Rahsia mantapkan dalaman wanita.

By Cikla Shahril - March 13, 2018

Biasanya kita dengar orang-orang tua sering berpesan kepada anak-anaknya terutama anak perempuan supaya sentiasa menjaga bahagian dalaman terutama bahagian intim walaupun sudah berkahwin. 

Ini kerana, menurut mereka di situlah terletaknya 'rahsia' kebahagiaan rumah tangga. Seperti yang kita selalu dengar, untuk memantapkan bahagian dalaman, amalan yang dilakukan sejak dulu lagi adalah dengan meminum jamu terutama selepas bersalin ataupun selepas haid.

Memang tak dinafikan, memang terlalu banyak lambakan produk berasaskan jamu di pasaran sekarang. 

Tapi, apa yang terbaik kita tak perlu nak beli pun sebab 'minuman' ini kita boleh buat sendiri je sebab memang senang (kalau ikut stepnyalah kan hehe).

Rahsia mantapkan dalaman wanita.

Resepi mudah membuat air jamu - rahsia mantapkan dalaman wanita.

Berikut merupakan bahan-bahannya:

1 ketul halia (anggaran besar ibu jari). 
1 ketul kunyit (anggaran besar ibu jari). 
2 batang serai (dua batang). 
2 helai daun pandan (2 helai). 
Gula batu atau madu (ikut cita rasa). 
3 cawan air.

Bagaimana nak membuatnya? 

  • Basuh semua bahan bersih-bersih dan masukkan dalam periuk. Macam halia, kunyit, serau dan daun pandan tu korang boleh hiris kalau korang suka.
  • Kemudian, masukkan 3 cawan air, dan biarkan ia mereneh sampai menjadi 1 cawan air.
  • Selepas air rebusan dianggar menjadi 1 cawan, tutup api dan biarkan ia suam sebelum diminum.

Untuk wanita/isteri yang mahu merapatkan bahagian intim bolehlah tambahkan 1 biji manjakani. Tapi, ia tak sesuai untuk yang belum berkahwin. 

Di samping itu, bagi yang menghadapi masalah keputihan pula, boleh tambahkan 2 helai daun sirih.  

Amalkan meminum air ini SEBULAN sekali saja. Tapi korang kena ingat, minuman ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Dari segi rasanya, ia tak pahit malah berbau harum sebab ada daun pandan kot. 

Tapi, kalau korang campur dengan majakani, ia akan menjadi pahit. Tapi, tak apalah. Orang cakap, 'pahit itu ubat.'

Selain itu, untuk wanita yang mengalami keadaan haid yang tak teratur, boleh juga mencuba minuman jamu ini tapi pastikan pengambilannya sebulan sekali je. 

Ini kerana, dikatakan penggunaan manjakani, sirih dan kunyit yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.

Apakah khasiat minuman jamu ini?

Antara khasiatnya adalah:
  • Membersihkan rahim selepas haid. 
  • Mengeluarkan angin dalam tubuh. 
  • Memecahkan lemak-lemak di perut.
  • Mengurangkan masalah bau badan.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Kredit : Telegram.me/PetuaDanKesihatan. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Sekali sekala minum jamu... bgs jg , dulu bujang kerap makan jamu... dah kawin tak minum dah... sebab fokus nak pregnant... hahan

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/google-adsense-approve.html

    ReplyDelete
  2. pernah minum 2 kali jew.. hehe minum lepas bersalin

    ReplyDelete