Apakah tanda yang diet korang berjaya? Meh baca perkongsian ini.

By Cikla Shahril - January 27, 2018

Ada orang berdiet bagai nak rak, tapi hasilnya tetap mengecewakan. Sudahnya, mulalah give up, malas nak diet dan macam-macamlah. Walau bagaimanapun, ada juga orang yang berjaya dalam rancangan diet mereka. Apa pulak tanda yang diet korang tu berjaya? Kadang-kadang, kita tak perasan tapi sebenarnya berkesan dah diet korang tu. Korang nak tau tak?

Bagi cikla, memang penting untuk kita tahu sama ada diet yang kita lakukan itu berkesan atau sebaliknya sebab ia boleh dijadikan penanda aras atau guideline sama ada diet yang kita buat tu sesuai dengan badan kita atau tak. So, lepas ni, takdelah korang hanya bergantung pada penimbang kalau nak tau keberkesanan diet yang korang buat tu. 

Tengok pada lingkaran pinggang. - Kalau korang nak tau, diet yang berjaya bila mana lingkaran pinggang korang juga menurun. Tapi, jangan harap lingkaran pinggang je menurun, apa yang penting kena capai berat badan ideal juga. Itu lebih utama. Ada pulak, yang berat je turun, tapi lingkaran pinggang sama je. Itupun turun 1-2 kg je. Haaa, gitu. 

Cermin diri. -  Cikla rasa setiap rumah perlu ada satu cermin besar yang boleh nampak badan korang dari atas sampai bawah lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang berdiet. 

Bukan apa, masa korang berdiri di depan cermin tu, korang sendiri dapat merasakan yang korang sudah langsing atau sudah mengalami perbezaan sebelum dan selepas berdiet. Cikla rasa, cara ni lebih jujur kot seban kita boleh nampak semua perbezaan yang mungkin ada. 

Orang lain perasan dengan perubahan diri korang. -  Kadang-kadang kita sendiri tak sedar perubahan yang berlaku pada diri kita. So, kalau ada orang yang tegur kita nampak kurus atau langsing, haaa maknanya berjayalah diet korang tu. Tapi, harapnya teguran sahabat tu ikhlaslah ye. Hehe. 

Badan rasa lebih segar dan tak mudah jatuh sakit. -  Kalau korang bangun setiap pagi tu, badan korang rasa segar je. Korang rasa lebih bersemangat dengan rehat yang cukup untuk membuat kerja harian korang. So, ini menunjukkan diet korang dah betul dah tu sebab nutrisi dalam diet cukup untuk keperluan badan korang. 

Selain itu, korang sentiasa rasa cergas, fit dan tak mudah jatuh sakit. Ibi disebabkan korang berada dalam keadaan sihat dengan metabolisme yang tinggi serta sistem penghadaman yang baik. 

Lebih bersemangat untuk bersenam. -  Bagi cikla, mana-mana program diet pun, senaman memang tak boleh dilupakan. Diet bukan bermakna kita kena kawal dan ambil makanan seimbang saja, tapi ada elemen lain yang perlu dimasukkan juga. Barulah balance

So, bila diet korang berjaya korang rasa lebih excited dan seronok bila korang nak bersenam tu tak kiralah korang pergi ke gym, aerobik, or di tempat-tempat riadah. Tambahan pula, masa bersenam, korang takdelah termengah-mengah sebab pernafasan korang lebih stabil. 

Bagi yang sedang berdiet? Macam mana?   Ada tak tanda di atas tu kena dengan korang? Kalau tak semua pun, salah satu ke? 

Walaubagaimanapun, kena konsisten tau. Jangan mudah putus asa. Kadang-kadang, perkara sebegini bukan sekelip mata kita nak dapat. Kena usaha, dan rasa tak patus asa. Kalau dah mencapainya nanti, 'kepuasan'nya nanti lain macam tau. Rasa puas sangat. Lebih bersemangat lagi.

Kredit Ruangan Tip Cantik, Sinarharian. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments