Menyindir diri sendiri?

By Cikla Shahril - February 09, 2018

Korang setuju tak kalau cikla cakap, kadang-kadang hati kita ni sikit tak tersentuh or terdetik pun untuk berfikir bila kita membaca tazkirah yang mungkin kita dapat melalui facebook ke, WhatsApp ke atau media sosial yang lain. 

Orang tua-tua cakap, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Betul tak? Tapi, bagaimana pula dengan perkongsian yang ini pula? Jom baca.

Tidak tua, 
Tidak yang muda,
Tidak lelaki, 
Tidak perempuan, 
Kalau sudah letak HP,
Ditinggal sekejap dilihat lagi, 
Ditutup sekejap dibuka lagi.

Semua  sangat sayang dan cinta pada yang namanya​ HP.
Pergi ke mana-mana, HP dalam poket.
Berkumpul dengan kawan-kawan dan kawan yang biasanya membawa beg sandang isinya mesti ada HP.
Sehari HP boleh keluar masuk dari beg atau poket baju lebih dari lima puluh kali.

Menyindir diri sendiri?
Menyindir diri sendiri? Kredit Google

Selepas mandi, tengok HP.
Selepas menyapu, tengok HP.
Selepas masak, tengok HP.
Selepas mencuci baju, tengok HP.
Selepas makan, tengok HP.
Selepas tetamu yang datang ke rumah balik, tengok HP.
Bangun tidur je, tengok HP.
Terjaga di tengah malam, tengok HP.
Pendek kata setiap masa mesti HP.

Kerana setianya dengan HP, data yang sudah tinggal sedikit cepat-cepat di topup.
Battery low walaupun satu strip pun dah kalut mencari pengecas bateri.
Internet lemah macam 'siput', lagilah terus marah dan maki-makian pun keluar semua.
Apa lagi kalau low bateri, lepas tu eletrik pulak terputus TNB yang dipersalahkan, haha.
Suami atau isteri panggil, pura-pura tak dengar. *amboi melampauTapi, kalau HP nya bunyi, amboi bukan main deras lagi siap lari mencari HP di mana. Huhu.
Selesai jer satu kerja atau apa saja, yang dicari mesti HP.

Kalau perempuan, namanya ​Nokia Binti Samsung​. Kalau lelaki pulak, namanya​ Sony Bin Lenovo​.

Semoga saya tidak 'berjangkit' virus spt itu.
Yang terasa dirinya seperti itu jangan senyum-senyum sendiri.

Nanti suami atau isteri kita tidak faham dengan sikap kita.

Menyindir diri sendiri?
Menyindir diri sendiri? Kredit Google. 

​DOA UNTUK KITA YANG CINTA HP​:

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang ada HP ini Ya Allah, kerana aku:
         
- Lebih banyak mengisi kredit HP daripada memberi sumbangan di Masjid/Surau.
- Lebih banyak membaca SMS/WhatsApp/FB daripada membaca Al-Quran.
- Lebih kerap update status daripada update 'keimanan' diri kepadaMu, Ya Allah.
- Lebih suka buka BLUETOOTH daripada BERLUTUT SUJUD BERDOA.
Kerap telefon tapi jarang menziarahi sanak KELUARGA.
- Isi reload RM30 tak puas, tapi nak derma RM1 ke tabung masjid pun terasa banyak sangat.
- Kalau dengar HP bunyi terus saja cepat-cepat angkat, tapi bila terdengar azan di masjid/surau buat tak tau saja. Allahu.

Ya Allah, Ya Tuhan ku. Ampunilah dosa-dosaku yang ada HP ini. Dan semoga HP yang aku ada ini memberi manfaat buat kepentingan beribadah kepadaMu Ya Allah.

Dan semoga sahabat-sahabat dan kaum keluargaku yang sepertiku juga diampunkan dosa-dosa kami, Ya Allah. Aamiiin.

Perkongsian ini bukan bertujuan untuk  menyindir, tapi mengingatkan diri cikla sendiri juga. 

Maafkan cikla kalau perkongsian ini membuatkan korang rasa tersinggung. Sejujurnya, diri ini juga rasa tersinggung, walau in hanya renungan yang lembut tapi nyata.

Semoga bermanfaat.

Sumber WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. PC setuju dengan entri ini...amaran untuk diri PC juga sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. Macam terasa ada kebenarannya.

    ReplyDelete