5 tanda bateri kereta gagal yang korang kena tau.

By Cikla Shahril - March 27, 2018

Walaupun cikla ni fail dalam bab memandu kereta *haha takpe mengaku sudah tapi cikla rasa info mengenai kereta ni sedikit sebanyak kena ambil tahu jugak. 

Bukan apa, kot-kot ia berlaku dekat kereta encik suami, bolehlah cikla 'melontarkan' idea mengapa jadi macam tu kan. Sekurang-kurangnya, berguna juga. Takdelah tahu duduk sebelah je, jadi mem. Haha. 

Tapi kan, memang cikla tak nafikan yang orang selalu anggap orang perempuan ni tahu bawak kereta je, tapi hal ehwal kereta haram satu pun tak tahu.  

Lepas ni orang perempuan kena ubah perspektif ni tau. Korang kena ambil tau pasal kereta, lebih-lebih lagi kereta yang korang bawak. 

Paling cikai pun tau macam mana nak tukar tayar kereta, ambil tahu pasal bateri macam cara nak check air bateri dan nak pump tayar kereta. Itupun dah cukup kot, sebab dua tu cikla rasa sangat penting untuk kita ambil tahu. 

Manalah tau, kot-kot kereta tetiba meragam tengah jalan, paling tak pun kita ada ilmu sikit kan nak bagi settle masalah. Nanti takdelah panik lebih-lebih lagi time sorang-sorang.

5 tanda bateri kereta gagal yang korang kena tau.

Cikla nak share dengan korang khasnya kaum perempuan ni macam mana nak tau yang bateri kereta korang tu gagal atau bermasalah. Jom check sati persatu.

Lima tanda yang korang kena alert adalah seperti berikut :

  1. Kalau kita start kereta tu, enjinnya jadi lambat dan ambil masa lebih lama dari biasa. 
  2. Munculnya lampu amaran enjin pada papan pemuka menandakan kuasa bateri lemah. 
  3. Bateri kereta perlu diganti kalau kenderaan sudah dicaj semula lebih daru tiga kali dalam seminggu (caj guna jump start). 
  4. Kes bateri bengkak, iaitu bila mana bateri kereta terdedah kepada haba yang berlebihan dan ini akan menyebabkan jangka hayatnya lebih pendek. 
  5. Bau bateri seperti telur busuk (bau gas yang dilepaskan oleh beteri) sebab bateri kereta mengandungi asid sulfurik kalau berlaki pintasan, beku atau terlebih caj. Selain itu, keadaan ini jugak boleh merosakkan bahagian kereta lain. So, periksa bateri kereta secepat mungkin untuk mengelakkan ini berlaku.

Walau bagaimanapun, pada masa kini kebanyakan pemandu lebih suka menggunakan bateri bebas penyelenggaraan sebab ia mempunyai lebih baik kelebihan seperti kuasa cranking yang lebih tinggi dan menanggung kapasiti selain ia mengecas lebih cepat dan tahan lama.

Kredit Pengurus Negara Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Mr. Pang Yoon Kong menerusi artikel di ruangan HATI, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments