Jom kira Indeks Berat Badan sendiri.

By Cikla Shahril - January 26, 2018

Apa dia Indeks Berat Badan atau body mass index (BMI)? Untuk pengetahuan korang, Indeks Berat Badan adalah ukuran untuk menilai berat badan kita berbanding dengan ketinggian.  Korang tau tak macam mana nak kira BMI korang sendiri? So, apa lagi, pergi cepat-cepat timbang berat, ukur tinggi korang tu. Nanti boleh kira BMI. 

Bagi diri cikla sendiri, alhamdullillah cikla masih dalam range BMI 18.50 - 24.99 (Healthy Weight). 

BMI saya : 52.2kg /(1.63 m x 1.63 m) = 19.62.

Jom kira Indeks Berat Badan sendiri.
Jom kira Indeks Berat Badan sendiri. 

So, korang punya BMI pulak macam mana? Mana satu 'status' korang? Boleh rujuk BMI chart kat atas tu. Tapi, korang tau tak kalau berat kita berkurangan atau berlebihan akan meningkatkan risiko masalah berat badan? Memang ye, sebab ada kajian yang mengatakan berat badan berlebihan akan merisikokan kita kepada masalah kesihatan yang serius, seperti penyakit jantung, strok, diabetes, darah tinggi dan kanser. 

Mulai sekarang bagi yang mempunyai berat badan berlebihan sepatutnya sudah mengambil langkah awal untuk mendapatkan berat badan unggul melalui pemakanan yang seimbang dan sihat termasuklah melakukan aktiviti senaman. 

Sama jugak bagi mereka yang mempunyai berat badan kurang, pun ada risiko jugak seperti masalah jantung, penurunan daya tahan badan melawan jangkitan (makna senang dijangkiti penyakit), rasa letih yang kronik, murung, dan sebagainya. Jangan sampai jadi aneroksia sudah. Badan dah kurus kering, tapi tetap cakap gemuk dan nak berdiet. Ish ish ish... 

Ada tip tak nak tambah berat badan secara sihat (bagi yang mengalami masalah kurang berat badan), mengekalkan berat badan unggul dan menurunkan berat badan (bagi yang obes)?
 
Sudah tentulah ada kan. Bagi mereka yang ingin menambah berat badan, korang kena aim berat yang korang nak naikkan, contohnya 1-2 kg sebulan. Jangan drastik sangat, buat slowly

Apa yang perlu dilakukan adalah mengamalkan makanan secara seimbang dan sihat, macam cikla dengar orang sekarang cakap 'suku-suku-setengah'. 

Dalam sepinggan makanan korang tu semua ada. Karbohidrat, protein, sayur, buah, vitamin dan lain-lain. Selain itu, waktu pengambilan makanan itu, mean waktu makan korang tu kenalah tetap. Janganlah hari ni lunch pukul 1, esok pukul 3, esoknya lagi langsung, dinner terus. Skip lunch terus. Huhu. Tak naklah macam tu kan. 

Bagi yang nak tambah berat badan (macam cikla) hehe, kena up sikit makanan berkhasiat lebih sikit dari biasa. 

Piramid makanan.
Piramid makanan. Sumber Google. 

Bagi yang suka ambil snek atau kudapan antara waktu makan utama tu, boleh je nak ambil. Tapi, pastikan snek itu berkhasiat dan kaya dengan nutrien seperti kalori, vitamin dan mineral. Di samping itu, korang juga kena tau tahap keperluan tenaga korang. Maknanya, kalau korang melakukan aktiviti fizikal, korang kena tau tahap tenaga korang takat mana. 

Pendek kata, jangan paksa diri. Lakukan setakat mana kemampuan korang. Bagi mereka yang mahu mengekalkan berat badan unggul, korang perlu:

  1. Seimbangkan pengambilan makanan yang korang ambil dengan aktiviti fizikal yang korang lakukan. 
  2. Menentukan keperluan tenaga yang korang perlukan. 
  3. Kalau korang memang seorang yang aktif, cuba teruskan melakukan aktiviti dengan kadar yang sama, tapi kena sesuai dengan umur korang jugalah. Kalau korang rasa boleh lakukan lebih, buatlah lebih. Kalau tau, buatlah setakat yang termampu je. 

Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan, jom cuba langkah berikut:

  1. Tetapkan sasaran. Maknanya, berapa berat yang korang nak turunkan dalam seminggu atau sebulan contohnya. 
  2. Pastikan keperluan tenaga korang. 
  3. Sebaik-baiknya, timbang berat badan korang sekali seminggu sebelum makan. 
  4. Mengambil makanan yang seimbang tapi sederhana. 
  5. Elakkan dari sekat terus diri dari makan, terutama kalau korang sangat lapar. Bukan apa, nanti confirm korang makan ikut nafsu punya lepas tu. 
  6. Cuba ubah suai atau sesuaikan diet korang, janganlah asyik diet sama. Bosan juga kan. 
  7. Kurangkan, dan kalau tabah elakkan terus gula, makanan berlemak, berminyak, fast food, junk food dan lain-lain. 
  8. Elakkan makan sambil tengok tv atau sedang membaca. Buat senaman yang sederhana dan setanding dengan kemampuan korang seperti cycling, walking, dan swimming, sekurang-kurangnya 60 minit, 5-6 hari seminggu. 
  9. Jumpa doktor atau pakar makanan yang bertauliah untuk mendapatkan khidmat nasihat. 
  10. Sokongan keluarga dan rakan terdekat jugak penting, sebagai pembakar semangat kata orang. 

Bagi cikla, semuanya di tangan kita. Kita nak sihat atau nak sakit kita yang menentukan. Zaman sekarang ni, jangan cakap penyakit itu disebabkan oleh faktor keturunan, tapi hakikatnya ia adalah sangat berkait rapat dengan corak atau gaya pemakanan yang kita amalkan sehari-hari termasuklah gaya hidup. 

Cegah sebelum kena.

Kredit SINI 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments