Tip membeli power bank yang korang kena tahu.

By Cikla Shahril - January 27, 2018

Penggunaan power bank dewasa ini memang tak boleh nak disangkal lagi. Rasanya, setiap orang at least mesti ada satu power bank kan. Betul tak? 

Tapi, bagi diri cikla sendiri, memang cikla tak guna pun, sebab tak minat. Encik suami ada guna, tapi dululah. Tapi, sekarang tak nampak pulak dia guna. 

Cikla akuilah yang penggunaan power bank memang sangat memudahkan sebab ia umpama ‘pembekal tenaga’ di masa-masa darurat. 

Manalah tau, time nak guna handphone untuk tujuan yang pentinglah, time tu jugaklah bateri nak out. So, dengan adanya power bank sedikit sebanyak dapat membantu mengatasi masalah ini. 

Kalau nak diikutkan, harga power bank ini agak mahal jugak, tapi kira oklah jika nak dibandingkan dengan kualitinya. Tapi, zaman sekarang ni lambakan brand power bank di pasaran ni memang sangat banyak. Hati-hati ye korang. 

Bukan apa, jangan sampai salah pilih. Jangan bila korang tengok je harganya yng murah, terus rembat. 

Rupa-rupanya, fake dan apa yang ditakuti ia akan memudaratkan kita kemudian hari. Iyelah, brand sama dengan brand popular tapi mutunya ke laut walaupun harganya jauh lebih murah. 

Adalah sangat penting untuk korang mengetahui sedikit sebanyak tip untuk membeli power bank ni. Ia bukan hanya melibatkan soal harga dan brand or tak, apa yang lebih penting adalah mutu dan kualitinya. Itu lebih penting sebenarnya. 

Jom baca perkongsian menarik ni, at least untuk tambah ilmu mengenai hal ini terutama kepada mereka yang suka menggunakan power bank.

So, apa yang korang kena tahu sebelum membeli power bank? Inilah antara yang orang kena pertimbangkan.

  1. Sudah tentu jenama. Semua orang suka yang berjenama. Betul tak? Tak kira barang apa pun. So, begitu jugak dengan power bank. Apa yang bagus, pilihlah jenama yang mempunyai pensijilan UL untuk lebih kepastian dan keselamatan. Kalau korang nak tau apa itu pensijilan UL, tanyalah pada yang pakar, ok. 
  2. Kualiti sebenarnya bukan penentu kepada prestasi power bank itu sendiri , tapi ia lebih kepada kepantasan dan kecepatan power bank memenuhkan bekalan tenaga. Kalau korang nak tau, kualiti power bank itu adalah di tahap sederhana, ia akan merosakkan kapasiti bateri pada telefon mudah alih kita. 
  3. Power bank yang mempunyai guarantee paling kurang pun setahun, yang mana ia perlu juga memenuhi terma dan syarat. So, masa korang membeli pastikan korang tau jugak kat mana nak hantar power bank tu sekiranya ia mempunyai masalah kelak. 
  4. Pilih power bank mengikut keperluan bukan kemahuan. 
  5. Teliti maklumat bateri yang tertera pada power bank yang biasanya terdapat pada kotak. Confirmkan yang power bank itu betul-betul ori dan bukannya jenis recycles
  6. Sebaiknya, pilih power bank yang mempunyai ciri keselamatan khas yang boleh melindungi telefon korang dan diri kita. Manalah tau, tengah-tengah guna tu, tetiba ‘pommm'. Haaaa, dah jadi masalah lain pulak kan. So, pastikan betul-betul, seperti perlindungan jika berlaku litar pintas, pengecasan overload dan suhu. 
  7. Seain itu, pertimbangkan juga mengenai output, plug, indicator, kabel dan beberapa aspek teknikal yang lain. Pastikan ia betul-betul ori dan berfungsi dengan baik. 

Lepas ni diharap korang takdelah tersalah membeli power bank ye. Semoga bermanfaat. Kalau korang nak tambah tip, silakanlah ye. Boleh share di ruangan komen.

Kredit : Klassifields, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments