Khas untuk lelaki : Mahu berhenti merokok? Cuba petua ini...

By Cikla Shahril - March 24, 2018

Semua orang tahu, merokok sememangnya akan memudaratkan kesihatan, tak kiralah bagi mereka yang menghidap dan mereka yang menghidu asapnya. 

Tapi, mengapa agaknya orang masih menghisap rokok walaupun tahu ia membahayakan? Jawapannya hanya ada pada tuan empunya diri, sebab mungkin mereka mempunyai pendapat atau alasan yang tersendiri. 

Khas untuk lelaki : Mahu berhenti merokok? Cuba petua ini...
Khas untuk lelaki : Mahu berhenti merokok? Cuba petua ini... 

Bagi mereka yang berazam untuk berhenti merokok, ini juga merupakan satu cabaran yang 'dashyat' bagi mereka. Kenapa cikla kata 'dashyat'? Sebab memang amat susah untuk ubah apa yang kita telah lama lakukan. Orang kata dah jadi habit kan. Memang memerlukan pengorbanan dan hati mesti kena kental.

Dalam keluarga cikla sendiri, hampir semua dalam keluarga cikla (of course lelakilah) memang seorang perokok. Abah cikla, adik-adik lelaki cikla dan encik suami pun merokok juga. 

Tapi, encik suami bukanlah seorang perokok tegar. Dia merokok bila dengan kawan-kawan dia je. Bila dengan cikla dan berada di rumah, memang dia tak pernah merokok pun.

So, kepada abang-abang yang bertekad nak berhenti merokok, meh baca petua yang cikla nak share dengan korang ni. Bak kata orang tua-tua, tak boleh buat semua dapat buat satu dua jadilah kan. Janji ada inisiatif di situ. Hehe.

Khas untuk lelaki : Mahu berhenti merokok? Cuba petua ini...
Khas untuk lelaki : Mahu berhenti merokok? Cuba petua ini... 

  • Melengah-lengah - Maknanya, melengahkan tindak balas ke atas keinginan korang untuk merokok, contohnya jorang saja je melambat-lambatkan mencari rokok. Kalaulah rokok dah ada di tangan pulak, janganlah korang nyalakan terus. Korang tunggulah agak-agak 5 minit camtu. Katakan pada diri korang, "Aku boleh berhenti merokok." setiap kali korang mahu merokok.
  • Menarik nafas panjang - Tarik nafas korang dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan.
  • Amalkan meminum air dengan banyak -  Kita memang sangat digalakkan untuk meminum air dengan banyak. Air yang terbaik untuk diminum adalah air galian atau air masak suam. Korang kena elakkan dari meminum air berkafein seperti kopi atau teh, sebab ia akan membuatkan korang ingin merokok selepas meminumnya.
  • Melakukan aktiviti sihat - Isikan masa terluang korang dengan aktiviti yang berfaedah dan lakukan apa aje asalkan ia boleh mengalihkan fikiran korang daripada rokok. Bila korang 'leka' melakukan aktiviti korang tu, insha'Allah lama-kelamaan keinginan korang untuk merokok akan hilang. 
  • Menguyah sesuatu -  Bagi cikla kalau bab kunyah-kunyah ni, yang paling senang nak dikunyah adalah chewing gum. Tapi, itu macam kurang sihat pulak kan. Apa kata korang tukar kepada snek sihat seperti buahan-buahan, salad dan sebagainya. Lagipun, chewing gum tu manis kan. So, kalau boleh kena elakkanlah. Nanti penyakit lain pulak mendapatnya. Huhu. Mandi atau basuh tangan sekerapnya - Cikla tak pasti apakah reasonnya, tapi itulah yang disarankan kepada mereka yang hendak berhenti merokok. Kalau korang berada di rumah, mandilah sekerapnya atau korang basuhlah tangan korang tu setiap kali korang terasa nak merokok. 
  • Melakukan senaman regangan - Kalau korang rasa mengantuk, korang boleh buat senaman regangan setiap. 
  • Memohon doa Cikla rasa, inilah terpenting. Bukan apa, sebagai manusia kita hanya merancang tapi Allah menentukan. Jangan lupa memohon doa kepadaNya supaya dipermudahkan azam dan usaha korang untuk berhenti merokok. Ingat, jangan jemu meminta.

Ada satu tip lagi cikla nak tambah. Elakkan dari melepak dengan orang-orang yang merokok. Kalau korang lepak dengan mereka, tak mustahil korang akan terikut merokok sama. Iyelah, mesti ada kawan-kawan yang offer rokok kan. 

Biasalah tu, dah tau dah. Semoga tips dan petua ini dapat membantu mereka yang tekad untuk berhenti merokok. Jiwa kena kuat ye.

Kredit : Telegram.me/PetuaDanKesihatan

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Nice tips. Boleh bagi dekat abang saya, sbbnya merokok juga hehe

    ReplyDelete
  2. Suami saya setakat ni berjaya dah berhenti rokok sejak beberapa bulan lepas. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. biasa kalau orang berhenti merokok akan naik badan..yg penting azam kena kuat ..nak lawan diri sendiri bukan senang kan..

    ReplyDelete
  4. x merokok.. malas nak bazir duit.. hehe

    ReplyDelete