Selamat Hari Wanita Sedunia 2018.

By Cikla Shahril - March 08, 2018

Hari ni adalah hari yang istimewa bagi semua wanita di seluruh dunia. Kalau dulu, kaum wanita ini ada kalanya di pandang sebelah mata lebih-lebih lagi dari segi kemampuan dan pencapaian diri, tapi kini 'kedudukan' wanita sudah setaraf malah ada yang lebih tinggi dari lelaki. Kita selalu dengar, wanita insan yang lemah, tapi cikla rasa perumpamaan ni sudah kurang relevannya pada zaman sekarang.

Kita tengok ajelah, sekarang ni berapa ramau wanita yang berjaya menyandang jawatan tinggi seperti lelaki. Ada yang menjadi ketua di sesebuah organisasi. Tak boleh nak disangkal lagi kan. Betul tak? Cikla baru tengok rancangan Selamat Pagi Malaysia tv1, yang mana semasa slot Inspirasi Wanita, mereka menjemput CEO sebuah syarikat mengeluarkan ubat dan seorang wanita berpangkat Leftenan yang mana beliau adalah wanita pertama Malaysia yang dilantik menyandang jawatan itu.

Persepsi terhadap wanita dewasa ni sememangnya berbeza dengan wanita zaman dulu. Berbeza sangat tau! Itu belum lagi kira pengorbanan dan kepayahan wanita dalam membesarkan anak-anak, bermulalah sejak dia berhempas pulas menyabung 'nyawa melahirkan zuriat tersayang. Apa yang sepatutnya, hargainya mereka sebab mereka bukan perlukan wang ringgit walaupun ia satu keperluan.

Selamat Hari Wanita Sedunia 2018.

Selamat Hari Wanita Sedunia 2018.

Wanita, 
Engkaulah isteri, ibu, anak, ibu mertua, kakak ipar, adik perempuan.
Engkaulah sinar kepada keluargamu, 
Setiap hari engkau berhempas pulas menyiapkan apa yang patut untuk anak-anak dan keluarga, 
Celik saja mata engkau tangkas memainkan perananmu, 
Segala perit getir engkau telan dengan hati yang redha, 
Pengorbananmu sememangnya tak terbalas, 
Doamu sentiasa menjadi dambaan, 
Hanya engkaulah wanita, yang menjadi kesayangan semua orang selama-lamanya.

"Happy Women Day 2018"

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Selamat hari wanita sedunia cikLa..

    ReplyDelete
  2. selamat hari wanita cikla.

    ReplyDelete
  3. selamat hari wanita buat tuan tanah !

    semoga 1001 kebaikan mengiringi hidup sis..aaaminnn ~

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Wanita untuk semua kaum wanita.
    Anda semua memang hebat

    ReplyDelete
  5. selamat hari wanita dari aida utk cikla :)
    moga kita jadik wanita yg marbeles utk agama dan keluarga.

    ReplyDelete