Breaking

12 January 2018

Kata bidalan terbaik.

Kata bidalan terbaik. | Assalamualaikum wbt. Memang tak dinafikan orang-orang lama memang banyak kata bidalannya. Ada yang tersurat, dan tak kurang juga ada yang tersirat dan sukar difahami.

Kata bidalan terbaik. 

Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS. Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu. MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

Jadilah POKOK PISANG. Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati. MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan.

Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG. Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri. MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA.

Jadilah UBI KAYU. Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih. MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh kekotoran.

Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM. Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yang kecil dan ada yang besar. MAKSUDNYA : Selalulah bersikap adil.

Jadilah seperti KELAPA. Semakin tua semakin pekat santannya. MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

Jadilah seperti MANGGIS. Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam. MAKSUDNYA : Kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.


Sumber WhatsApp group.

3 comments:

  1. good read and reminder here. thnk youuuu

    ReplyDelete
  2. wah bagus sangat laa... dalam mendasar punya arti... artikelnya cik....

    eh iya kritik dikit dong cikgu... hihi... kl boleh blogroll di sidebarny di update lagi.... soalny blog sy gk ke index... hihi... tq sangat sist....

    ReplyDelete
  3. kata bidalan smua pasal buah ni..hehe tiba2 craving for durian.heheh

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.