31 January 2018

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

January 31, 2018 8 Comments
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita. | Assalamualaikum wbt. *Entri ini agak panjang sedikit, harap tak jemu membacanya ya!

Memang tak dinafikan, zaman kini terlalu banyak lambakan makanan kesihatan dan supplement yang boleh membantu mengatasi masalah kesihatan terutama kaum hawa. Kita sebagai pengguna perlulah bijak memilih dan menilai yang mana satu sesuai dan serasi dengan diri sendiri. Pilihan semua di tangan kita.

Terbaru, ada satu produk yang menjadi sebutan ramai terutamanya wanita. Produk ini dikatakan mampu mengatasi masalah dalam wanita khususnya, termasuklah meningkatkan kesuburan dan menyeimbangkan hormon, sekaligus mengeratkan hubungan suami isteri.

Korang mesti cakap, 'Ala, mana ada satu produk boleh bagi banyak kelebihan?...' 

Jawapannya, ada! 

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

Apa dia FEMINGRA ni sebenarnya

Untuk pengetahuan korang, FEMINGRA adalah satu produk yang diformulasikan khas dari 100% sumber semula jadi iaitu dari 7 bahan organik utama berkepekatan tinggi. Ia dikatakan terbukti boleh membantu meningkatkan libido dan tahap kesuburan wanita. Apa pulak libido tu ye?

Menurut Wikipedia.org, libido, merujuk kepada dorongan seks atau nafsu untuk 'kegiatan seksual' keseluruhan seseorang. So, FEMINGRA ni dicipta khas adalah untuk mereka yang telah berkahwin. Bagi mereka yang belum berkahwin pun boleh jugak kalau nak ambil, sebab ia membantu dalam keseimbangan hormon.

Tapi, nasihat cikla semuanya perlu atas nasihat pakar atau doktor lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang dalam rawatan perubatan. Ingat tu! Apa-apa hal tanya doktor untuk nasihat lanjut.

Apakah bahan utama yang terkandung di dalam FEMINGRA ni?

Bagi yang pertama kali mendengar mengenai FEMINGRA, untuk pengetahuan korang, produk ini diperkayakan dengan agen perangsang hormon terbaik iaitu Debunga Pain (Pine Pollen) sebagai bahan utama di dalamnya. Orang cakap bahan magiklah. Debunga Pain ini dikatakan mengandungi pelbagai manfaat iaitu vitamin A, B-Karotena, B1, B2, B3, B6, Asid Folik, Vitamin D, dan E.

Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti kalsium, tembaga, besi, mangan, magnesium, molybdenum, fosforus, potasium, selenium, silikon, sodium, dan zink, selain ia turut mengandungi lebih dari 20 jenis asid amino dan kesemua asid amino penting.

Tak hairanlah ia menjadi trend terkini dalam Superfood, selain bertindak sebagai agen anti penuaan, pemulihan keinginan seksual, menyeimbangkan hormon, mengembalikan stamina dan  kecergasan dan mencegah penyakit.

Macam tak percaya kan, di dalamnya ada bermacam-macam nutrisi penting sebab itulah FEMINGRA ia turut dikenali sebagai produk penjagaan kesihatan protein lengkap.

Semua ada! 

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

Di samping itu, FEMINGRA juga mengandungi bahan lain, seperti berikut:

Buah Markisa
  • Kaya dengan nutrisi, mineral dan vitamin. 
  • Tinggi kandungan antioksida. 
  • Membantu meningkatkan peredaran darah. 
  • Melancarkan pencernaan. 
  • Merangsang sistem imun tubuh. 
  • Memperkuatkan tulang.
Horny Goat Weed (Epimedium). 
  • Merangsang libido & daya seksual wanita. 
  • Menggalakkan aliran darah. 
  • Membantu mengimbangi hormon semasa PMS atau menopause. 
  • Mengandungi icariin yang membantu mengurangkan gejala menopause.
Akar Maca
  • Afrodisiak yang hebat. 
  • Mengimbangi hormon seks. 
  • Meningkatkan keinginan seksual. 
  • Melaraskan gejala menopause seperti panas badan, gangguan tidur, berpeluh ketika malam, dan kemurungan. 
  • Perangsang kesuburan wanita.
Manjakani
  • Mengetatkan tisu dalaman wanita. 
  • Menegangkan kulit. 
  • Terbaik untuk faraj atau prolaps rahim, gejala pendarahan rahim tidak normal, masalah keputihan dan lendiran tidak normal di dalam faraj. 
  • Menghapuskan bau di kawasan kemaluan. 
  • Membantu menegangkan payudara.
Habbatus Sauda
  • Membantu mengawal pendarahan haid. 
  • Mengawal intensiti kitaran bulanan. 
  • Mengurangkan masalah penghadaman. 
  • Pelembap yang baik untuk kulit dan rambut. 
  • Mempunyai ciri-ciri anti-radang. 
  • Sangat tinggi antioksidan.
Tribulus Terrestris.
  • Meningkatkan prestasi seksual dan sensitiviti wanita. 
  • Mengurangkan gejala menopause seperti panas badan, kemurungan dan ketidakstabilan emosi. 
  • Mengawal insomnia, tekanan darah tinggi, cepat marah, dan kehilangan minat seksual.
Pueraria Mirifica
  • Melegakan gejala menopause. 
  • Merangsang nafsu seks. 
  • Meningkatkan kelembapan faraj. 
  • Meningkatkan saiz payudara. 
  • Menggalakkan penghasilan kolagen. 
  • Memberi kesan awet muda. 

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

Macam cara penggunaan FEMINGRA ni

Caranya sangat mudah, hanya bancuh sepeket atau 1 sachet FEMINGRA dengan 120 ml air suam atau sejuk dan ambil sekali sehari pada waktu pagi atau tengahari. Pengambilan FEMINGRA tak digalakkan pada waktu malam, dan sangat disyorkan pada waktu pagi semasa perut kosong sebab ia akan  mempercepatkan proses penyerapan FEMINGRA ke dalam tubuh.

Kalau korang mengambil semasa bulan puasa or korang berpuasa, korang bolehlah ambil FEMINGRA ni sebelum makan sahur. It will boost our energy and healthy. Korang akan mula melihat kesannya seawal satu minggu setelah mengamalkannya secara konsisten.

Wow!

Cakap-cakap juga, apa kata pengguna yang telah menggunakan FEMINGRA ni

Berikut merupakan testimoni dari pengguna yang telah merasai kesan dari FEMINGRA ini.

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

More testimoni, klik SINI.

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.

Kesimpulannya, FEMINGRA adalah:

  1. Kaya dengan pelbagai nutrisi, mineral dan kandungan vitamin termasuk anti-oksidan. 
  2. Melancarkan sistem pencernaan dan membantu meningkatkan peredaran darah. 
  3. Makanan tambahan unggul untuk anti-penuaan, keseimbangan hormon & meningkatkan kesuburan. 
  4. Mengetatkan tisu dalaman wanita serta mengelakkan pendarahan rahim, keputihan dan lendiran abnormal. 
  5. Membantu mengawal pendarahan dan intensiti kitaran bulanan serta mengatasi masalah penghadaman. 
  6. Meningkatkan stamina dan daya tahan semulajadi, mengurangkan stres serta mengawal insomnia. 
  7. Melegakan gejala menopaus, melembapkan kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi tubuh.

FEMINGRA adalah selamat digunakan bagi wanita pelbagai peringkat usia kerana ia adalah PAKEJ LENGKAP bagi wanita moden yang ingin menjaga kesempurnaan dalaman tubuh. Ia diyakini halal kerana diperbuat 100% dari bahan organik dan telah mendapat sijil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk info lanjut mengenai info produk, harga dan promosi termasuklah testimonial lain dari pengguna, boleh terjah link ini. FEMINGRA dan facebook page mereka di SINI.

FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita.
FEMINGRA, membantu masalah dalaman wanita. 

*Nota kaki : Pengambilan FEMINGRA adalah tak digalakkan untuk ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan mereka yang sedang dalam rawatan kesihatan. Apa-apa dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar yang bertauliah, ok!

30 January 2018

Ilmu yang wajib diketahui : Penama bukan pemilik.

January 30, 2018 0 Comments
Ilmu yang wajib diketahui : Penama bukan pemilik. | Assalamualaikum wbt. Jom kita sama-sama membaca kisah ini dan fahamkan serta hadamkan betul-betul. Ini adalah ilmu faraid yang ramai orang tak faham. Cikla kongsikan ini dengan korang semua sebab kita rasa ia sangat perlu untuk difahami supaya jika ia berlaku kepada kita, insha'Allah kita sudah punya sedikit ilmu untuk mengatasinya. 

Ilmu yang wajib diketahui : Penama bukan pemilik

Ilmu yang wajib diketahui : Penama bukan pemilik.
Ilmu yang wajib diketahui : Penama bukan pemilik. Sumber Google.

FAKTA KES:

Ahmadi telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Beliau: 

  1. Dilindungi oleh insuran hayat yang bernilai RM200,000 dan isterinya sebagai penama.
  2. Mempunyai caruman KWSP serta dividennya bernilai RM400,000 dan anak lelaki sebagai penama.
  3. Mempunyai simpanan Tabung Haji iaitu melalui potongan gaji bulanan bernilai RM100,000 dan anak lelaki sebagai penama. 

So, pihak insuran telah membayar pampasan sebanyak RM200,000 terus ke akaun RHB Bank milik isteri Ahmadi. (kalau dulu memilih insurans tidak islamik, Ahmadi akan merana di kubur), KWSP dan Tabung Haji telah memasukkan RM500,000 ke dalam akaun Bank Islam milik anak lelaki Ahmadi. 

Ekoran itu, makanya si isteri dan anak lelaki Ahmadi sangatlah terujanya apabila akaun bank mereka berubah menjadi 6 digit, iyelah dapat RM ratusan ribu kan. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam hidup selama ini. *mulalah nak gelap mata tu.... 

Kalau korang nak tau, apa yang sebenarnya isteri dan anak lelaki Ahmadi tidak menjalankan amanah sebagai Penama  kepada sumber-sumber tersebut dengan tidak mengagihkannya mengikut prinsip pengurusan pusaka/faraid. Sebenarnya:

  • RM200,000 yang masuk ke RHB Isteri Ahmadi bukannya miliknya seorang, haknya hanyalah RM25,000 sahaja. Baki RM175,000 adalah hak anak-anaknya. 
  • RM500,000 yang masuk ke Bank Islam anak lelaki Ahmadi juga bukan miliknya seorang, haknya hanyalah RM218,750. Baki RM281,250 adalah milik ibu dan 2 orang adik perempuannya.
  • Isteri dan anak lelaki Ahmadi telah menafikan hak 2 orang anak perempuan Ahmadi.

Apa yang menyedihkan, isu MAKAN HARTA BATIL berlaku antara anak dan ibu, Abang dan adik. Sedangkan sesama darah daging yang terdekat pun berlaku, inikan pula saudara yang lebih jauh.

Sehubungan dengan itu, rasanya masih ramai yang terkeliru dengan terma 'PENAMA’ pada simpanan KWSP, Tabung Haji, Insurans/Takaful, Unit Trust dan lain-lain. Penama diperlukan bagi memastikan simpanan atau pelaburan dapat dicairkan dengan segera tanpa perlu melalui prosedur pusaka yang merumitkan. Dalam erti kata lain, penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta si mati sama ada berbentuk pampasan takaful/insurans, simpanan KWSP dan Tabung Haji. Penama bertanggungjawab mengagihkan harta-harta tersebut kepada waris si mati mengikut hukum syarak. Setiap penama perlu diingatkan tentang peranannya bagi mengelak daripada termakan harta yang bukan haknya. Nauzubillah.... 

Jangan pula nanti, bila tengok angka akaun bank berubah menjadi banyak kosong di hujungnya, mulalah si syaitan memainkan peranan membisikkan supaya melakukan apa yang tak sepatutnya. Semoga kita bijak membuat pilihan... 

Semoga bermanfaat. 

Sumber WhatsApp group. 

5 petua di dapur yang orang perempuan kena tahu.

January 30, 2018 1 Comments
5 petua di dapur yang orang perempuan kena tahu. | Assalamualaikum wbt. Orang perempuan ni kalau masuk dapur, pung pang pung pang, bersilat berkungfu, tau-tau dah terhidang dah hidangan yang sedap-sedap atas meja tu. Janji jangan ada orang kacau dia buat kerja. Memang cepat je kerja nak siap kan.

Betul tak?

Kadang-kadang itulah, macam cikla yang ada anak kecik ni, sebelum nak masuk dapur tu dah elok dah anak tidur lena. Tapi, baru nak pegang periuk, dah menangis dalam buaian. Haha...

Korang ada yang macam ni tak? 

5 petua di dapur yang orang perempuan kena tahu.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

So, bagi cikla adalah sangat penting kalau ada petua-petua yang bagus yang boleh membantu ibu-ibu mempercepatkan kerja mereka tatkala di dapur. Jom baca perkongsian menarik ini...

5 petua di dapur yang orang perempuan kena tahu.

Cikla taknaklah share banyak-banyak petua dengan korang. Nanti tak tercuba semua kan. Hehe. So, cikla share 5 je...

Pertama: Mereka yang sangat sibuk suka dengan bahan yang sudah siap sedia digunakan. Betul tak? Bila nak guna, ambil je dalam peti sejuk, dah boleh terus guna.

Macam cikla, cikla suka blend cili kering lebih then simpan dalam fridge. Esok-esok nak guna, senang. Tapi, macam mana nak bagi cili yang telah di blend ni tahan lebih lama? Senang je. Korang guna minyak.

Caranya, selepas korang potong cili kering tu, rebus sekejap cili nak buang pedasnya. Then, lepas toskan cili tu, korang blend dengan minyak buat ganti air. Insha'Allah, cili akan tahan lebih lama.

Kedua: Memang tak dinafikan, kadang-kadang time kita masak tu terutama menggoreng ikan atau ayam mesti melekat di kuali kan.

Betul tak?

Cikla pun selalu jugak macam tu, padahal minyak dah panas pun. Huhu. So, lepas ni korang gunalah bawang putih. Kalau minyak dah panas, korang masukkam 2-3 ulas bawang putih dahulu sebelum korang masukkan ikan atau ayam yang korang nak goreng tu.

Insha'Allah, ia dikatakan dapat membantu masalah ini. Cubalah!

Ketiga: Ada orang suka beli bahan mentah untuk dijadikan stok seminggu contohnya, lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja dan sibuk dengan tugas.

Iyelah, nak shopping hari-hari masa terhad sangat kan.

So, macam mana pula korang nak pastikan bahan mentah tu sentiasa segar walaupun di simpan di dalam fridge? Caranya sangat mudah. Korang gunakan garam je. Korang ambil sedikit garam pada bahan mentah tersebut sebelum menyimpannya. Ia juga dikatakan dapat mengelakkan penularan bakteria sekaligus menjadikan ia lebih tahan lama.

Keempat: Korang kan kalau masak terutama masak gulai dan berkuah mesti ada percikan minyak dan kuah di sana sini kan. Lebih-lebih lagi di sekitar dapur dan lantai.

Betul tak?

Nak cucinya pulak memang terik jugalah kan, sebab benda berminyak. Walaupun minyak dah hilang, tapi kadang-kadang still licin minyak tu ada lagi terasa kalau kita pijak atas lantai tu. Tapi, ada caranya nak atasi ni semua. Korang guna tepung gandum. Dengar macam weird kan.

Korang kena cuba baru tau.

Caranya, taburkan sedikit tepung gandum di kawasan yang terlibat, kemudian cuci atau sental dengan air sabun (tapi kalau cikla guna Ajax je), sebelum korang mengelapnya dengan menggunakan air bersih sehingga kesan hilang dan dikeringkan.

Apa yang penting keringkan betul-betul, nanti sat lagi anak masuk dalam dapur siap lari-lari lagi, dah tergolek-golek pulak sebab pijak kat lantai licin tu. Silap-silap mak budak pun tergolek sama. Tak ke naya... Hehe...

Kelima: Bila ikan atau makanan yang kita goreng tu melekat kat kuali, memang seksa sikitlah nak menyentalnya. Betul tak?

Macam itu jugaklah kalau kuali yang kita baru guna, pun kadang-kadang melekat jugak. Cara biasa yang kita buat untuk tanggalkan kesan yang melekat tu kita letak dulu air, biar kejap baru sental. Kan?

Takpe, lepas ni korang guna je cuka.

Caranya, letakkan sedikit cuka dalam air yang korang letak tu dan korang didihkan sekejap campuran tersebut. Lepas tu, baru korang basuh kuali tu macam biasa. Ia bukan saja memudahkan korang menyental kuali itu, malah selepas itu makanan tak akan melekat lagi. Cubalah!

Semoga petua ni dapat membantu kerja-kerja korang di dapur ye. Selamat mencuba!

Kredit: Ruangan Aneka Petua, Majalah Wanita.

28 January 2018

Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas.

January 28, 2018 5 Comments
Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas. | Assalamualaikum wbt. Sebelum tu, cikla nak tegaskan cikla bukanlah doktor. Perkongsian ini adalah perkongsian secara ringkas, orang cakap just sharing info ringkas mengenai hal ini untuk pengetahuan kita bersama. Untuk info lanjut yang lebih detail, rujuk pada pakar dan doktor korang, ok. 

Semua orang ada paru-paru. Iye lah, kalau takde paru-paru camne pulak nak bernafas kan. Betul tak? Sememangnya, paru-paru memang organ yang sangat penting yang perlu kita jaga sebaiknya. So, macam mana pulak kita nak tau tahu yang kita mungkin mengalami masalah berkaitan paru-paru? Mungkin perkongsian ini dapat membantu kita. Jom baca sampai habis kalau nak tahu, ok! 


Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas.
Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas. Sumber Google. 

Macam mana nak tahu kalau kita mengalami masalah berkaitan paru-paru?

Secara umumnya, ada beberapa tanda yang menunjukkan ‘mungkin‘ kita mengalami masalah berkaitan dengan paru-paru. Walaupun begitu, tanda-tanda ini bukanlah tanda yang spesifik sebab kadang-kadang ia juga menjadi tanda kepada penyakit lain atau sememangnya korang takde sebarang penyakit pun. Apa yang paling baik, kalau rasa diri tu ada perubahan, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut, ok!

Tanda-tanda biasa mungkin paru-paru kita bermasalah, adalah: 

  • Susah untuk bernafas.
  • Nafas pendek. 
  • Bila korang bernafas tu, rasa macam udara tu tak cukup. Maknanya, macam tak ‘puas’ nak bernafas.
  • Kalau bersenam tu, tak boleh lama-lama. Kalau lama sikit dah ‘semput’.
  • Batuk yang susah nak hilang dan berpanjangan.
  • Semasa batuk keluar darah atau kahak.
  • Rasa tak selesa atau sakit masa korang bernafas (ketika menghembus dan menarik nafas).

Dan banyak lagi tanda-tanda lain.

Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas.
Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas. Sumber Google. 

Macam mana nak mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru ini?

Korang jangan risau. Ada cara yang boleh kita praktikkan supaya kita dapat mengurangkan risiko terkena penyakit ini atau kita boleh avoid terus. 

  1. Apa yang paling penting dan basic, korang kena amalkan pemakanan yang seimbang sebab ada kajian yang dibuat mengatakan golongan yang rajin mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai risiko yang rendah untuk menghadapi penyakit ini termasuklah kanser. So, jom amalkan mengambil 5-6  hidangan buahan dan sayuran setiap hari. 
  2. Jika korang seorang perokok, apa kata korang cuba untuk berhenti merokok. Kandungan yang ada dalam rokok itu sendiri boleh merangsang chance korang untuk mendapat penyakit ini. Lagipun kesian dengan orang sekeliling korang terutama ibu mengandung, warga emas dan kanak-kanak yang terpaksa menghidu adalah rokok korang tu. Tak pasal-pasal mereka jugak pun berisiko terkena penyakit walaupun mereka tak merokok pun. Kesian kan!
  3. Macam cikla cakap kata atas tu, kita kena elakkan dari menghidu asap rokok sebab keadaan ini juga boleh menjadi penyebab kita mendapat penyakit paru-paru. So, jauhkan diri kita dari asap rokok ye...
  4. Kalau korang berkerja dalam persekitaran yang melibatkan pengendalian bahan kimia khususnya, sebaiknya korang gunakanlah penutup muka dan pakaian khas untuk mengelakkan korang dari menghidu terus habuk atau bau busuk dari bahan kimia tersebut. Iye lah kan, kalau dah hari-hari hidup tak ke beri effect juga. Betul tak?
  5. Bagi mereka yang berumur 45 tahun ke atas khususnya (yang lain pun boleh jugak) dan korang juga seorang perokok, sebaiknya korang pergilah buat ujian spirometri untuk mengetahui sejauh mana bagus atau sebaliknya korang bernafas. Bukan apa, kalau ada apa-apa yang, mencurigakan tindakan selanjutnya boleh diambil. Bak kata orang, ‘cegah sebelum parah...’

Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas.
Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas. Sumber Google. 

Bagi cikla, apa yang penting kita sendiri kena alert dengan perubahan diri kita. Kalau rasa ada yang tak kena, cepat-cepat berjumpa doktor supaya rawatan yang sepatutnya boleh diberi. Semoga kita semua sentiasa sihat ye. Alert and take care! 

Kredit info: Ruangan kesihatan, Majalah Wanita November 2017.

Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu.

January 28, 2018 4 Comments
Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu. | Assalammualaikum wbt. Tak keterlaluan kot kalau cikla katakan yang bercukur itu adalah menjadi satu keperluan dan kemestian kepada wanita khususnya. Ia bukan saja menjadikan kita lebih rapi termasuklah penampilan diri, tapi apa yang lebih penting adalah dari aspek kebersihan diri terutama di kawasan-kawasan yang kita tertutup dan lembap seperti ketiak dan kawasan sulit. So, jangan ambil mudah ye. 

Mungkin ada yang pernah dengar orang cakap, dengan bercukur akan menjadikan bulu tumbuh dengan rancaknya selepas itu. Tak betul tu ye kawan-kawan, sebab kita hanya bulu di bahagian lapisan luar kulit je. Walaupun begitu, ada beberapa perkara kita sebagai wanita ni kena ambil tahu sebab ia memang penting untuk diketahui. Haha, boleh ke gitu. 

Tip bercukur yang wanita perlu tahu. 

Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu.
Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu. Sumber Google. 

Bagi cikla, apa yang paling penting adalah pemilihan pisau cukup yang terbaik dan sesuai. So, pilihlah pisau cukup yang mempunyai kepala yang boleh berputar (dipusing-pusingkan) selain ia mempunyai pemegang yang lembut dan boleh dipegang dengan kuat. Kalau korang nak tau, pisau cukur yang terbaik adalah mempunyai banyak mata pisau supaya korang tak payah nak cukur banyak kali di tempat yang sama. Sekali zasssssss, dah hilang. Haha. Selain itu, setiap kali korang bercukur tu, tukarlah dengan mata pisau yang baru supaya luka semasa bercukur dapat dielakkan. Bukan apa, ada orang dah 5-10 kali guna mata pisau yang sama, baru tukar. Masih eloklah dan tajam lagi katanya... Lepaa ni jangan buat lagi, lepas guna buang aje. 

Semasa bercukur jugak, sebaiknya gunakan krim cukur sekali. Jangan ingat lelaki je perlu krim cukur ni, wanita pun sama tau. Ini kerana, penggunaan krim cukur akan menjadikan hasil ‘cukuran korang lebih bersih dan licin. Tapi, korang kena ingat. Kalau korang takde krim cukur, jangan pulak korang ganti dengan sabun. Korang ambil sabun, buat buih banyak-banyak, nah dah jadi macam krim cukur. Hahaha, jangan kawan-kawan. 

Kalau korang nak tau, sabun akan menjadikan kulit di kawasan cukuran itu kering. Kalau dah takde krim cukur, korang boleh guna perapi rambut. Kira oklah dari korang guna sabun, sebab ia boleh melembapkan kawasan tersebut so proses pencukuran akan jadi lebih licin. Lepas tu, jangan lupa bercukur dengan lembut dan cukuran secara pendek-pendek untuk mendapatkan hasil cukuran yang lebih licin. 

Selain itu, elakkan dari menekan pisau cukur dan cukuran yang panjang-panjang. Kalau ini berlaku, ini menandakan mata pisau cukur korang tu dah tumpul dan mesti ditukar dengan yang baru. 

Bila pulak masa yang sesuai untuk bercukur? Untuk pengetahuan korang, masa yang paling sesuai untuk bercukur adalah selepas mandi sebab pada waktu ini, keadaan rambut atau bulu kita dalam keadaan lembut dan pori-pori juga terbuka kesan dari haba panas daripada air. So, senanglah sikit korang nak bercukur kan. 

Tapi, sebelum korang bercukur, jangan lupa korang menggosok dulu kulit pada bahagian yang korang nak cukur tu supaya sel kulit mati dapat disingkirkan terlebih dahulu. Bukan apa, nanti  masa korang nak cukur dikhuatiri sel tu semua akan menyambut pisau cukur korang, sekaligus boleh elakkan terluka semasa bercukur. Korang gunalah sikit skrub muka korang tu ataupun skrub badan pun boleh guna juga.  

Selepas bercukur pulak, jangan lupa apply pelembap sebab ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan chance bulu yang tumbuh selepas itu secara tak terkawal ataupun dapat juga mengelakkan ruam dan irritasi. 

Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu.
Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu. Sumber Google. 

So, apa yang cikla cadangkan gunakanlah pisau cukur Venus Gillette untuk cukuran yang lebih licin dan bersih. Semoga bermanfaat...

Kredit: Artikel Venus Gillette di Majalah Wanita. 

27 January 2018

Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita.

January 27, 2018 1 Comments
Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita. | Assalamualaikum wbt. Penggunaan foundation memang penting sebelum kita mengenakan makeup. Ia boleh dikatakan perkara yang sangat penting walaupun ada yang mengatakan penggunaan foundation membuatkan muka kita terasa berat. Tapi, apa yang lebih penting adalah pemilihan foundation yang sesuai dengan jenis kulit kita dan cara kita nak aplikasinya dengan betul di wajah. 

Untuk pengetahuan korang, ada beberapa sebab mengapa kita perlu mengoleskan foundation terlebih dahulu sebelum memakai makeup, iaitu ia boleh bertindak meratakan warna kulit agar nampak lebih sekata, berfungsi menutup cela atau kekurangan pada wajah dan menjadikan tekstur wajah lebih halus dan shining malah lebih cerah. 

Ini baik untuk mereka yang mempunyai kulit wajah yang kusam sebab foundation berupaya 'menyorokkan' kesan gelap sekaligus menjadikan wajah lebih fresh dan cantik sekata. 

Macam mana nak pilih foundation yang sesuai dengan jenis kulit kita? 

Mungkin mereka yang biasa makeup dah tau cara-cara ni, tapi bagi mereka yang baru nak belajar bermakeup macam cikla ni, tip ni sangat berguna kepada kami. Hehe. So, berikut merupakan tip macam mana nak pilih foundation yang sesuai dengan jenis kulit iaitu: 

Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita.
Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita. Sumber Pinterest.

Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita.
Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita. Sumber Pinterest.

So, kulit korang jenis yang macam mana? Kalau dah tau jenis yang mana senanglah nak pilih foundation mana yang sesuai kan. 

Apakah langkah demi langkah sebelum kita apply makeup di wajah? 

Langkah 1 :
Olesakan sedikit foundation di tulang pipi, hidung, dahi dan dagu korang. Kemudian, ratakan foundation dengan span, berus atau paling tak pun menggunakan jari korang. Ratakan dari tengah. Apa yang penting, beri perhatian pada kawasan berikut iaitu di kawasan bawah kening, berhampiran garisan rambut (hairline) dan di sekitar hidung dan dagu. 

Langkah 2 :
Letak sedikit concealer di kawasan yang perlu. Dengan berhati-hati, blend the concealer dengan menggunakan span yang lembut, berus yang sesuai atau jari manis korang. 

Langkah 3 :
Apply powder dalam keadaan gerakan membulat di kawasan tengah dahi dan ratakan sehingga keseluruhan dahi. Kemudian, oleskan powder di bahagian bawah muka seperti kedua-dua belah muka termasuklah pipi (dari kawasan hidung ke arah telinga),  kawasan hidung, garisan dagu (chin line) and sedikit di kawasan belahan (cleavage) dengan menggunakan span atau berus yang sesuai.

Untuk gambaran yang lebih jelas supaya korang lebih faham, tengok je gambar berikut.

Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita.
Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita. Sumber Pinterest.

Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita.
Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita. 

Apa yang penting, sebelum korang nak apply foundation, pastikan wajah korang dalam keadaan yang bersih dari minyak, kotoran, ataupun sisa makeup sebelum ni supaya foundation yang korang nak apply nanti akan 'melekat' dengan sempurna. 

Walaubagaimanapun, sejujurnya cikla ni takdelah pandai sangat pasal ni, lagipun cikla bukan MUA pun kan, tapi kalau korang nak tau lebih detail pasal ni, eloklah bertanya pada yang lebih arif. 

So, ilmunya nanti lebih banyak.! Haaaa, gitu kekdahnya. Kalau cikla, yang simple simple bolehlah sikit-sikit... 

Kredit : SINI

Tip meningkatkan keyakinan diri (self confident).

January 27, 2018 2 Comments
Tip meningkatkan keyakinan diri (self-confident). | Assalamualaikum wbt. Ada orang mempunyai keyakinan diri (self-confident) yang rendah, terutama bila berhadapan dengan orang lain. Contohnnya, kena bagi speech ke, kena entertaint orang ke dan lain-lain. Sejujurnya, dulu cikla pun kurang keyakinan diri juga. Kalau time study dulu, bila duduk dalam dewan kuliah mesti amik side belakang-belakang sebab takut lecture tanya. Haha. Teruk betul kan. Lagipun, dulu cikla ni pendiam sikit. Tapi, sekarang self-confident tu dah up sikit. Mungkin sebab seiring dengan peningkatan usia kot. Haha, boleh gitu. So, macam mana nak meningkatkan keyakinan diri kita agaknya ye. Jom baca tip ini… 


Tip meningkatkan keyakinan diri (self confident).
Tip meningkatkan keyakinan diri (self confident). Sumber Google. 

Tip meningkatkan keyakinan diri (self-confident).

Firstly, kenal pasti: 

  • Keadaan dan dalam situasi macam mana yang menyebabkan korang rasa takut dan tak yakin. Ini adalah penting untuk membantu korang mengambil langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini nanti. 
  • Perasaan yang buat korang rasa tak confident tu, seperti cemas, gugup, gementar, takut dan sebagainya.

Secondly, cuba bina hubungan dengan orang lain melalui komunikasi, menegur dan menyapa. Ada kalanya, komunikasi bukan lisan juga boleh membantu dan wujudkan suasana yang selesa dengan orang sekeliling korang sekaligus menjadikan korang juga rasa yakin bila bergaul dengan mereka.

Thirdly, buat good preparation terutama kalau korang disuruh membuat tugasan. Focus dan hadamkan dengan topik yang diberi, sekurang-kurangnya semasa hari pembentangan itu nanti korang lebih mahir dan yakin semasa melontarkan idea bernas korang tu. So, buat persediaan rapi ye. 


Tip meningkatkan keyakinan diri (self confident).
Tip meningkatkan keyakinan diri (self confident). Sumber Google. 

Lastly, sedar sikap yang boleh membuatkan korang menjadi lemah dan sebagai jalan penyelesaiannya korang mengambil langkah menyendiri. So, sikap ini bukanlah sikap yang positif. Apa lagi nak tunggu? You need to change. Cuba isi masa terluang dengan aktiviti bermanfaat seperti hanging out dengan kawan-kawan dan beriadah bersama yang tersayang.

Let’s change….

Kredit : Harian Metro.






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.