggunakan botol susu adalah seperti berikut :

  1. Kedudukan baby yang dirapatkan ke dada ibu atau penjaga semasa menyusu. 
  2. Semasa menyusu, kepala baby adalah dalam kedudukan lebih tinggi dari badannya. 
  3. Botol susu perlu dijungkitkan supaya bahagian puting dipenuhi berisi susu.

Berikut merupakan 5 tip utama mencegah tersedak susu, iaitu :

  1. Jangan sesekali meninggalkan baby menyusu bersendirian. 
  2. Jangan menggunakan kain atau bantal untuk menyokong botol susu. 
  3. Pastikan baby tak tertidur sambil menyusu atau susu masih mengalir ke dalam mulutnya. 
  4. Selain dari risiko tersedak susu, susu yang mengalir boleh menyebabkan kerosakan gigi. 
  5. Elakkan memberi susu dalam keadaan baby baring atau terlentang.

Orang cakap cegah sebelum kena, betul tak? Kalau korang nampak anak korang mempunyai tanda atau simptom seperti sukar bernafas, gelisah (restless), warna kulit pucat atau kebiruan dan kulit terasa sejuk, segera berikan bantuan kecemasan ataupun dapat bantuan segera dari klinik atau hospital berdekatan (call 999). Kepantasan kita bertindak, InshaAllah menyelamatkan nyawa anak kita. Pilihan di tangan kita!

Kredit : Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. thanks for sharing..izinkan saya share boleh?

    ReplyDelete
  2. Betul tu cikla.. Mencegah lebih baik.. Nice sharing..

    ReplyDelete
  3. @CikLa... angin dalam botol (& punting) juga boleh akibat tersedak baby bukan? Tak silap boleh akibat kembong perot juge rasenyae...

    ReplyDelete
  4. lagi satu ada perangai suka sumbat botol susu masa baby menangis kadang boleh tersedak kalau baby terkejut

    ReplyDelete