Tip meningkatkan keyakinan diri (self confident).

By Cikla Shahril - January 27, 2018

Ada orang mempunyai keyakinan diri (self-confident) yang rendah, terutama bila berhadapan dengan orang lain. Contohnya, kena bagi speech ke, kena entertaint orang ke dan lain-lain. 

Sejujurnya, dulu cikla pun kurang keyakinan diri juga. Kalau time study dulu, bila duduk dalam dewan kuliah mesti amik side belakang-belakang sebab takut lecture tanya. Haha. Teruk betul kan. 

Lagipun, dulu cikla ni pendiam sikit. Sekarang pun pendiam jugak, hihi. Tapi, sekarang self-confident tu dah up sikit. Mungkin sebab seiring dengan peningkatan usia kot. Haha, boleh gitu. 

So, macam mana nak meningkatkan keyakinan diri kita agaknya ye. Jom baca tip ini.

Tip meningkatkan keyakinan diri (self confident).
Tip meningkatkan keyakinan diri (self confident). Sumber Google. 

Firstly, kenal pasti, keadaan dan dalam situasi macam mana yang menyebabkan korang rasa takut dan tak yakin. 

Ini adalah penting untuk membantu korang mengambil langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini nanti. Perasaan yang buat korang rasa tak confident tu, seperti cemas, gugup, gementar, takut dan sebagainya.

Secondly, cuba bina hubungan dengan orang lain melalui komunikasi, menegur dan menyapa. 

Ada kalanya, komunikasi bukan lisan juga boleh membantu dan wujudkan suasana yang selesa dengan orang sekeliling korang sekaligus menjadikan korang juga rasa yakin bila bergaul dengan mereka.

Thirdly, buat good preparation terutama kalau korang disuruh membuat tugasan. 

Focus dan hadamkan dengan topik yang diberi, sekurang-kurangnya semasa hari pembentangan itu nanti korang lebih mahir dan yakin semasa melontarkan idea bernas korang tu. So, buat persediaan rapi ye. 

Lastly, sedar sikap yang boleh membuatkan korang menjadi lemah dan sebagai jalan penyelesaiannya korang mengambil langkah menyendiri. 

Sikap ini bukanlah sikap yang positif. Apa lagi nak tunggu? You need to change. Cuba isi masa terluang dengan aktiviti bermanfaat seperti hanging out dengan kawan-kawan dan beriadah bersama yang tersayang. Let’s change!

Kredit : Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Saya pun memang ada masalah kurang yakin dengan diri terutama skali bila time buat pembentangan atau kena tanya soalan. Tapi syukur skg da boleh handle skit2

    ReplyDelete