3 makanan terapi jiwa.

By Cikla Shahril - February 13, 2018

Memang tak dinafikan, melakukan akiviti sepanjang hari membuatkan kita terasa lesu, letih, mood swing dan sebagainya. Untuk release balik rasa tak best ni semua, lain orang lain caranya. Betul tak? Ada orang suka shopping, tengok wayang, dan paling tak pun tidur untuk melegakan rasa letih lesu tu semua. Tapi, sebenarnya korang boleh mengatasi masalah ini dengan pemakanan. Apa yang pasti, ia melibatkan pemakanan yang sihat. Kalau korang nak tau, ada kajian yang mengatakan makanan-makanan ini mampu memulihkan emosi terutama ketika kita sedang sedih dan emosi tak stabil. 

Antara makanan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 

Strawberi.

3 makanan terapi jiwa.
3 makanan terapi jiwa. Kredit Google. 

Makanlah buah strawberi bersama dengan krim putar selain dari ia dikisar untuk dijadikan jus atau dimakan bersama ais krim. Rasa masam manis yang dimiliki oleh buah ini sebenarnya kaya dengan vitamin C dan flavonoid iaitu sejenis antioksidan yang mana ia dikatakan dapat membantu menjadikan badan kita kekal sihat dan mampu menenangkan saraf kita.

Teh hijau.

3 makanan terapi jiwa.
3 makanan terapi jiwa. Kredit Google. 

Bagi peminat teh terutamanya penggemar teh hijau, korang bolehlah tersenyum lebar sebab teh hijau termasuk dalam senarai makanan terapi jiwa yang mampu menenangkan.Ini kerana, teh hijau mengandungi antioksidan yang mampu membuatkan korang tidur lena. Untuk lebih sihat, pilihlah teh hijau organik dan minumlah tanpa gula. 

Ais krim.

3 makanan terapi jiwa.
3 makanan terapi jiwa. Kredit Google. 

Wah, kalau ni lagi best. Makan je ais krim kalau nak meredakan jiwa yang beremosi tu. Ais krim dikatakan mampu 'menyejukkan'hati korang yang panas tu. Just pilih flavour kegemaran korang, dan nikmatilah ia. Pasti masalah dan tekanan korang akan dilupakan walaupun sekejap kan. Cubalah!

Selamat  mencuba.

Kredit : Gen.Y, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Bolehlah cuba petua pemakanan ni.

    ReplyDelete
  2. aiskrim tu yes... mmg sgt menenagkan..lagi satu coklaat...haaaa, bagi 10 pon takpa..cikyan bl;h abiskan...heaven sgt bila jumpa dua benda tuh..

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. tiga-tiga tu aida suka!! nice sharing... ^^

    ReplyDelete