12 tip atasi alahan semasa mengandung.

By Cikla Shahril - January 25, 2018

Bagi cikla, mengalami morning sickness adalah kenangan paling berharga dalam tempoh kehamilan. Mungkin ia menjadi 'mimpi ngeri' kepada sesetengah bakal ibu khususnya, tapi ada orang dapat melaluinya dengan baik. Mana taknya kan, setiap hari asyik muntah-muntah, rasa sebu, pening dan tak selesa. Nak buat kerja pun serba tak kena kan. Betul tak? Walaupun kebanyakan ibu mengandung mengalami alahan pada awal trimester pertama, tapi ada jugak yang berlarutan sehingga ke akhir trimester kedua. 

Adoiii, memang letihlah nak menghadapinya kan. Bukan apa, kalau dan si ibu makan pun asyik muntah je, dikhuatiri baby akan kekurangan nutrisi pulak nanti. Ini sekaligus akan mempengaruhi perkembangannya dan kesihatan si ibu pun terjejas sama. 

Si ibu mungkin akan mengalami masalah dehidrasi iaitu kurang air dalam badan sebab simptom kepada keadaan ini juga adalah pening, dahaga dan air kencing sedikir dari biasa. Kalau ini berlaku, si ibu mesti cepat-cepat pergi ke hospital. So, sebenarnya semua ini boleh di atasi, iaitu:

  1. Selalu mengambil snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil bagi mengelakkan perut kosong walaupun korang tak lapar. Makanlah sedikit, tapi kerap. 
  2. Korang makan je apa yang korang teringin, tapi sebaiknya elakkan makanan berminyak, pedas, dan berlemak. 
  3. Sesetengah ibu alah pada bau makanan. Bau itu mual, bau ini rasa nak muntah. Tapi, kalau dah takde siapa yang masak, terpaksalah kan. Masa memasak tu korang bukalah tingkap dan kipas bagi bau tu 'lari' tempat lain. Tapi, lagi bagus kalau mintak tolong orang lain yang masakkan, hehe. 
  4. Untuk meredakan rasa perut yang sebu dan tak selesa, hidulah bau limau nipis, limau kasturi atau halia. Insha Allah, lama kelamaan rasa yang tak best itu akan beransur kurang. 
  5. Jangan mengambil minuman berkafein dan say no to smoking. 
  6. Kerap minum air kosong iaitu 12 gelas sehari. 
  7. Sebaiknya elakkan minum semasa makan dan sebaik saja sebelum dan selepas makan juga. 
  8. Minumlah air halia untuk mengurangkan rasa mual. 
  9. Dapatkan rehat secukupnya sebab alahan akan semakin bertambah kalau kita semakin penat. 
  10. Take a nap sekejap pada waktu siang hari sebab biasanya pada trimester pertama, ibu mengandung memang akan selalu rasa letih dan asyik nak tidur je kerja dia. 
  11. Bukalah tingkap rumah untuk membenarkan pengudaraan berlaku dengan baik di dalam rumah. 
  12. Elakkan menggosok gigi selepas makan sebab akan menyebabkan si ibu lebih rasa mual. 

Sumber Ruangan Catatan Kehamilan. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. nice sharing sis =D hope dapat alami semua ni kelak. amin ya rabb =')

    ReplyDelete