31 March 2018

Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway.

March 31, 2018 81 Comments
Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway.  | *this is sticky post until 8 pm on 31 Mac 2018. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  

-TAMAT-

Assalamualaikum wbt. Sekejap je dah masuk bulan Mac kan? Cepatnya masa berlalu, ke cikla yang leka? Allahu... Walau apapun, alhamdullillah sebab Allah masih memberi nikmat hidup pada diri ini dan kita semua. Semoga kita semua sentiasa bersyukur. 

So, berbalik kepada tujuan asal entri, ni, cikla sekali lagi nak buat segmen bloglist untuk blog kesayangan cikla ni untuk 3 bulan yang akan datang. Lepas tu, terlanjur cikla buat segmen ni, cikla nak buat mini giveaway sekali. Kiranya '2 in 1' lah ni. Cikla nak bagi beberapa hadiah koleksi peribadi cikla pada korang. Bukan apa, ada yang cikla tak pernah pakai pun. Daripada dia berhabuk dalam almari tu, cikla bagi kat koranglah...

Bila bercakap pasal syarat pulak, syaratnya pun senang sangat. Cikla malas nak bagi syarat berat-berat, lagipun cikla buat segmen ni untuk kita santai-santai je. Sambil-sambil tu mudah-mudahan boleh bantu naikkan trafik blog kita semua. So, apa lagi. Jom kita tengok syarat-syaratnya.

Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway.

Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway.

Syarat-syarat penyertaan seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway.
  7. Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  8. Siap.

Segmen bermula dari 8 Mac 2018 hingga 31 Mac 2018 jam 8 malam. Macam biasalah, nanti cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama 3 bulan, dari April hingga Jun. Wow, lama tu. So, pada yang terpilih nanti, kena rajin update blog tau. Bolehlah cikla terjah blog korang hari-hari, insha'Allah. 

Untuk mini giveaway, cikla akan pilih 5 orang pemenang iaitu seorang yang akan menerima sebuah wallet wanita, seorang pemenang yang akan menerima sehelai instant shawl (warna biru bunga purple) dan 3 orang pemenang lagi untuk menerima shawl dari ZALORA setiap seorang.

Untuk bloglist, kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua join akan masuk dalam bloglist. Pemilihan pemenang bloglist dan pemenang mini giveaway pula akan dibuat secara rawak atas budi bicara cikla sendiri (saja nak tukar angin.. Hehe). Selain itu, untuk memeriahkan segmen ni, korang digalakkan blogwalking sesama sendiri.

Hadiah yang akan diberikan kepada yang terpilih dalam Mini Giveaway. 

Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway.
Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway. 

Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway.
Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segmen dan mini giveaway ni sekarang. So, apa lagi. Jemput join semua. Support cikla. Ok! Kalau segmen ni mendapat sambutan yang sangat luar biasa, insha'Allah cikla akan tambah 1 atau 2 hadiah lagi. Mungkin topup, atau barang juga... 

Selamat bersegmen korang. Terima kasih daun keladi, semoga korang terpilih nanti.

30 March 2018

Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?

March 30, 2018 2 Comments
Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya? | Assalamualaikum wbt. Sekarang rasanya dah tiba musim panas kembali. Dalam seminggu kadang-kadang hujan tak turun langsung kan. Bagi cikla, masa sebeginilah kita amat memerlukan sunblock untuk melindungi kita daripada kesan sinaran matahari yang mungkin memudaratkan. Bercerita pasal sunblock pulak, biasanya kalau kita tengok dekat botol sunblock atau krim muka kita mesti ada tulis SPF kan. Betul tak? Lepas tu, banyak jenis pulak tu SPF ni. Ada SPF15. Ada SPF30.  Ada SPF50. Tapi, yang mana pulak yang sesuai dengan kulit kita? Sebelum tu, cikla nak tanya korang, apa pulak sebenarnya SPF ni ye agaknya? Untuk pengetahuan korang, SPF merupakan singkatan singkatan bagi Sun Protection Factor dan ia ditentukan berdasarkan kepada seberapa lama ia boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.

Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?

Macam mana nak kira SPF ni ye? 

Menurut Dr. Erna Nadia dalam Facebook pagenya di SINI, berikut merupakan contoh pengiraannya. Jom kita fahamkan sama-sama. 

Cara macam mana nak kira sejauh mana ia boleh melindungi kulit kita. Contohnya, SPF15.

Tolak satu dari nilai SPF itu. Contohnya, SPF15, maknanya (15(SPF) -1)/15(SPF) iaitu 0.93. So, 93% sunblock itu dapat melindungi kulit kita dari sinaran uv. Teknik yang sama untuk nilai SPF yang berlainan.

Untuk pengetahuan korang, setiap warna kulit yang berbeza, maka kadar pertahanannya terhadap sinaran UV juga berbeza. Bagi mereka yang berkulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit, yang berkulit kuning langsat pulak biasanya 15 minit, manakala yang berkulit sawo matang bertahan 20 minit. Ini menunjukkan, semakin gelap kulit kita, semakin tinggi daya ketahanannya di bawah sinaran UV disebabkan oleh kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Berikut merupakan kaedah untuk mengira tempoh masa SPF melindungi kulit mengikut jenis kulit, iaitu: 

Kalau mereka yang berkulit putih menggunakan  SPF15, so sunblock yang digunakan itu akan mengambil masa lebih kurang 15 (nilai SPF) x 10 (masa yang dianggarkan ia dapat bertahan ikut warna kulit) = 150 minit untuk bertahan. Sama jugak pengiraannya untuk mereka yang berkulit kuning langsat dan sawo matang.

So, korang faham tak?

Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?
Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya? Sumber Google. 

Apa lagi tip lain untuk memilih sunblock? 

Kalau korang nak tau, selain dari nilai SPF, tip untuk memilih sunblock yang sesuai adalah ia mempunyai perlindungan dari sinaran UV (ultraviolet) A & B. Apa pulak benda alah ni? Haha. Meh baca lagi...

UV A adalah merujuk kepada sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit kita yang mana ia boleh menyebabkan kulit kita jadi kusam, berkedut, dan nampak lebih tua. Manakala, UV B pulak merupakan sinaran yang tak menembusi lapisan kulit kita dan ia hanya menyerang lapisan luar kulit je. So, sebab itulah kita kulit kita jadi burn bila terdedah kepada matahari secara berlebihan.

Selain dari SPF, ketahanan kepada UV A dan UV B juga sama pentingnya. Kadang-kadang, korang mesti pernah ternampak kan ada sunblock tu hanya tertulis PA+++ sahaja? Apa pulak maknanya tu? Sebenarnya, PA merupakan pengiraan untuk UV A, dan +++ pula bermaksud kadar kekuatan UV A di dalam sesuatu sunblock itu. Maknanya, kalau sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++ je, ia tak mempunyai pertahanan UV B.

Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?
Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya? Sumber Google. 

Kesimpulannya, kalau aktiviti harian korang tak memerlukan korang untuk terdedah di bawah sinaran mentari dalam tempoh yang lama atau terdedah masa jangka masa yang singkat (kurang dari 4 jam), SPF15 pun dah memadai. Tapi, kalau sebaliknya dan korang juga selalu berpeluh, elok gunakan SPF30. Lainlah, kalau kulit korang memang tersangatlah putihnya mengalahkan salju, SPF50 lah yang sesuai untuk korang. Apa yang korang kena tau adalah perbezaan SPF hanya pada jangkamasa atau tempoh ia boleh bertahan je, tapi kekuatannya adalah lebih kurang sama. So, kalau takde keperluan SPF yang rendah pun dah ok dah. Selain itu, kalau korang nak berenang di laut atau melakukan aktiviti dalam air, kena lebih kerap apply sunblock sebab rasanya belum ada sunblock yang waterproof kan. Masuk dalam air je, it's gone!

Sebaiknya, gunakanlah sunblock setiap hari untuk mengurangkan kulit kita terkena pancaran matahari berlebihan yang akhirnya akan menjadikan kulit semakin nipis ditambah pulak dengan masalah kulit yang lain seperti jeragat  dan jerawat. Apa yang paling kita takut adalah kanser kulit. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah. Amin. Jangan lupa jugak korang perlu minum air kosong secukupnya supaya kulit kekal lembab dan anjal sentiasa.

Semoga bermanfaat.

29 March 2018

Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!

March 29, 2018 3 Comments
Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya! |  Assalamualaikum wbt. 'Satu, dua, tiga lekuk. Jantan, betina aku ketuk...' Mesti masa kecik-kecik dulu korang selalu dengar 'lagu' ni kan. Cerita sang kancil yang bijak memperdayakan sang buaya. Haha. Rindu zaman kanak-kanak dulu. Nostalgia sungguh aih... Biasa kalau time cuti, mak ayah suka bawa anak-anak berjalan ke taman-taman kan. Tak kiralah taman permainan, taman buaya, taman tema air dan sebagainya. So, demi menyambung kisah short vacation cikla sekeluarga masa cuti sekolah lepas adalah cikla nak share pengalaman kami melawat ke Taman Buaya Melaka.

Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!
Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!

Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!
Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!

Taman Buaya Melaka atau juga dikenali sebagai Taman Buaya dan Reakresi Melaka mula  dibuka sejak tahun 1987. Wah, dah lama kan. Sudah 31 tahun. Huyooo... So, memang tak hairanlah kan tempat ini menjadi antara tarikan pelancongan yang sangat popular di Melaka. Sebenarnya, ini kali kedua cikla ke sini. Kali pertama datang tak dapat masuk. Manalah orang nak bagi masuk kan, datangnya petang buta. Orang pun nak tutup 'kedai' dah. Buaya pun nak beristirehat. Haha. Masa tu singgah pun sebab anak-anak cikla sibuk nak tengok buaya katanya.

So, cuti sekolah baru ni pergi lagi. Tak puas hati kata kau. Haha. Time ni kita orang pergi awal sikit. Takut jadi macam kali pertama tu. Buat penat je kan kalau sampai-sampai dah tutup. Sampai sana, apa lagi bebudak 4 orang tu kemain excitednya. Tak sabar nak tengok buaya katanya. Tapi iyelah, manalah pernah tengok buat secara live gitu. Dalam tv selalulah... Nak masuk dalam taman ni semestinya dikenakan tiket kan. Kalau tidak, manalah nak cari dana nak support makanan buaya ni. Buaya ni makannya mewah sih... Ayam segar, fresh gitu... Hehe. Nak tau harga tiket? Tu, tengok gambar di bawah...

Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!
Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!
Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!
Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya! Sumber SINI 

Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!
Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!

Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!

Saat melangkah masuk dalam taman ni, mata kami tertancap kepada landskap dan replika yang ada di sini. Memang cantik sangat. Kawasan dalam ni pun hijau di sana sini... Bila dah nampak tempat yang cantik-cantik, apa lagi masa untuk posing kan. Kihkihkih. Tapi sebelum tu, apa kata kita tengok buaya buaya yang ada di sini. Dengar ada lebih 100 ekor buaya yang ada, dari dalam dan luar negara jugak. Jauh buaya tu datang kan! Buaya yang ada kat sini memamg besar-besar gila. Rasanya kalau seekor lembu dicampakkan pada buaya tu sekali telan kot. Tak payah kunyah. Haha.

Apa lagi tempat menarik yang ada di Taman Buaya dan Reakresi Melaka ini ye?

Kalau dulu, masa awal-awal 'kemunculan' taman ni, dikatakan hanya ada buaya je. Tapi, yang bestnya sekarang ni ada banyak lagi tempat menarik dan binatang selain dari buaya ada di taman ini. Memang kenalah nama dia Taman Buaya Dan REAKRESI. Antara binatang lain yang ada adalah rusa, burung emu (macam burung kasawari rupanya dia), kura-kura, arnab dan ular. Apa yang paling best best best kat sini, siap ada taman tema lagi. Kami sekeluarga sebenarnya tak tau pun. Time nak masuk tu, guard kat situ bagitu. Ala, kira rugi jugaklah kan. Kalau tau, takdelah kami pergi Melaka Wonderland tu. Masuk sini save sikit. Haha. Takpelah, takde rezeki kan. Tapi, kalau korang memang niat nak main air puas-puas, memang eloklah ke Melaka Wonderland, sebab lebih luas dan lebih banyak gelongsor air tu.

Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya! Sumber Facebook page TamTa Buaya dan Reakresi Melaka. 

Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!
Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!

Korang tau tak, rumah hantu pun ada kat taman ni. Al-kisahnya, memula budak tiga orang tu yang sibuk nak masuk. Kekonon, nak 'jumpa' hantulah kan. Dah bayar tiket, tup tup, taknak pulak. Takut katanya. Tak pasal-pasal cikla, encik suami, opah, atuk dengan adik Zara masuk dalam. Seram jugak tau kat dalam ni. Banyak buat terkejut je. Terjerit-jerit kami kat dalam tu... Haha *teruk betul... Selaim itu, ada masanya pertunjukan bersama buaya dan ular juga turut diadakan. Tapi, ada masa tertentulah, biasanya masa cuti sekolah. Mungkin ini adalah salah satu cara mereka nak tarik lebih ramai orang berkunjung ke sini. *marketing strategy hahaha... Masa kami datang hari tu, kami sempat menonton persembahan buaya dan ular berbisa oleh mereka yang pakar dan berpengalaman. Kakak Damia dengan abang Ammar siap bergambar dengan maskot mereka. Kakak Batrisyia penakut. Siap menyorok lagi bila ayahnya suruh bergambar dengan 'buaya jinak' hihi... 

Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!
Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!

Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!
Taman Buaya dan Reakresi, Melaka : Tempat beriadah terbaik untuk seisi keluarga. Sambil beriadah, sambil tengok buaya!

Kalau korang nak tau lebih banyak info terutama mengenai promosi yang ditawarkan korang boleh lawat Facebook page rasmi mereka. Biasanya time cuti sekolah memang banyak promosi ditawarkan. Cikgu-cikgu nak buat lawatan pendidikan ke sini pun boleh. Belajar pasal buaya. Nak camping pun boleh, ada tempat disediakan untuk aktiviti tu semua... Hehe...

28 March 2018

Zahir Tak Terucap : Drama slot Akasia terbaru di TV3.

March 28, 2018 6 Comments
Zahir Tak Terucap : Drama slot Akasia terbaru di TV3. | Assalamualaikum wbt. Rasanya peminat slot Akasia ni dah tau kot drama Tiada Arah Jodoh Kita baru je melabuhkan tirainya kelmarin. Biasalah kan, drama melayu kan. Lastly, mesti happy ending. Cikla tak follow pun drama ni dari awal, cuma cikla tengok episod akhir je sebab nak tau apa kesudahannya.  Hihi.

So, dengan berakhirnya drama ini maka menyusul pulak drama terbaru iaitu Zahir Tak Terucap. Bila tengok barisan pelakonnya memang rugi kalau tak tengok sebab drama ini dibintangi oleh pelakon yang best best belaka.

Gandingan pelakon lama dan baru, memang mantaplah nanti drama ni kan...

Lagipun, cikla macam dah lama tak tengok Saharul Ridzwan berlakon. Ke cikla yang tak perasan dia ada berlakon drama lain. Haha. Nampak sangat. Apa kata kita baca sinopsis drama ni sikit untuk mendapatkan bayangan jalan ceritanya. Ececeh... Hihi...

Sinopsis drama Zahir Tak Terucap

Zahir Tak Terucap : Drama slot Akasia terbaru di TV3.
Zahir Tak Terucap : Drama slot Akasia terbaru di TV3. 

Jumlah episod : 13 episod. 
Barisan pelakon utama : Saharul Ridzwan sebagai Hisyam, Aeril Zafrel sebagai Haziq, Raysha Rizrose sebagai Aisyah dan Chacha Maembong sebagai Aireen. 
Terbitan : Syarikat produksi Zamriez Golden Pictures. 
Masa siaran : Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Barisan pelakon lain : Esma Daniel sebagai Razak, Farisha Irwayu sebagai Noraini, Idris Mat Diah sebagai Nordin dan Rosnah Johari sebagai Zaharah.

Sinopsis :

Drama best ni mengisahkan tentang kehidupan dua adik beradik, iaitu Hisyam, adik (Saharul Ridzwan) dan Haziq, abang (Aeril Zafrel). Konflik bermula apa mereka saling bersaing untuk merebut cinta Aisyah (Raysha Rizrose). Namun, keadaan menjadi lebih huru hara dengan kehadiran Aireen (Chacha Maembong) yang cuba menghalang Aisyah daripada mengecapi kebahagiaan bersama orang yang dicintainya.

Haziq yang sebenarnya selama ini berpura-pura alim di hadapan orang tuanya telah merogol Aisyah. Ekoran dari peristiwa itu, Aisyah telah menghilangkan diri dan Hisyam pula terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala kejahatan Haziq semata-mata mahu menutup aib abangnya itu yang telah pun meninggal dunia.

Hisyam yang  redha dan pergi mencari Aisyah, cinta pandang pertamanya yang dirogol oleh abangnya dulu untuk bertanggungjawab. Akan tetapi, hasratnya itu telah mendapat halangan daripada kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.

Apakah kesudahan kisah Hisyam dan Aisyah ini? Berjayakah Hisyam menemui Aisyah dan bersatu dengan cinta pertamanya? Tak sabar nak tahu kesudahan drama ni kan...

Cikla perasan drama sekarang episodnya tak banyak. Tapi, bagus jugaklah kan drama yang tak banyak episod ni. Nanti takdelah lama benar kita nak tunggu kisah seterusnya sampailah ke episod akhir. Lagipun, kalau episod panjang sangat, nanti ceritanya jadi meleret-leret kan. Mulalah muncul watak-watak yang macam takde kena mengena.

Dah macam telenovela pulak aihhh. Hehe.

So, peminat Saharul Ridzwan dan Aeril Zafrel khasnya, jangan lupa mengikuti drama ni sampai kesudah ye. Tapi, jangan lupa solat Maghrib pulak. Time iklan tu, larilah kejap pergi solat nuuu. Kewajipan yang satu tu jangan lupa tau..

Selamat menonton...

Kredit SINI.

Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu.

March 28, 2018 3 Comments
Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu. | Assalamualaikum wbt. Cikla ingat lagi, dulu masa di sekolah rendah cikla dengan kawan-kawan perempuan cikla selalu kena sakat dengan kumbang tanduk ni. Korang bayangkanlah kalau kumbang ni melekat kat tudung sekolah. Memang azab sikitlah nak tanggalkannya. Kukunya yang tajam mencengkam, memang mengerikanlah pada waktu tu. Siap berbunyi lagi si kumbang tu bila kita tarik dia dari tempat dia melekat tu. Huhu. Adik cikla pun fobia dengan binatang ni sampai trauma dia. Dekat rumah cikla sekarang ni pun banyak kumbang ni. Entah dari mana entah datangnya. Ada masanya sampai berekor-ekor.... 

Tapi rasanya budak-budak sekarang dah tak takut dengan kumbang tanduk ni. Siap dijadikan 'haiwan belaan' lagi. Adoi... Kumbang tu pulak naik takut dengan diaorang. Haha.... 

Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu. 

Apa kata cikla share sedikit info mengenai kumbang tanduk ni. Jom tambah pengetahuan am kita semua jom... 

Kalau korang nak tau, kumbang tanduk (Atlas Beetle) atau nama saintifiknya Chalcosma Atlas adalah kumbang yang biasanya dikenali sebagai perosak kepada tanaman kelapa, kelapa sawit, nipah, pinang, nibong dan semua jenis tanaman Palma. Ia juga dikenali sebagai kumbang tanduk berdasarkan kepada struktur tanduknya seperti badak sumbu. Korang tengoklah macam kat dalam gambar tu... Eeee, seram kalau terlekat dekat kulit kan. Ouchhh... 

Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu.
Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu. 

Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu.
Kumbang tanduk : Spesis kumbang yang paling digeruni masa sekolah rendah dulu. 

Tapi, itulah. Makhluk ciptaan Allah. Macam mana kita takut dan gerun pun, janganlah sesekali mencederakan dia kecualilah kalau dia membawa kerosakan. Ambil dia, buang ajelah dekat luar. Dia pun nak hidup jugak. Hehe... 

Kredit info SINI 

6 tip supaya mekap tahan lebih lama.

March 28, 2018 1 Comments
6 tip supaya mekap tahan lebih lama. | Assalamualaikum wbt. Bagi mereka yang terpakai mengenakan mekap dalam tempoh  masa yang lama pasti tercari-cari kaedah atau tip untik memastikan mekap mampu bertahan lama paling tak pun dalam tempoh 8  jam. Korang nak tau tak?

Jom baca 6 tip di bawah sampai habis...

6 tip supaya mekap tahan lebih lama.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

6 tip supaya mekap tahan lebih lama. 

Sebenarnya, untuk memastikan mekap tahan lebih lama, apa yang terpenting adalah pemilihan dan penggunaaan bedak asas yang sesuai termasuklah pemilihan lipstick yang betul.

Antara tip itu adalah seperti berikut :

  1. Penggunaan primer adalah penting terutama untuk solekan asas wajah dan kelopak mata. Korang boleh mengaplikasikan bedak asas cecair selepas menggunakam primer. Ini kerana, majoriti tekstur bedak asas jenis ini adalah lebih nipis tapi ia mampu meliputi keseluruhan wajah dan yang paling penting tahan lebih lama. 
  2. Pastikan bedak asas yang digunakan bebas minyak sebab jika bedak asas berasaskan minyak ia akan menjejaskan mekap korang. Kalau korang mempunyai kulit jenis kering, pastikan korang melembapkan kulit korang dulu dengan bedak asas bebas minyak. So, pilihlah bedak asas yang memang khas untuk penggunaan tempoh masa lama supaya kulit nampak halus sepanjang masa. 
  3. Untuk pemerah pipi, gunakan dari jenis cecair jugak supaya lebih tahan lama. Selain itu, pemerah pipi jenis ni jugak boleh dicalit ke bibir. 2 in 1 function bak kata orang putih. 
  4. Kalau korang nakkan bulu mata korang kekal panjang dan lentik, gunakanlah maskara. Kalau nak kekalkan nilai 'kepanjangannya',  jangan lupa gunakkan pelentik bulu mata sebelum menyapukan maskara. 
  5. Untuk bibir pulak, kalau korang sukakan kemasan bibir berkilat sapukan lipstick beberapa lapis. Caranya adalah, sapu lipstick, kemudian pedap dengan tisu. Selepas itu, sapukan nipis bedak debu pada bibir dan ulang step diatas sampai korang dapat ketebalan atau warna lipstick yang korang nak. Cara ini juga adalah teknik memberi kilatan pada bibir selain ia menjadi asas supaya lipstick bertahan lebih lama tanpa menyebabkan bibir jadi kering. 
  6. Ada orang menggunakan bedak tabur untuk menutupi bahagian yang 'tertinggal' semasa mereka menyapu bedak asas cecair. Tapi, untuk kesan yang lebih wow, gantikan bedak tabur dengan bedak lut sinar sebab ia akan memberikan fungsi yang sama. Lagipun, bedak lut sinar ni lebih ringan dan apa yang penting ia  menjadikan kulit lebih shining.

Semoga tip di atas memberi sedikit inspirasi pada korang terutama kepada peminat tegar solekan...

Kredit Ruangan Hati, Harian Metro.

5 tip macam mana nak didik anak supaya tidak manja dan keras kepala.

March 28, 2018 5 Comments
5 tip macam mana nak didik anak supaya tidak manja dan keras kepala. | Assalamualaikum wbt. Ada ibu bapa yang 'memberi muka' kepada anak mereka sejak dari kecil lagi. Macam tu jugak, anak yang sudah dibiasakan hidup senang dan tak pernah merasa susah mungkin akan menjadi manja dan tak boleh berdikari sendiri.

Semuanya kena pertolongan, kalau tak jadi. Payah jugak kalau anak macam ni.

Bagi diri cikla sendiri, sejujurnya sejak kecil lagi mak dengan abah cikla mengajar kami 6 beradik sentiasa bersederhana. Lagipun, kehidupan kami sekeluarga masa tu tidaklah semewah mana. Masa tu mak dengan abah kerja kilang je. So, memang semuanya ala kadar je.

Tapi, alhamdullillah kami adik beradik semua habis sekolah. Cikla dengan adik lelaki cikla berjaya ke universiti.

Bila cikla sendiri dah mempunyai anak sendiri ni, barulah cikla tau perit jerih dan cabaran mendidik anak. Lain anak, lain ragamnya. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi, kadang-kadang tu 'terbabas' jugak kan. Iyelah, manusia biasa.

Bak kata orang, sabar pun ada hadnya... Walau bagaimanapun, sebagai ibu dan bapa kita kena berhati-hati dalam mendidik dan mengasuh anak-anak ni. Bukan apa, lembut sangat takut anak naik kepala pulak, tapi kalau garang  sangat takut anak memberontak dalam diam. Itu lagi bahaya. Depan mak bapak dia diam je, tapi belakang.

Wahhh.. Memang lain benar karektornya. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah anak-anak kita dari sifat sebegitu.

5 tip macam mana nak didik anak supaya tidak manja dan keras kepala

So, sebagai ibu bapa yang sayang dengan anak-anak, kita perlulah mencari cara macam mana nak mendidik anak dengan baik supaya mereka tak manja, keras kepala dan yang paling penting boleh berdikari sendiri. Jom baca 5 tip yang cikla nak share ni, iaitu :

5 tip macam mana nak didik anak supaya tidak manja dan keras kepala.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Walaupun sesibuk mana pun kita, janganlah kita lupa memberi perhatian dan yang penting kasih sayang kepada anak kita. Memang tak dinafikan, ada ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat  'tugas' mendidik, dan menjaga anak-anaknya kepada pengasuh. Ini adalah cara yang kurang baik sebab dengan memberi perhatian kepada anak inilah menunjukkan yang kita prihatian dan peka dengan mereka. 

Paling tak pun, temanilah anak semasa mereka belajar walaupun hanya duduk sebelah mereka je. Sekurang-kurangnya mereka akan fikir, ibu bapanya masih sayang pada mereka. 

Selain itu, ajarkan anak supaya tidak berbohong, walaupun bohong sunat *ehh ada ke? Ajar anak supaya bersikap terbuka dalam segala hal termasuklah melibatkan perasaan dan emosi mereka. So, anak akan bersikap lebih jujur dalam kehidupannya bila mereka dewasa kelak. 

Elakkan dari mengikut semua kemahuan anak. Apa yang anak nak, bagi. Walaupun sayang, ini bukanlah cara yang betul untuk mendidik mereka. Bagi cikla, perbuatan ini akan menjadikan mereka lebih 'besar kepala' dan merasa apa yang mereka lakukan sentiasa betul. Malah, mereka akan jadi lebih malas dan tak akan berdikari. 

So, lepas ni biasakan anak melakukan rutin harian mereka sendiri seperti menyusun buku mengikut jadual sendiri supaya ia dapat mengajar mereka lebih bertanggungjawab walaupun untuk diri sendiri. 

Memang tak dinafikan, anak yang semakin meningkat besar sentiasa dikuasai rasa ingin tahu dan ingin mencuba. So, kita sebagai ibu bapa janganlah terlalu menghalang keinginan mereka asalkan ia tidak memberi keburukan atau membahayakan mereka. Senang cakap, bagi moral support lah lebih-lebih lagi anak yang mempunyai bakat terpendam. 

Sebagai manusia biasa, kadang-kadang ibu bapa tak dapat mengawal emosi sendiri bila berhadapan dengan kerenah anak sehingga ada yang sanggup 'mencederakan' anak kerana terlalu lama bersabar. 

Sebenarnya, apa yang terbaik elakkan dari menghukum anak menggunakan kekerasan fizikal. Langkah yang bagus adalah nasihatilah anak dengan baik dan terangkan pada mereka mengapa mereka tak boleh melakukan itu. Bagi anak yang sudah meningkat remaja, gunakan sistem disiplin terhadap mereka. 

Cikla pun pernah dengar orang cakap, kalau kita marah anak dengan nada suara yang tinggi akan menjadikan mereka 'hati kering' sebab dah lali dengan keadaan itu. So, nasihat dan kata pujukan adalah cara terbaik.

Tengok je contoh yang dibawa dalam cerita 'Anakku Sazali'. Apa jadi dengan si Sazali bila dah besar. 'Contoh' dah ada kan, eloklah kita ambil ikhtibar dan pengajaran. Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang sentiasa mendengar kata ibu dan ayahnya.

Amin. Insha Allah...

Kredit Harian Metro.

Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan.

March 28, 2018 2 Comments
Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan. | Assalamualaikum wbt. Dah lama kan cikla tak share info mengenai penyakit tiroid. So, hari ni cikla nak share dengan korang salah satu dari penyakit tiroid yang selalu berlaku iaitu GOITER.

Untuk pengetahuan korang, goiter adalah keadaan yang berlaku bila kelenjar tiroid membengkak yang mana ia boleh mengganggu sistem menelan dan pernafasan lebih-lebih kalau ia semakin membesar.

Tapi, korang kena ingat bila seseorang itu mempunyai goiter, tak semestinya kelenjar tiroidnya tak menghasilkan hormon dengan normal.

Maknanya, ada sesetengah kes di mana walaupun kelenjar tiroid membengkak, tapi hormon yang dihasilkan tetap normal (macam kes cikla ada bengkak tapi hormon normal) selain dari penghasilan jumlah hormon yang berada di bawah paras normal, atau melebihi paras normal.

Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Selain itu, pembesaran kelenjar boleh menjadi serupa iaitu diffuse goiter atau kelenjar membesar disebabkan terdapat satu atau lebih nodul iaitu nodular goiter. Kalau lebih dari satu nodular dipanggil goiter multinodular iaitu beberapa nodular akan terbentuk di kedua-dua belah tiroid, mengakibatkan keseluruhan kelenjar itu membengkak yang mana ia biasa terjadi apabila hormon tiroid yang terhasil adalah normal, lebih rendah (kurang) atau lebih tinggi (berlebihan).

Kalau korang nak tau, nodul-nodul ini adalah ketulan-ketulan yang wujud di dalam kelenjar tiroid yang normal.

Apakah simptom-simptom goiter? 

Untuk memastikan yang korang mungkin mengalami goiter, pastikan simptom-simptom berikut ada pada korang, iaitu :

  • Sudah pasti mesti ada bengkak  yang mana pembengkakan kelenjar tiroid yang menyebabkan leher kelihatan membengkak. 
  • Merasa perit di kerongkong. 
  • Kerap batuk. 
  • Suara berubah menjadi parau. 
  • Mengalami keadaan sukar menelan dan sukar bernafas.

Selain itu, korang juga mungkin mengalami tanda-tanda lain yang mana ia bergantung kepada punca asas penyakit goiter berlaku.

Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan.
Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan. Sumber Google. 

Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan.
Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan. Sumber Google. 

Bagaimanakah diagnosis dilakukan untuk memastikan korang mengalami goiter? 

Untuk memastikan korang mungkin mengalami goiter, beberapa diagnosis akan dijalankan, iaitu :

  • Melakukan ujian hormon, yang mana ujian darah boleh menentukan jumlah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid dan kelenjar pituitari. Kalau fungsi kelenjar tiroid tak aktif, ini bermakna tahap hormon tiroid jadi lemah. Selain itu, dalam tempoh itu juga, tahap TSH akan ditingkatkan sebab kelenjar pituitari akan merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan lebih banyak hormon tiroid. Akan tetapi, penyakit goiter ini selalu dikaitkan dengan penghasilan hormon yang tinggi di dalam darah dan tahap TSH yang lebih rendah berbanding normal. (hyper). 
  • Ujian antibodi juga dilakukan iaitu ujian darah yang akan memastikan kehadiran antibodi di dalam badan.
  • Ujian Ultrasonografi, iaitu transducer yang merupakan satu alat. Rupanya dia macam tongkat yang akan diletakkan pada leher korang. Gelombang bunyi yang dikeluarkan akan melantun melalui leher dan bahagian belakang, lalu membentuk imej di skrin komputer. Imej-imej yang terhasil akan menunjukkan saiz kelenjar tiroid, sama ada kelenjar tersebut mengandungi nodul-nodul yang mungkin tidak dapat dikesan oleh doktor secara fizikal.
  • Scan tiroid, iaitu korang akan diberi suntikan isotop radioaktif, yang mana ia disuntik pada pembuluh darah di bahagian dalam siku semasa berbaring di atas meja, dengan kepala didongakkan ke belakang manakala satu kamera khas akan memaparkan imej tiroid pada skrin komputer.

Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan.
Apakah itu Goiter : Simptom, diagnosis dan rawatan. Sumber Google  

Apakah rawatan untuk penyakit goiter ini

Sebenarnya, rawatan adalah bergantung kepada saiz pembengkakan kelenjar, termasuklah simptom dan punca asas ia terjadi.

So, doktor mungkin akan mencadangkan pesakit melakukan mana-mana prosedur berikut, iaitu :

  • Pemantauan, untuk kes goiter kecil dan tidak mendatangkan masalah serta kelenjar tiroid pulak berfungsi secara normal. Just wait and see sajalah bak kata orang putih. 
  • Kalau korang mengalami masalah kurang hormon (hipotiroidisme), korang akan diberi ubat levotiroksina untuk menggantikan hormon tiroid yang kurang tu. Ia juga mungkin mampu untuk menghilangkan simptom-simptom hipotiroidisme dan juga mengecilkan saiz goiter. Jika bacaa hormon korang tinggi (hipertiroidisme), carbimazole akan diberi untuk menormalkan kembali tahap hormon. Kalau kelenjar tiroid korang mengalami keradangan, doktor akan mencadangkan pengambilan aspirin atau kortikosteroid. 
  • Kalau bengkak goiter terlalu besar sehingga mendatangkan rasa tidak selesa atau sukar bernafas atau menelan, jalan terbaik ada pembedahan. Begitu jugak, untuk sesetengah kes, kalau korang mempunyai goiter nodular yang menyebabkan hipertiroidisme, semua atau sebahagian daripada kelenjar tiroid korang akan dibuang melalui pembedahan thyroidectomy. Apa yang korang kena tahu, bila pembedahan membuang keseluruhan tiroid dilakukan, korang kena mengambil levothyroxine seumur hidup untuk menghasilkan hormon tiroid. 
  • Rawatan radioiodin, iaitu dalam kes tertentu kaedah ini digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif. Iodin yang diminum akan pergi ke kelenjar tiroid melalui saluran darah dan memusnahkan sel-sel tiroid. Kaedah ini mungkin akan mengecilkan saiz goiter (untuk bengkak tertentu saja) tapi ia juga akan menyebabkan kelenjar tiroid menjadi kurang aktif. So, korang kena consume levothyroxine jugak.

Nasihat cikla, sentiasalah prihatin dengan perubahan pada diri kita. Kalau kita perasan ada perubahan terutamanya bengkak di mana-mana bahagian tubuh, cepat-cepat dapatkan rawatan.

Orang cakap, rawat sebelum parah...

Kredit Utusan Online.

27 March 2018

Elak makan malam sebab nak kurus? Betul ke?

March 27, 2018 3 Comments
Elak makan malam sebab nak kurus? Betul ke? | Assalamualaikum wbt. Sebelum ni, kita mesti selalu dengar orang yang berdiet mesti elak dari makan malam sebab mereka merasakan kalau makan malam berat badan akan bertambah. Betul tak? Sebenarnya, salah tau tanggapan tu. Kalau korang nak tau, pengambilan makan malam sama pentingnya dengan sarapan dan makan tengah hari sebab ia membantu membekalkan tenaga dan nutrisi kepada badan kita. Apa yang korang kena tau adalah, isu berat badan bertambah bukan sebab korang makan malam, tapi amalan diet yang tak seimbang contohnya makan berlebihan, amalan makanan berlemak, berminyak dan tinggi kalori. Itu yang kita kena ambil perhatian sebenarnya.

Umumnya, pengambilan makan malam adalah penting sebab ia menjadi pelengkap nutrien yang tak mencukupi pada siang hari contohnya pengambilan sayuran, buahan dan sebagainya. Makan malam yang sihat dan tak melebihi keperluan kalori seharian tak akan menyebabkan kegemukan.

Apakah tip untuk makan malam yang sihat

Ada 7 tip yang kita boleh praktikkan untuk mengamalkan makan malam yang sihat, iaitu :

Elak makan malam sebab nak kurus? Betul ke?

  1. Pastikan menu mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia iaitu makanan yang seimbang. 
  2. Menghadkan pengambilan makanan yang  berlemak, bergoreng dan berminyak. 
  3. Sebaiknya korang tahu saiz hidangan korang tu akan membekalkan 400-500 kalori. *agak-agak je lah kot. Jenuh pulak nak kirakan. Hehe... 
  4. Sebaiknya makan malam antara pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam. Kalau korang rasa lapar pada wakti lewat malam, makanlah buah, roti, biskut atau susu suam. 
  5. Tak digalakkan mengambil makanan lewat malam. Dah nak tidur, makam burger pulak. Haha...
  6. Elak makan sambil tengok tv. Memang makin lajulah menyuap. Kihkihkih... 
  7. Paling bagus, lepas makan malam elakkan dari minum kopi atau teh sebab ia akan menyebabkan korang susah nak tidur.

Jom amalkan demi kesihatan... Semoga bermanfaat.

Kredit myhealth.gov.my

5 tanda bateri kereta gagal yang korang kena tau.

March 27, 2018 0 Comments
5 tanda bateri kereta gagal yang korang kena tau. | Assalamualaikum wbt. Walaupun cikla ni fail dalam bab memandu kereta *haha takpe mengaku sudah tapi cikla rasa info mengenai kereta ni sedikit sebanyak kena ambil tahu jugak. Bukan apa, kot-kot ia berlaku dekat kereta encik suami, bolehlah cikla 'melontarkan' idea mengapa jadi macam tu kan. Sekurang-kurangnya, berguna juga. Takdelah tahu duduk sebelah je, jadi mem. Haha... Tapi kan, memang cikla tak nafikan yang orang selalu anggap orang perempuan ni tahu bawak kereta je, tapi hal ehwal kereta haram satu pun tak tahu.  

Lepas ni orang perempuan kena ubah perspektif ni tau. Korang kena ambil tau pasal kereta, lebih-lebih lagi kereta yang korang bawak. Paling cikai pun tau macam mana nak tukar tayar kereta, ambil tahu pasal bateri macam cara nak check air bateri dan nak pump tayar kereta. Itupun dah cukup kot, sebab dua tu cikla rasa sangat penting untuk kita ambil tahu. Manalah tau, kot-kot kereta tetiba meragam tengah jalan, paling tak pun kita ada ilmu sikit kan nak bagi settle masalah. Nanti takdelah panik lebih-lebih lagi time sorang-sorang.

5 tanda bateri kereta gagal yang korang kena tau.

So, cikla nak share dengan korang khasnya kaum perempuan ni macam mana nak tau yang bateri kereta korang tu gagal atau bermasalah. Jom check sati persatu....

5 tanda bateri kereta gagal yang korang kena tau. 

Lima tanda yang korang kena alert adalah seperti berikut :

  1. Kalau kita start kereta tu, enjinnya jadi lambat dan ambil masa lebih lama dari biasa. 
  2. Munculnya lampu amaran enjin pada papan pemuka menandakan kuasa bateri lemah. 
  3. Bateri kereta perlu diganti kalau kenderaan sudah dicaj semula lebih daru tiga kali dalam seminggu (caj guna jump start). 
  4. Kes bateri bengkak, iaitu bila mana bateri kereta terdedah kepada haba yang berlebihan dan ini akan menyebabkan jangka hayatnya lebih pendek. 
  5. Bau bateri seperti telur busuk (bau gas yang dilepaskan oleh beteri) sebab bateri kereta mengandungi asid sulfurik kalau berlaki pintasan, beku atau terlebih caj. Selain itu, keadaan ini jugak boleh merosakkan bahagian kereta lain. So, periksa bateri kereta secepat mungkin untuk mengelakkan ini berlaku.

Walau bagaimanapun, pada masa kini kebanyakan pemandu lebih suka menggunakan bateri bebas penyelenggaraan sebab ia mempunyai lebih baik kelebihan seperti kuasa cranking yang lebih tinggi dan menanggung kapasiti selain ia mengecas lebih cepat dan tahan lama.

Kredit Pengurus Negara Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Mr. Pang Yoon Kong menerusi artikel di ruangan HATI, Harian Metro.

Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2 kembali lagi.

March 27, 2018 0 Comments
Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2 kembali lagi. | Assalamualaikum wbt. Mereka yang mengikuti progran Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama mesti tak sabar-savar untuk mengikuti program ni untuk musim kedua kan. Cikla takdelah follow sangat program ni dulu, tapi adalah tengok masa peringkat akhir tu, kumpulan nasyid UNIC yang menang kan, kalau tak silaplah. Hehe. Terbaru, program ini kembali lagi dengan penyertaan 6 peserta berkumpulan dan 5 peserta solo yang akan bersaing merebut hadiah utama iaitu wang tunai RM100,000. Wow, banyak tu...

Untuk pengetahuan korang, konsep pertandingan tetap dikekalkan iaitu konsep ketuhanan sama seperti musim pertama. Korang mesti nak tau kan siapakah artis yang bertuah layak menyertai GGV kali ini. Apa yang cikla boleh katakan, kebanyakan artis yang join program ni kali ni tak membawa lagu bergenre nasyid. So, memang tak sabar kan nak tengok, artis yang banyak menyanyi lagi cintan cintun, kena menyanyi lagu berunsur ketuhanan...

Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2 kembali lagi.
Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2 kembali lagi. 

Senarai peserta Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2. 

Berikut merupakan senarai peserta Program Gema Gegar Vaganza musim ke-2 :

  1. Kumpulan Brothers. 
  2. Kumpulan Devotees. 
  3. Kumpulan InTeam. 
  4. Kumpulan Mestica. 
  5. Kumpulan Rabithah. 
  6. Pasangan duo Heliza dan Hazwani. 
  7. Adeep Nahar. 
  8. Awi Rafael. 
  9. Farah Asyikin. 
  10. Fitri Haris. 
  11. Ippo Hafiz.

Wah, Awi Rafael dengan Ippo Hafiz pun adalah. Tak sabar pulak nak tengok nanti. Mesti dashyat-dashyatkan nanti persembahan diaorang ni. So, nantikan program berprestij ini bertemakan Gema Irama Terindah yang akan dihoskan oleh Fakhrul UNIC, Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim. Program ini akan bersiaran secara langsung selama 7 minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil yang akan bermula pada 31 Mac ini.

GGV juga akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) setiap hari Sabtu, 9 malam. Wah, kena tengok ni... Jangan lupa tengok tau!

Kredit Harian Metro ruangan RAP.

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.