13 February 2018

Menu kegemaran saya setiap pagi.

Menu kegemaran saya setiap pagi. | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Morning. Dah sarapan ke? Pada yang bekerja mesti dah sarapan kan. Ke korang skip sarapan? Janganlah begitu. Sebenarnya sarapan sangat penting tau, sebab ia akan memberi kita tenaga sampai ke tengah hari. Lagipun, ada orang suka ambil menu sarapan berat terus, so nanti dia terus dinner je. Time lunch dah jimat dah. Hehe. Tapi, ni untuk mereka yang nak berjimat kan.

Macam cikla, boleh dikatakan tak pernahlah skip sarapan. Setiap hari mesti ambil punya. Kalau time budak sekolah, lepas hantar diaorang pergi sekolah terus cari sarapan. Tapi kalau time cuti, biasanya cikla masak je, sebab malas nak keluar. Bukan apa, kang keluar escort nya kang kemain ramai. Haha...

Menu kegemaran saya setiap pagi.

Sejujurnya, walaupun cikla menghidap menyakit berkaitan tiroid cikla takdelah berpantang makan sangat. Semua cikla makan, tapi sederhana. Tapi, kalau soya dan seafood (kolagen, rumpai laut) memang cikla stop terus. Even sayur kobis pun cikla dah tak makan. Sebab, inilah pantang untuk pesakit macam cikla ni. Makanan-makanan goitrogens food ni dikatakan boleh mengganggu fungsi tiroid. Lagipun, cikla pernah tanya doktor yang merawat cikla adakah perlu berpantang makan, jawapan doktor tu senang je, 'tak perlu'... Tapi, sederhana. Badan kita perlukan makanan seimbang untuk mantain kesihatan pada tahap terbaik.

So, apa ye menu kegemaran cikla setiap pagi ye? Inilah yang cikla nak share, manalah tau selera kita sama kan. Hehe...

Nasi lemak telur mata kerbau
Kalau yang ni memang cikla selalu beli. Lagipun, dekat tempat cikla ni memang ramai orang yang berniaga nasi lemak. Cuma kena pandai pilih je, antara sedap dan tak. Sambal pedas berdesup ke atau tak pedas langsung. Tapi, takdelah hari-hari cikla beli. Selalu kang jemu pulak kan. 

Menu kegemaran saya setiap pagi.
Menu kegemaran saya setiap pagi. 

Nasi goreng
Cikla agak jarang juga beli nasi goreng. Biasa buat sendiri. Tapi hari ni cikla beli, sebab masa beli kuih tadi nampak nasi goreng terus teringin pulak.

Menu kegemaran saya setiap pagi.
Menu kegemaran saya setiap pagi. 

Kuih muih
Kalau bab kuih, biasanya cikla beli karipap atau donut sebab kuih-kuih ni memang kegemaran anak-anak cikla. Kalau diaorang nampak kuih ni mesti nak. Huhu. Tapi, hari ni cikla beli pau inti kelapa, sebab lama tak makan...

Menu kegemaran saya setiap pagi.
Menu kegemaran saya setiap pagi. 

Air lemon suam.
Kalau dulu, cikla suka minum nescafe or milo suam. Sesekali minum neslo ais. Haaa, kau. Pagi-pagi melantak ais. Tapi, sekarang tak lagi. Dah insaf. Haha. Cikla sekarang minum air lemon suam tanpa gula. Kalau tak pun, cikla minum air teh hijau suam letak madu sikit. Manis-manis buah je. Kekonon dan amalkan menu sihatlah kan. Hehe...

Kadang-kadang, cikla ambil buah juga. Iyelah, hari-hari makan menu yang sama macam jemu pula. So, antara  menu lain yang cikla suka juga makan masa sarapan:
  • Roti canai. 
  • Cekodok bawang. 
  • Roti kosong cicah air. 
  • Biskut lemak cicah air. 
  • Bihun goreng. 
  • Kueh teow goreng.

Korang macam mana pula? Meh share sini...

3 comments:

  1. sedapnya makan berat macam ni awal pg..since pregnant , misi suru diet.. Haha... pagi2 kene makan sayur2 khasiat dah , hehe

    http://byshaz.blogspot.my/2018/02/review-pre-cleanser-by-nutox-makeup.html

    ReplyDelete
  2. Menu saya pun lebih kurang macam awak CikLa, tapi selalunya nasi goreng la, sebab tue jea menu yang paling menarik kat cafe bomba nie.. hihi, kadangkala nasi berlauk pun jadi menu sarapan pagi..

    ReplyDelete
  3. pakcik kalau time kerja sarapan berat terus. Nasi berlauk.

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.