Bilakah masa terbaik makan buah?

By Cikla Shahril - March 15, 2018

Kita sangat disarankan memakan buah-buahan kerana ia akan memberi kita vitamin dan tenaga yang sempurna terutama semasa kita berdiet. 

Mungkin sebelum kita selalu dengar orang mempersoalkan bilakah masa yang sesuai dan terbaik untuk makam buah-buahan? Adakah sebelum makan atau selepasnya? Kalau korang nak tau, jom baca perkongsian menarik ni sampai habis, ok!

Bilakah masa terbaik makan buah?

Sebenarnya, masa yang PALING TERBAIK makan buah adalah semasa perut kosong kerana buah yang kita makan itu akan menjadi detoks yang berkesan pada badan kita. Di samping itu, kesemua zat dan nutrisi yang terkandung di dalam buah akan diserap sepenuhnya oleh badan kita. 

Untuk pengetahuan korang jugak, kalau korang makan buah semasa breakfast, ini adalah amalan yang baik sebab ia bagus untuk sistem penghadaman sekaligus kadar gula dalan darah akan meningkat pada kadar yang perlahan  menyebabkan perut korang akan merasa kenyang dalam tempoh yang lama. 

Selain itu, ada 2 jenis masa YANG BAIK untuk untuk makan buah iaitu :

  • 1 jam sebelum korang bersenam kerana buah yang dimakan akan menjadi suntikan nutrisi yang baik sekaligus ia akan meningkatkan tenaga dalam badan tanpa rasa kenyang yang berlebihan dan mual. 
  • 1 jam sebelum makan tengah hari atau 2 jam selepas makan tengah hari. Ini kerana, pada masa ini kandungan vitamin C, pectin dan serat dapat diserap secara maksimum oleh badan kita.

Selain itu, pakar nutrisi menyarankan kita mengambil buah setiap musim buah-buahan sebab nutrisi buah yang betul musimnya lebih sedap dan tak menggunakan zat kimia termasuklah pengawet. 

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan kita tak digalakkan makan buah selepas makan dengan alasan, selepas makan kadar penyerapan fruktosa dalam badan menjadi lebih lambat dan kalau ia ditambah lagi debgan pengambilan buah maka ini akan menyebabkan perut kita terasa lebih 'penuh'. Akibatnya, kita akan sakit perut. 

So, dah tau kan bila masa yang bagus untuk makan buah. Apa lagi, jom praktikkan. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Kredit : Ruangan Kelab Diet, Majalah Wanita Dis 2017.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Zaman dulu2 kita diajar makan buah selepas makan,
    rupa2anya bagus makan buah sebelum makan.

    ReplyDelete
  2. nanti sebelum jog boleh makan buah dulu :D

    ReplyDelete