Jom kenali jenis kulit muka korang.

By Cikla Shahril - January 02, 2018

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Macam cikla, cikla rasa cikla mempunyai kulit muka combination kot. Sebab kadang-kadang macam berminyak, kadang-kadang macam kering pulak. 

Sebenarnya, kita dr memang kena tau apakah jenis kulit muka kita supaya produk yang kita gunakan untuk muka kita sesuai dan tak akan memberi kesan buruk di kemudian hari. Wah. Ayat bukan main ye. Hehe.

Basically, beberapa jenis kulit muka yang biasa iaitu;

Jom kenali jenis kulit muka korang.

Kulit muka jenis normal.

Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit normal, memang korang sangat beruntung. Sebab apa? Sebab, jenis kulit sebegini mempunyai ciri keseimbangan yang baik, iaitu kadar air dan minyak. 

Antara ciri-ciri mereka yang mempunyai jenis kulit normal adalah seperti berikut:

  • Tak mempunyai, paling tak pun sikitlah noda di wajah. 
  • Mempunyai pori-pori yang hampir tak nampak. 
  • Nampak shining.

Kulit muka jenis kombinasi.

Haaa, jenis kulit muka cikla lah ni. Untuk pengetahuan korang, jenis kulit muka macam ni boleh jadi kering atau normal terutama di beberapa kawasan pada bahagian muka korang, tapi mungkin ia akan jadi berminyak pulak di kawasan yang lain pulak. 

Kawasan kulit muka yang sering mengalami masalah 'berminyak' oni adalah di kawasan hidung, dagu dan dahi (T-zone).

So, kulit muka kombinasi ini sebaiknya menggunakan produk kulit yang berbaza untuk kawasan tertentu yang mempunyai masalah tersebut. 

Kulit kombinasi mempunyai ciri-ciri seperti keadaan pori-porinya terlalu lebar dan kulit muka kelihatan seperti mengilap. 

Apakah yang mempengaruhi keadaan ini agaknya ye? Faktor genetik dan hormon, di mana minyak yang terhasil adalah tak seimbang, selain dari faktor persekitaran (cuaca).

Kulit muka jenis kering.

Kalau korang mempunyai kulit muka jenis kering, jom check ciri-ciri berikut:

  • Mempunyai liang pori yang hampir tak dapat dilihat. 
  • Keadaan kulit nampak kusam dan kasar. Wujudnya garis-garis halus pada wajah yang kelihatan lebih ketara.

Biasanya, ciri-ciri ini akan menyebabkan kulit jadi mengelupas, gatal, iritasi, atau mengalami radang. Manakala, kalau keadaan kulit sangat kering, ini akan menjadikan kulit lebih kasar dan seakan bersisik terutama pada bahagian selain dari muka iaitu lengan dan kaki.

Ada beberapa tips yang boleh dipraktikkan untuk merawat kulit kering, iaitu:

  • Elakkan mandi terlalu lama dan kerap mandi. 
  • Gunakan sabun atau cleanser yang 'ringan'. 
  • Semasa mandi, elakkan dari menggosok kulit dengan kuat. 
  • Sebaiknya, oleskan pelembab pada kulit selepas mandi. Jenis pelembap yang sesuai untuk jenis kulit sebegini adalah jenis krim kerana ia lebih baik kalau nak dibandingkan dengan lotion.

Kulit muka jenis berminyak.

Untuk pengetahuan korang, golongan remaja biasanya yang selalu mengalami masalah kulit berminyak. Keadaan ini terjadi kerana kelenjar di kulit menghasilkan minyak (lipid) yang terlalu. 

Antara ciri-ciri kulit muka jenis berminyak adalah seperti mempunyai pori-pori muka yang besar, kulit nampak kusam dan berkilat serta berbintik-bintik.

Berikut merupakan tips untuk merawat jenis kulit berminyak, iaitu:

  • Cuci muka secara teratur. Sebaiknya 2 kali sehari. 
  • Gunakan pencuci muka yang lembut dan jangan menggosok kulit muka. 
  • Elakkan memicit jerawat. 
  • Sebaiknya, gunakan produk pem ersih muka berlabel “non-comedogenic,” kerana produk ini  dikatakan tak akan menyumbat pori-pori muka kita. 

Kulit muka jenis sensitif.

Antara ciri-ciri kulit muka jenis sensitif ialah kulit menjadi kemerahan, terasa gatal, terasa seperti terbakar dan menjadi kering.

Bagi cikla, adalah penting kita mengetahui jenis kulit muka kita supaya mudah untuk kita mencari produk yang sesuai. Bukan apa, niat di hati nak nampak cantik, tapi dek kerana tersalah pilih produk masalah lain pulak timbul. Lagi bertambah-tambah masalah.

Semoga bermanfaat.

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Rasa macam kombinasi. Dulu sebelum kahwin, normal je. Dah kawin ni rasa carca marba je kulit. Haha..

    ReplyDelete