28 February 2018

Jom serbu ke Jualan Gudang Awal Tahun 2018 Karangkraf.

February 28, 2018 2 Comments
Jom serbu ke Jualan Gudang Awal Tahun 2018 Karangkraf. | Assalamualaikum wbt. Pin pon pin pon, ini adalah satu  pengumuman penting. Berita baik untuk ulat buku dan pencinta novel sekalian. Karangkraf mengadakan Jualan Gudang Awal Tahun 2018 yang bermuka dari 23 Februari hingga 4 Mac ini. Jualan ini berlangsung di kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Para pengunjung tegar jualan ini saban tahun mesti dah tau kan apa yang best dan istimewa yang mereka boleh dapat di sini. Kalau korang nak tau, pengunjung yang datang akan menikmati tawaran harga novel dan buku yang tak masuk akal, iaitu serendah RM1. Percaya ke tidak? Jangan tak percaya sebab ianya memang betul. Betul-betul kejadian. Haha.

Apa yang paling best, selain dari buku, tawaran menarik juga disediakan untuk Al-Quran, iaitu pakej istimewa Al-Quran Al Hafiz, pertama di Malaysia dengan kaedah mudah dan cepat hafal Al-Quran dalam masa 3 jam. Ianya berharga RM38 dan apa yang paling menarik, korang akan dapat senaskhah Al-Quran mushaf secara percuma.

Jom serbu ke Jualan Gudang Awal Tahun 2018 Karangkraf.

Jom serbu ke Jualan Gudang Awal Tahun 2018 Karangkraf

Apa lagi yang best di sini? Nak tau, meh cikla bagtau. Untuk pengetahuan korang lagi, diskaun tambahan sehingga 60% bagi tajuk buku yang terpilih khas untuk pemegang kad ahli VIP Karangkraf, yang mana pilihan buku adalah pada harga RM3 dan RM5. Selain itu, potongan harga sehingga 20% akan ditawarkan kepada novel terbaru tahun ini.

Kalau korang teringin nak jumpa psnulis dan novelis secara empat mata, inilah waktunya. Slot temu mesra turut diadakan juga. Peminat novel seram pulak, jangan lepaskan peluang korang bertemu novelis, pada 24 dan 25 Februari, kemudian disambung pula pada 3 dan 4 Mac. Selain itu, sesi temu mesra bersama penulis Alaf 21 pula bermula pada 23 Februari hingga 25 Februari, dan disambung pada Jumaat 2 Mac hingga 4 Mac. Manakala, sesi temu mesra bersama penulis Islamik pada 24 Februari dan 4 Mac. So, inilah masanya korang nak jumpa penulis idola korang kan. Betul tak?

Dah tu, tunggu apa lagi. Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan 'tempat kejadian' dan kawasan sekitarnya jangan lepaskan peluang berkunjung ke sini. Rugi oooo tak pergi. Nak tunggu peluang ni datang lagi, lambat sikitlah. Cikla pun nak ajaklah encik suami pergi... Tak sabarnya.

So, apa lagi. Jom serbu!

#jualangudangkarangkraf2018 

#bukuserendahRM1

Kredit: SINI.

[Entri Bergambar] Sukaneka PASTI Kuala Langat 2018.

February 28, 2018 2 Comments
[Entri Bergambar] Sukaneka PASTI Kuala Langat 2018. | Assalamualaikum wbt. Ahad lepas berlangsungnya sukaneka PASTI Kuala Langat 2018 untuk dun Morib dan dun Teluk Datuk. Sukaneka ini diadakan di padang bersebelahan masjid Kampung Sawah. Memang meriah sangat program ni. Kami sekeluarga sampai lewat sikit sebab kami bertolak dari kampung. Mujurlah masa sampai tu program belum mula lagi. Sampai sana, parking jangan cakaplah. Memang full...

Kalau ikut aturcara program, sukaneka ni bermula dari pukul 8 pagi untuk pendaftaran dan sukaneka bermula pukul 9.45 pagi. Lewat juga kan sukaneka start, kesian kat anak-anak terpaksa bermain di bawah panas terik. Memang masa tu panas litlit tak ingat punya....

[Entri Bergambar] Sukaneka PASTI Kuala Langat 2018.

Jom kita tengok sebahagian aksi kanak-kanak semasa sukaneka berlangsung. 

Cikla pun tak dapat tengok kakak Damia main sebab adik Zara asyik nangis je kalau duduk kat tengah padang tu. Panas sangat, tu yang meragam sokmo...

Walau apapun, tahniah kakak Damia sebab memang jugaklah dalam sukaneka tu. Gembira dalam kepenatan katanya...

Just sharing...

27 February 2018

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?

February 27, 2018 13 Comments
Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke? | Assalamualaikum wbt. Sabtu lepas masa cikla balik kampung di Kuala Selangor, cikla dan suami bawa mak cikla singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Kebetulan, masa tu kami keluar beli barang. Nak balik tu, saja bawa mak makan situ.

Sebenarnya, restoran ni dulu kedainya berhadapan dengan masjid besar tu. Tapi, dah pindah dekat jalan Kuala Selangor -  Tanjung Karang. Seriously, dulu masa dekat tempat lama mee udang kat restoran ni memang sedap. Kalau tak silap cikla, pernah masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan kat TV3 tu. Dah masuk tv, mestilah sedap kan.

Betul tak?

Tapi, sekarang ni macam dah lain pulak. Lain macam mana? Meh cikla cerita....

Untuk pengetahuan korang, restoran ni terletak di tepi jalan menghala ke Tanjung Karang. Mungkin korang pernah singgah makan kat sini kan. Memang senanglah nak cari restoran ni, signboard pun terpampang punyalah besar. Masa kami sampai, orang tak ramai sangatlah. Kami masuk dalam kedai, cari tempat yang best.

Cikla perhatikan kedai ni memang besar. Deretan menu-menu memang banyak. Tapi, dah namanya restoran mee udang sudah tentu kita nak rasa mee udang dia. Tak gitu?

Mujurlah, pelayannya ok. Cikla ada terbaca blogger CERITA ITA share pasal restoran ni di SINI. Kalau time tu cikla dapat pelayan yang macam ni, memang kenalah selepuk.

Itulah realitinya sikap sesetengah orang, 'terlebih ajar'.

So, berbalik kepada cerita cikla tadi, cikla tak order mee udang pun. Haha, sebab cikla memang alergik udang. Kalau makan terus bibir bengkak-bengkak. Mak cikla je yang order, cikla rasa kuahnya je. Cikla order nasi goreng pattaya yang kecik molek. Encik suami order nasi goreng korek-korek. *dengar nama pun pelik kan, rasanya tak tau lagi... Lepas itu, tambah order dengan tomyam ayam dan ayam goreng kunyit.

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke

Mujurlah order sampai cepat. Mungkin sebab tak ramai orang kot. Kalau bab lambat ni, orang yang paling hangat hati encik suamilah. Dia ni jenis kurang sabar sikit. Nasib baiklah dia penyabar dengan peel bininya je. Haha.

Masa tu makanan sampai dulu, then baru air. Masa memula sampai, first impression kami 'wow.. Nampak sedap'. Macam mee udang, udangnya memang gedabak. Besar gila. Itupun mak order udang laut je.

Kalau udang galah, lagi besar, penuh satu mangkuk. *cikla tau sebab cikla usha meja orang sebelah.. Hehe...

Ok, apa lagi. Jom rasa... Mak aii, tomyam pedas gila. Nasi pattaya, ok ok lah rasanya. Tapi, encik suam cakap nasi goreng korek-korek tak sedap. Tak habis dia makan.

Mee udang? *komen ikhlas ni, mohon jangan kecam. Sebab pendapat masing-masing. Kuahnya agak cair, walaupun udangnya nampak fresh. Tapi, tak pedas sangatlah sebab adik Zara boleh makan.

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?
Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke? 

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?
Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke? 

Nasi goreng korek-korek cikla lupa nak snap gambar. Kalau korang nak 'merasanya' sendiri sejauh mana keenakan mee udang banjir ni, korang datanglah ye. Bukan apa, ada orang cakap sedap, ada orang cakap sebaliknya. Tak mau gaduh-gaduh, korang datang sendiri ke sini, nilaikan sendiri, ok!

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?
Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke? 

MEE UDANG BANJIR KUALA SELANGOR587, JALAN BATU 2, PASIR PENAMBANG, 45000 KUALA SELANGOR.
MASA OPERASI : 12 PM HINGGA 11 PM.

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?
Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke? 

Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke?
Singgah makan di Restoran Mee Udang banjir Kuala Selangor. Sedap ke? 

Pada yang first time ke Kuala Selangor, tak tahu jalan korang waze je. Insha Allah selamat sampai ke tempat yang dituju... Peminat mee udang silalah mampir ke sini ye.

25 February 2018

Excited! First time makan buah bidara.

February 25, 2018 8 Comments
Excited! First time makan buah bidara. | Assalamualaikum wbt. "Nasi lemak, buah bidara. Sayang selasih hamba lurutkan. Buang emak buang saudara. Kerana kasih hamba turutkan...." Ececeh, kemain lagi. Kerana kasih konon. Haha. Siap pernah tengok dan makan buah biadara? Sejujurnya, ini pertama kali cikla tengok, pegang dan makan buah ni. Itu sebab agak jakun sikit bila pertama kali tengok buah ni. Sebenarnya, cikla jumpa buah ni masa cikla berkunjung ke pasar malam berhampiran dengan rumah cikla di kampung. Memang rare buah ni bagi cikla.

Dari jauh, serius cikla tengok buah ni macam buah epal hijau. Tap, versi kecik. Cikla dengan mak cikla dah berbisik-bisik sesama sendiri. Agaknya si penjual tu perasan wajah kehairanan kami, lalu beliau pun mengatakan buah itu adalah buah biadara. Terus ber O, O lah kami di situ. Haha. Nampak benar naifnya...

Excited! First time makan buah bidara

Excited! First time makan buah bidara.
Excited! First time makan buah bidara. 

So, disebabkan perasaan membuak-buak nak tau macam mana rasanya, so cikla belilah setengah kilo, rm7.  Memang tak sempat balik rumah, kat situ jugak ngappp... Memang sedap. Rangup, manis tak berapa manis dan juicy. Makan sebiji, nak lagi berbiji-biji. Hehe. Kawan cikla cakap, buah bidara ni jugak dipanggil sebagau epal Malaysia. Betul jugak tu, sebab rupa parasnya memang macam epal. Apa kata korang baca sikit perkongsian menarik mengenai buah yang pernah disebut dalam Al-Quran ni.

Buah biadara atau nama saintifiknya Ziziphus Mauritiana  merupakan buah yang banyak manfaat dan kebaikannya tak kira dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Berikut merupakan manfaat yang boleh kita perolehi dari buah biadara  yang dimakan, iaitu:

  1. Melancarkan pencernaan kerana ia kaya dengan serat. 
  2. Membantu menguatkan gigi dan tulang  kerana ia kaya kalium, kalsium, dan fosforus. So, ia sangat bagus untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana dapat membantu membentuk tulang dan gigi yang kuat. Manakala, mereka yang agak berusia boleh amik  buah ni untuk mengelakkan tulang rapuh. 
  3. Membantu memulihkan tenaga dan melancarkan pengaliran darah kerana ia kaya dengan zat dan nutrien yang baik untuk badan kita. 
  4. Mengandungi anti oksidan yang dapat nenghalang radikal bebas yang memudaratkan. 
  5. Mencegah osteoporosis. 
  6. Mengatasi masalah keputihan, dijadikan masker wajah untuk merawat kulit muka yang bermasalah dan dikatakan mampu mengelakkan dari terkena kanser.

Excited! First time makan buah bidara.
Excited! First time makan buah bidara. 

Itulah di antara manfaat buah bidara yang sangat baik untuk kita. Rasanya banyak lagi kot, tapi cikla share sebahagian saja ok. Buah ni adalah buah yang sangat jarang ditemui, tapi kawan cikla cakap buah ni banyak di Kelantan. Waallahualam. Orang jual buah ni secara on9 pun ada rasanya. 

Buah bidara... sedap!

Kredit SINI.

24 February 2018

Budak-budak berjambang?

February 24, 2018 1 Comments
Budak-budak berjambang? | Assalamualaikum wbt. Kalau orang lelaki dewasa berjambang kita biasa tengok kan? Tapi, macam mana pulak kalau budak-budak yang berjambang? Bila dengar macam rare kan? Haha...

Sebenarnya di Facebook, ada satu application yang boleh menukarkan kita dari tak berjambang kepada berjambang. Ni sebenarnya kerja orang takde kerja. Haha...

Budak-budak berjambang?

Jom hibur-hiburkan hati tengok gambar kat bawah ni, versi budak-budak berjambang. Hehe. Sekurang-kurangnya, aura senyum dan ketawa kita akan menjadikan orang sekeliling gembira dan positif. 

Budak-budak berjambang?
Budak-budak berjambang? 

Budak-budak berjambang?
Budak-budak berjambang? 

Budak-budak berjambang?
Budak-budak berjambang? 

Budak-budak berjambang?
Budak-budak berjambang? 

Budak-budak berjambang?
Budak-budak berjambang? 

Budak-budak berjambang?
Budak-budak berjambang? 

Kalau korang saja nak try apps ni, just klik SINI ye. Just for fun je...

23 February 2018

Jom kenali pelakon Aishah Azman, heroin drama Cinta Hati Batu, slot Lestary TV3.

February 23, 2018 1 Comments
Jom kenali pelakon Aishah Azman, heroin drama Cinta Hati Batu, slot Lestary TV3. | Assalamualaikum wbt. Aishah Azman? Siapa pulak gerangannya orang ini. Bila dengar nama macam tak familiar. Tapi, bila tengok muka, ooohhh dia ni. Kenallah... Cikla pun ada jugak beberapa kali tengok drama lakonan dia kat tv. Rasanya yang paling hot sampai membuatkan Aishah Azman ni dikenali ramai adalah drama Namaku Bedah.  Cikla ada jugak tengok drama ni beberapa kali. Tapi, tak follow sangat.

Cikla tengok dia ni, cantik kan. Sejuk mata memandang. Yang paling cikla tak sangka, rupanya Aishah Azman ni adalah adik kepada pelakon Afiq Muiz. Macam tak percaya kan diaorang ni adik beradik. Aishah yang berusia 22 tahun (2018) sebenarnya berasal dari Kelantan dan merupakan seorang graduan diploma teater dar ASWARA.

Jom kenali pelakon Aishah Azman, heroin drama Cinta Hati Batu, slot Lestary TV3.

Sejujurnya, cikla suka tengok dia berlakon dalam drama Cinta Hati Batu tu. Dalam drama tersebut dia memegang watak sebagai Anith Fitriah di samping Ashraf Muslim dan Fadlan Hazim. Sebagai pendatang baru, ini merupakan satu pencapaian yang baik sebab diberi kepercayaan memegang watak utama. Memang berbakat si Aishah ni, cantik pun cantik. Kiranya lengkaplah pakej dia...

Jom kita layan sat beberapa gambar comel Aishah Azman.

Jom kenali pelakon Aishah Azman, heroin drama Cinta Hati Batu, slot Lestary TV3.
Jom kenali pelakon Aishah Azman, heroin drama Cinta Hati Batu, slot Lestary TV3. Sumber Google. 

Kalau korang nak follow media sosial Aishah Azman untuk mengetahui perkembangan terbaru dia, just klik link di bawah:

Semoga Aishah Azman terus sukses dalam bidang yang diceburi... Good luck!

Kredit : SINI.

5 tip merawat ulser di mulut dengan cepat dan berkesan.

February 23, 2018 2 Comments
5 tip merawat ulser di mulut dengan cepat dan berkesan. | Assalamualaikum wbt. Cikla selalu kena ulser kat mulut lepas minum iodin. Masa minum iodin yang first tu, memang penuh dalam mulut cikla dengan ulser. Nak makan punyalah azab. Lagi-lagi time nak gosok gigi. Ulser pulak keluarnya dekat gusi, bahagian dalam pipi, dengan dalam bibir.

Kalau tersentuh, pedih ooo... Itu belum lagi kalau time makan, tergigit. Lagilah...

Tapi, kalau minum, ok lagi. Mungkin sebab minum iodin dos tinggi kot. Tu yang effect dia macam tu. Alhamdulillah, masa rai kedua dos rendah tu cikla tak kena ulser pun. Cuma baru-baru ni je kena. Mungkin kurang minum air. Panas dalam pun ye.

Untuk pengetahuan korang, ulser juga dikenali dengan nama manjanya, mata ikan. Ulser ni kalau keluar seketul-seketul ok lagi. Tapi kalau dia keluar secara berjemaah, memang ber'adoiiii' dah jawabnya. Cikla ada juga mencuba beberapa petua atau tip yang cikla cari di internet untuk merawat ulser yang menyakitkan ni.

Nak tau? Jom semak apakah petua itu...

5 tip merawat ulser di mulut dengan cepat dan berkesan. 

5 tip merawat ulser di mulut dengan cepat dan berkesan.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Yogurt memang sedap dimakan dan sangat berkhasiat. Kalau korang nak tau, yogurt mengandungi acidopjilus. Kandungan itu dikatakan dapat menjaga keseimbangan bakteria dalam mulut dan badan. So, ia dapat menghilangkan ulser dengan cepat.

Berkumur-kumur dengan air garam. Cikla agak cara ni amat popular kan, sebab cikla pun memang buat cara ni kalau kena ulser. Ambil sedikit garam, letak dalam segelas air suam then berkumur-kumurlah dengan air itu. Percaya atau tidak, cara ni memang agak berkesan sebab ia boleh mengurangkan kesakitan sekaligus kuman yang menyebabkan ulser itu pun dapat dihapuskan. Lakukan  dua atau tiga kali sehari. Insha Allah, ia memang membantu... 

Dengan menggunakan sedikit serbuk kopi (tak kiralah brand apa pun), kemudian letakkan di bahagian yang terkena ulser. Selepas itu, berkumurlah dengan air kosong. Insha Allah, ulser korang akan cepat sembuh.

Minum air kelapa.  Kadangkala, ulser terjadi disebabkan oleh kenaikan suhu badan kita. Bahasa mudahnya, orang selalu cakap 'panas dalam'. So, dengan pengambilan air kelapa akan dapat mengimbangi suhu badan. Kalau minum air biasa pun ok jugak, janji minum air yang cukup. Tapi, cikla suka air kelapa, sedap!   

Guna marjerin. Kalau yang ni, cikla pernah cuba pada anak cikla. Memang berkesan jugak. Rupanya, marjerin boleh menyembuhkan ulser. Just letak marjerin di kawasan yang bermasalah dan ulang sampai ulser tu sembuh. Apa yang penting ia tak menyakitkan langsung.

Tapi, ada orang tua-tua cakap, kalau nak bagi cepat elok ulser di mulut tu, selalu makankan yang pedas-pedas. Sejauhkah mana kebenarannya? Waallahualam...

Kredit SINI.

22 February 2018

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.

February 22, 2018 4 Comments
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa kan, kebanyakan ibu dan ayah suka membawa anak-anak mereka pergi beriadah ke zoo kan. Betul tak? Kalau masa cuti sekolah je, selain dari pergi bercuti dan berkelah tempat yang paling popular inilah dia, zoo. Tapi, kenapa agaknya ye. Bagi cikla, ini pendedahan yang baik untuk anak-anak supaya mereka lebih mengenai haiwan. Macam anak-anak cikla, first time bawa diaorang pergi ke Zoo Negara memang nak excited betul diaorang. Nampak binatang tu, tanya. Nampak binatang ni, tanya lagi. Tak terjawab ibu nak oi... Yang paling cikla kelakar, ada ke kakak Damia cakap burung tu anak ayam? Haha, memang tergelaklah dibuatnya...

Berbalik kepada cerita cikla dan keluarga ke Zoo Melaka pada hari Ahad lepas, bagi cikla inilah masa terbaik untuk kami meluangkan masa beriadah bersama-sama. Bonding time bak kata orang putih. Sebenarnya, plan nak pergi sana tak dirancang pun. Plan tiba-tiba. Encik suami pun kebetulan cuti, dan cikla tengok dia pun takde hal penting, so apa lagi. Cikla ajaklah dia. Budak-budak apa lagi, bila dengar nak jalan memang melompat-lompat kegirangan. Haha.

Kami bertolak tengah hari, dalam pukul 12.30 tengah hari gitu. On the way nak sampai sana tu, singgah sekejap dekat RnR then sambung perjalanan. Sampai Zoo Melaka dalam pukul 3 lebih gitu. Cuaca memang tak boleh cakaplah. Panas litlit. Bila bawak 4 orang askar ni memang sangat mencabar fizikal dan mental sungguh. Haha, kau! Biasalah kan,  budak-budak baru nak up, menang sangat aktif dan ligat. Yang si kakak (Batriysia dengan Damia) dengan di abang (Ammar) yang kekonon dah besar nak jalan sendiri. Lepas tu si adik Zara pun yang tak nak dipimpin, nak jalan sendiri juga. Haha, bertabahlah si ibu... Tapi, takpelah. Asalkan anak-anak happy, pun dah ok dah.

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka

So, bila dah datang tempat macam ni apa lagi aktiviti yang boleh dibuat kan, kalau tak selfie melfie. Haha... Apa lagi, jomlah cuci mata sekejap tengok gambar yang sempat cikla snap. Jom tengok. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

Budak-budak bergambar di pintu masuk zoo. Memang susah nak amik gambar 4 beradik ni, lebih-lebih lagi adik Zara. Tak reti duduk diam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

Encik suami  sedang beli tiket masuk. Bayaran masuk korang tengoklah di gambar di bawah. Mahal ke murah? Hehe. Dah settle bayar, nanti korang akan diberi gelang untuk dipakai. Adik Zara je free

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

'Pengunjung zoo' yang leka tengok burung. Hihi. Apa yang cikla perhatikan, dekat Zoo Melaka ni memang banyak spesis burung. Macam-macam rupa burung yang ada kat sini. Colourful... 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

Time ni sebenarnya selepas pertunjukan burung. Flamingo kat belakang tu jinak-jinak tau. Cantik kan, putih bersih je bulu dia. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

Di Zoo Melaka ni juga ada disediakan tram (macam tren) untuk membawa pengunjung yang tak nak berjalan jauh mengelilingi kawasan di sekitar zoo. Kami sekeluarga naik jugalah tram ni sebab malas nak berjalan kekononnya. Lagipun, cuaca pun memang panas menyegat. Kesian budak-budak pulak... Tiket tram macam kat dalam gambar di bawah tu. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

Kat bawah ni pulak, gambar haiwan yang cikla sempat snap. Kebanyakan haiwan sedang berisitirehat dan bersantai, lepak-lepak bersama yang tersayang.  Hehe. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

Korang tengoklah adik Zara punya berani duduk kat depan gajah. Kakaknya menyorok takut gajah besar sangat. Hehe. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan melihat flora dan fauna di Zoo Melaka. 

Hok aloh, maknya pun dah interframe jugak. Hehe. So, kalau korang berkesempatan, pergilah berjalan ke Zoo Melaka. Bawa anak-anak, insha'Allah mereka akan happy punyalah.

Have fun!

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.