5 petua di dapur yang orang perempuan kena tahu.

By Cikla Shahril - January 30, 2018

Orang perempuan ni kalau masuk dapur, pung pang pung pang, bersilat berkungfu, tau-tau dah terhidang dah hidangan yang sedap-sedap atas meja tu. Janji jangan ada orang kacau dia buat kerja. Memang cepat je kerja nak siap kan. Betul tak?

Kadang-kadang itulah, macam cikla yang ada anak kecik ni, sebelum nak masuk dapur tu dah elok dah anak tidur lena. Tapi, baru nak pegang periuk, dah menangis dalam buaian. Haha. Korang ada yang macam ni tak? 

5 petua di dapur yang orang perempuan kena tahu.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Bagi cikla adalah sangat penting kalau ada petua-petua yang bagus yang boleh membantu ibu-ibu mempercepatkan kerja mereka tatkala di dapur. 

Jom baca perkongsian menarik ini. Cikla taknaklah share banyak-banyak petua dengan korang. Nanti tak tercuba semua kan. Hehe. So, cikla share 5 je.

Pertama: Mereka yang sangat sibuk suka dengan bahan yang sudah siap sedia digunakan. Bila nak guna, ambil je dalam peti sejuk, dah boleh terus guna. Macam cikla, cikla suka blend cili kering lebih then simpan dalam fridge. Esok-esok nak guna, senang. Tapi, macam mana nak bagi cili yang telah di blend ni tahan lebih lama? Senang je. Korang guna minyak. Caranya, selepas korang potong cili kering tu, rebus sekejap cili nak buang pedasnya. Then, lepas toskan cili tu, korang blend dengan minyak buat ganti air. Insha'Allah, cili akan tahan lebih lama.

Kedua: Memang tak dinafikan, kadang-kadang time kita masak tu terutama menggoreng ikan atau ayam mesti melekat di kuali kan. Cikla pun selalu jugak macam tu, padahal minyak dah panas pun. Huhu. So, lepas ni korang gunalah bawang putih. Kalau minyak dah panas, korang masukkam 2-3 ulas bawang putih dahulu sebelum korang masukkan ikan atau ayam yang korang nak goreng tu. Insha'Allah, ia dikatakan dapat membantu masalah ini. Cubalah!

Ketiga: Ada orang suka beli bahan mentah untuk dijadikan stok seminggu contohnya, lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja dan sibuk dengan tugas. Iyelah, nak shopping hari-hari masa terhad sangat kan. So, macam mana pula korang nak pastikan bahan mentah tu sentiasa segar walaupun di simpan di dalam fridge? Caranya sangat mudah. Korang gunakan garam je. Korang ambil sedikit garam pada bahan mentah tersebut sebelum menyimpannya. Ia juga dikatakan dapat mengelakkan penularan bakteria sekaligus menjadikan ia lebih tahan lama.

Keempat: Korang kan kalau masak terutama masak gulai dan berkuah mesti ada percikan minyak dan kuah di sana sini kan. Lebih-lebih lagi di sekitar dapur dan lantai. Kan? Nak cucinya pulak memang terik jugalah kan, sebab benda berminyak. Walaupun minyak dah hilang, tapi kadang-kadang still licin minyak tu ada lagi terasa kalau kita pijak atas lantai tu. Tapi, ada caranya nak atasi ni semua. Korang guna tepung gandum. Dengar macam weird kan. 

Korang kena cuba baru tau. Caranya, taburkan sedikit tepung gandum di kawasan yang terlibat, kemudian cuci atau sental dengan air sabun (tapi kalau cikla guna Ajax je), sebelum korang mengelapnya dengan menggunakan air bersih sehingga kesan hilang dan dikeringkan. 

Apa yang penting keringkan betul-betul, nanti sat lagi anak masuk dalam dapur siap lari-lari lagi, dah tergolek-golek pulak sebab pijak kat lantai licin tu. Silap-silap mak budak pun tergolek sama. Tak ke naya. Hehe.

Kelima: Bila ikan atau makanan yang kita goreng tu melekat kat kuali, memang seksa sikitlah nak menyentalnya. Macam itu jugaklah kalau kuali yang kita baru guna, pun kadang-kadang melekat jugak. Cara biasa yang kita buat untuk tanggalkan kesan yang melekat tu kita letak dulu air, biar kejap baru sental. Kan? 

Takpe, lepas ni korang guna je cuka. Caranya, letakkan sedikit cuka dalam air yang korang letak tu dan korang didihkan sekejap campuran tersebut. Lepas tu, baru korang basuh kuali tu macam biasa. Ia bukan saja memudahkan korang menyental kuali itu, malah selepas itu makanan tak akan melekat lagi. Cubalah!

Semoga petua ni dapat membantu kerja-kerja korang di dapur ye. Selamat mencuba!

Kredit: Ruangan Aneka Petua, Majalah Wanita.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments