30 December 2018

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

December 30, 2018 1 Comments
Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog. |  *this is sticky post until 11.59 pm on 30 Disember 2018. Please scroll below to read a latest entry. TQ!  

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, sekarang kita dan berada di pertengahan minggu kedua bulan Disember. Cepat ya masa berlalu kan. Tak lama lagi dah nak habis dah tahun 2018. Macam mana dengan tahun 2018? Mesti banyak kenangan tak pernah dilupakan kan. Betul tak? 

Oh ye, bersempena dengan ini, cikla nak melancarkan satu segmen bloglist untuk mencari blog-blog yang aktif duduk dalam bloglist cikla selama 3 bulan iaitu dari Januari hingga Mac 2019. Lama kan. 

Takpelah, cikla bagi can korang duduk lama sikit. Hehe... 

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

Macam selalu, cikla ada letakkan beberapa syarat mudah untuk korang join segmen ni. Ala, mudah je. Jom check syaratnya satu-satu. 

Syarat penyertaan utama yang sangat senang adalah seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback
  2. Follow g+ di SINI.
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  7. Dalam entri itu juga, korang share lah sikit apa kenangan, pengalaman, cerita dan apa-apa saja yang berlaku sepanjang tahun 2018 ni pada diri korang ataupun orang sekeliling korang. Tak payah panjang-panjang, satu dua perenggan pun dah ok dah. 
  8. Lepas tu, korang tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  9. Settle! 

Segmen berlangsung dari  6 Disember hingga 30 Disember 2018 pukul 11.59 malam. Keputusan akan diumumkan pada 31 Disember 2018, InshaAllah. 

Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama 3 bulan. Tapi, kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua peserta akan masuk dalam bloglist. 

Pemilihan pemenang akan dibuat menggunakan khidmat random.org dan korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segmen ni sekarang. Mehlah join ramai-ramai. Support cikla ok! 

Selamat bersegmen korang! 

❤❤SENARAI PESERTA❤❤

11 December 2018

MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut.

December 11, 2018 0 Comments
MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut. | Assalamualaikum wbt. Mabuk laut? Walaupun bukan semua, tapi ada orang yang mabuk laut, betul tak? Macam cikla sendiri, ia bergantung kepada situasi jugalah. Baru ni, cikla first time naik feri pergi Pulau Pangkor. Kadang-kadang ok je, steady. Tapi, ada masanya rasa pening-pening lalat juga. Sebelum naik tu, risau juga takut uwek uwek dekat atas feri tu kang. Tak memasal, malu weh. Haha... 

MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut.
MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut. 

Ada juga cikla baca petua-petua nak hilangkan mabuk ni. Macam-macamlah. Ada yang cakap hidu limau, gigit cengkih dah paling senang telan je ubat mabuk.

Korang boleh je nak try petua tu semua, tapi kalau ditambah dengan oleskan MMG MASSAGE GEL, lebih owsem. Bukan apa, bau Lavendar MMG ni sememangnya memberi ketenangan dan aroma darinya juga boleh membantu mengurangkan rasa pening, mual dan mabuk korang tu.

MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut.
MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut. 

MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut.
MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut. 

Macam cikla, sepanjang perjalanan dalam feri tu, memang MMGlah menjadi peneman. Sesekali kalau rasa lain macam je, cepat-cepat hidu bau MMG. Ambil sikit, oleskan sikit dekat hidung... Emmm, selesa rasa. 

MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut.
MMG MASSAGE GEL, membantu mengurangkan rasa pening dan mabuk laut. 

Alhamdullilah... Korang pernah rasa mabuk laut tak? Share sikit... 

#MMGSuperOwsem #mmg #mmgbest #loya #mabuklaut #mabuk #mmgmassagegel #mmgterbaik

10 December 2018

Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.

December 10, 2018 2 Comments
Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, marah adalah sifat semulajadi manusia. Rasa marah memang sukar nak dielakkan, lebih-lebih lagi kalau mereka itu memang seorang yang pemarah. Sebenarnya, rasa marah ini boleh dikawal kalau kena dengan caranya. Bukan apa, kalau kita ikutkan rasa marah ini, akhirnya orang pun rasa jelek dengan kita. Mana taknya, sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak marah. Pendek kata, asyik nak marah memanjang. Huhu. Lama-lama orang pun bosan dengan kita.

Apa kata kita try tip berikut. Walaupun bukan semua, tapi cubalah separuh. At least, bermanfaat juga kan. Jom check!

Tip mengawal kemarahan. 

Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 


Cuba korang tarik nafas panjang, kemudian lepaskan perlahan-lahan supaya oksigen mulai masuk ke kepala dan ini membuatkan anda akan mula berfikir dengan lebih mendalam serta rasional.


Korang duduk dalam keadaan badan yang tegak, kemudian letakkan kedua tangan korang di atas paha dan genggam tangan dengan kemas. Selepas itu, buka dan genggam tangan korang dengan pantas sambil menarik nafas yang dalam. Kalau korang nak tau, ini akan membantu tubuh menjadi lebih relaks, sekaligus kemarahan juga akan semakin reda.

Korang perlahankan atau hentikan pergerakan supaya kadar degupan jantung korang dapat diturunkan.

Kendurkan dan regangkan otot-otot yang tegang akibat kemarahan melampau.

Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.
Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini. Kredit Google. 

Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.
Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini. Kredit Google. 

Berfikirlah secara rasional dan positif sebaik oksigen mulai masuk ke kepala. Berfikirlah dengan lebih membina dan kawallah kemarahan perlahan-lahan.

Korang tahu tak, yang membuat sedikit lawak jenaka pastinya buat minda korang menjadi lebih terbuka dan relaks. Keadaan ini secara tak langsung akan menjadikan kemarahan juga makin reda.

Beralihlah dari persekitaran dan sumber yang menyumbangkan kepada perasaan marah korang, kalau perlulah. So, tak salah kot korang keluar dari rumah, ataupun pergilah bercucuk tanam di luar rumah ke, tanam bunga ke, atau apa-apa sajalah. So, sudah pastinya buat mood korang akan menjadi semakin baik.

Kredit :  Majalah Keluarga.

09 December 2018

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.

December 09, 2018 1 Comments
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang. | Assalamualaikum wbt. Cikla mengaku, 3 penyakit ini senang berjangkit lebih-lebih lagi selsema. Kalau sorang dah kena, cepat benar berjangkit pada prang lain. Kalau orang dewasa bolehlah tahan lagi. Macam mana kalau kanak-kanak? Atau lebih sadis lagi baby?

Memang sangat kesian kan. Dengan hidung tersumbat dan hingus sentiasa mengganggu, confirm rasa tak selesa. Tidur pun tak lena. Kalau batuk pula, kesian asyik bunyi kahak je. 

Sebenarnya, selain dari ubat yang diberikan kepada mereka yang mengalaminya, apa kata korang cuba petua atau tip mudah ini untuk mengelakkan selsema, batuk dan demam dari berjangkit. Rupanya sangat mudah. Nak tau apa tu? Korang percaya tak kalau cikla kata korang guna bawang je. 

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang. 

Ada apa dengan bawang?

Kalau korang nak tahu, di dalam bawang, terkandungnya antioxidant yang tinggi. Apa yang mungkin korang tak percaya, bawang juga mengandungi kimia yang bersifat asidik yang berfungsi sebagai antibacteria.

Kalau korang potong bawang kan, mesti mata pedih rasa nak menangis, itu sebenarnya gas yang bersifat antibakteria yang dibebaskan oleh bawang tersebut.

Sebab itulah, bila korang letak bawang di tepi katil atau  berhampiran tempat mereka yang demam atau selsema, dia “nampak” membantu (melegakan) sebab bawang tersebut melepaskan gas antibakteria.

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang. Kredit Google. 

Tapi, sambil-sambil guna bawang tu, korang boleh juga oleskan MMG MASSAGE GEL secara nipis ke hidung, dada dan belakang badan anak. Ia ternyata berkesan memberi kelegaan sekaligus mengurangkan rasa tak keselesaan anak. Barulah anak boleh tidur lebih lena tanpa ganggu. Si ibu pun turut tidur lena juga.

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.

Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.
Tip elak selsema, batuk dan demam berjangkit satu rumah : MMG Massage Gel vs bawang.

Kredit tip majalahpama.my


08 December 2018

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!

December 08, 2018 4 Comments
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! | Assalamualaikum wbt. Musim-musim cuti sekolah ni kalau anak-anak ada dekat rumah si ibu mulalah ligat berfikir apalah nak masak kan nak bagi anak-anak makan. Kalau boleh tak nak yang susah-susah sangat. Yang simple sudah. Janji sedap! 

Tempoh hari, tengah-tengah syok jejalan cuci mata dekat Facebook, ternampak orang share resepi cupcakes ni. Bila tengok dan baca bahan-bahannya memang sangat senang. Dan yang paling best, nak sediakan cupcake ni lagilah senang. 

Actually, resepi yang di share tu adalah resepi cupcake chipsmore. Tapi, cikla saja je tambah lagi satu perasa, kita try oreo juga. Resepi sama je, cuma tukar biskut je. 

Sedap tak, sedap tak! Hehe... By the way, thanks tuan punya resepi sebab share resepi senang gila ni. Senang kerja mak-mak. 

Resepi cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. 

Bahan-bahan : 
Biskut Chipsmore/Oreo 1 peket. 
Susu GoodDay 200ML (1 kotak kecik tu, tapi cikla pakai Dutch Lady).
1 sudu kecil baking powder. 

Cara-cara:
Biskut Chipsmore/Oreo dipecah-pecahkan. Tak hancur sangat pun takpe. Kasar-kasar sikit pun ok. Biskut Oreo tu campur sekali dengan krim dia. Kemudian, masukkan dalam blender. Selepas tuu, tambahkan susu coklat dan baking power ke dapat blender tadi. Blender bahan-bahan tersebut sampai sebati. 

Dah siap blender, masukkan dalam cupcakes yang disukai atau pun loyang pun boleh. Bakar dalam oven lada suhu 215°C selama 20 minit. Siap! 

Kalau korang nak kukus pun boleh, tapi korang kena panaskan kukus dulu sebelum adunan dimasukkan. Kukus selama 30 minit. Hasilnya, memang wow! 

Jom kita tengok hasilnya. Apa rupa cupcakes buatan cikla ni. Jadi ke idok! Haha... 

Versi Chipsmore. Haaa, ini diaa.. Siap retak seribu lagi haha... 
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Haa, ini pulak versi Oreo. Cun sikit dari Chipsmore tu. Hehe... 
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat!
Cupcakes chipsmore dan oreo 3 bahan saja. Mudah yang amat! 

Kalau ikut tekak cikla ni, sejujurnya cupcakes versi oreo lagi sedap. Lebih moist dan cukup rasa manis semua. Cupcakes chipsmore sedap juga, tapi rasa kurang moist sikit dari oreo. Tapi itulah, tekak orang tak sama kan.. 

Nak tau sedap ke tak, moist ke tak kenalah buat sendiri. Hehe... 

Kredit resepi : Siti Aisyah Abu.

07 December 2018

Rahsia Surah Al-Waqiah.

December 07, 2018 2 Comments
Rahsia Surah Al-Waqiah. | Assalamualaikum wbt. Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah akan menjauhkan kita dari kefakiran selamanya InshaAllah...

Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakannya adalah hadis sahih.

Apakah khasiat surah Al-Waqiah?

Menurut sumber www.jais.gov.my, terdapat 4 khasiat surah Al-Waqiah yang utama, iaitu :

Rahsia Surah Al-Waqiah.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Rahsia Surah Al-Waqiah.


Pertama : Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyatakan dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.

Uthman berkata, "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa membaca surah Al-Waqiah tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

Kedua : Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya. 

Ketiga : Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan. 

Keempat : Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sis mayat atau orang yang sedang nazak, InshaAllah dipermudahkan dan diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga Dibaca pada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh 

Rahsia Surah Al-Waqiah.
Rahsia Surah Al-Waqiah. Kredit Google. 

So, jom kita jadikan amalan membaca surah Al-Waqiah ini sebagai rutin harian kita, InshaAllah sebagaimana yang diriwayatkan oleh baginda Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan dunia dan Akhirat. Dengan izinNya jua, kira akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita diberi kesempatan untuk melaksanakan amal jariah sekaligus meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik. InshaAllah! 

Akan tetapi, kita perlu ingat janganlah kita niat membaca surah ini semata-mata untuk KEKAYAAN dan kemewahan saja. Sebaliknya niatlah dengan ikhlas untuk mendapat keredhaanNya. 

Waallahualam! 

05 December 2018

Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!

December 05, 2018 1 Comments
Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya! | Assalamualaikum wbt. Kita selalu mendengar berita dan cerita mereka yang terkena renjatan elektrik kerana menggunakan telefon yang sedang dicas. Berita terbaru mengenai kes sebegini ada cikla baca di akhbar KOSMO! hari ini.

Menurut berita berkenaan, mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik semasa menggunakan fon telinga pada telefon bimbit yang sedang dicas. Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur.

Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!
Gambar diubahsuai dari carian Google. Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!

Ibu mangsa mendapat telinga dan mulut mangsa keluar darah, manakala sebelah fon telinga masih terpaksa pada telinga mangsa ketika itu. Allahuakbar, memang orang cakap dah ajal dan asbab kan. Tapi, kita mungkin boleh berusaha untuk mengelak daripada sesuatu yang buruk berlaku.

Mengapa agaknya kejadian ini boleh berlaku?

Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!
Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya! Kredit Google. 

Kalau korang nak tau, menurut Dr. Jasrul Jamani Jamian, seorang pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan UTM, ini adalah disebabkan oleh penggunaan pengecas tiruan. Menurutnya, penggunaan pengecas tiruan boleh menyebabkan jangka hayat telefon bimbit itu menjadi lebih pendek, selain dari mudah rosak.

So, masalah bateri contohnya merupakan punca yang selalu berlaku. Guna pulak pengecas tiruan, lagilah berisiko mengalirkan arus elektrik dan akhirnya menyebabkan renjatan kepada manusia.

Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!
Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!

Katanya lagi, kalau pengecas tulen tu biasanya dilengkapi dengan peranti yang akan menyekat arus elektrik kalau bateri yang dicas itu telah penuh. So, ia akan menjadikan telefon tak mudah rosak.

Bagi cikla, apa yang penting kita sendiri perlu sentiasa beringat dan berhati-hati. Ambillah langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan.

Malang tidak berbau!

Kisah throwback : Kakak Batrisyia naik pentas ambil hadiah!

December 05, 2018 2 Comments
Kisah throwback : Kakak Batrisyia naik pentas ambil hadiah! | Assalamualaikum wbt. Kisah throwback lagi. Hehe. Actually, cikla sedang nak mengosongkan memori telefon yang penuh dengan gambar-gambar. So, simpan dekat bloglah kan. Mana nak simpan lagi. Ye tak? 

Kali ni cikla nak share gambar kenangan kakak Batrisyia pulak. Alhamdullilah, sesama peperiksaan akhir tahun tempoh hari, dia telah berjaya menduduki tempat ke 2 dalam kelas dan darjah. Syukurlah. Walaupun menurun satu tangga dan hadiah yang dia dapat pun kurang sikit dari tahun lepas, tapi oklah tu kan masih dalam list top 5 best student. 

Kisah throwback : Kakak Batrisyia naik pentas ambil hadiah!

Masa majlis tu, cikla tak ambil gambar banyak sangat. Inilah seadanya... 

Kisah throwback : Kakak Batrisyia naik pentas ambil hadiah!
Kisah throwback : Kakak Batrisyia naik pentas ambil hadiah!

Gambar bawah : Kakak Batrisyia semasa menerima hadiah. Siap dapat trofi lagi. Bertambah lagi koleksi trofi yang ada dalam almari. Hehe! 

Kisah throwback : Kakak Batrisyia naik pentas ambil hadiah!
Kisah throwback : Kakak Batrisyia naik pentas ambil hadiah!

Kisah throwback : Kakak Batrisyia naik pentas ambil hadiah!
Kisah throwback : Kakak Batrisyia naik pentas ambil hadiah!

Kisah throwback : Kakak Batrisyia naik pentas ambil hadiah!
Kisah throwback : Kakak Batrisyia naik pentas ambil hadiah!

Semoga terus kekalkan kecemerlangan. Jangan asyik nak main je. Makin naik darjah, pelajaran pun makin mencabar...

Good luck anak!

Roti cheese simple 3 bahan, menu sarapan cikla pagi ini.

December 05, 2018 5 Comments
Roti cheese simple 3 bahan, menu sarapan cikla pagi ini. | Assalamualaikum wbt. Assalammualaikum wbt. Morning korang. Korang dah sarapan ke? Sarapan apa tu? Cikla sarapan simple je pagi ni. Roti bakar cheese 3 bahan je. Roti, sedikit butter/marjerin dan cheese.

Caranya?

Korang sapukan butter/marjerin pada roti, kemudian letakkan bahagian yang ada butter tu di atas kuali leper. Selepas itu, letakkan 1 keping cheese, dan letak sekeping lagi roti yang telah disapu butter macam mula-mula tadi. Tapi bahagian yang ada butter tu bahagian atas...

Siap!

Roti cheese simple 3 bahan, menu sarapan cikla pagi ini.
Roti cheese simple 3 bahan, menu sarapan cikla pagi ini. 

Roti cheese simple 3 bahan, menu sarapan cikla pagi ini.
Roti cheese simple 3 bahan, menu sarapan cikla pagi ini. 

Roti cheese simple 3 bahan, menu sarapan cikla pagi ini.
Roti cheese simple 3 bahan, menu sarapan cikla pagi ini. 

Kalau korang nak tambah bahan lain pun boleh, macam telur hancur, isi ayam, salad, timun, tomato dan sebagainya.

Sedap juga. Kalau cicah sos pun ok kot. Tapi cikla makan gitu je...

Have a nice day ya!

Nama-nama lain bagi gula tambahan yang mungkin kita tak tahu.

December 05, 2018 2 Comments
Nama-nama lain bagi gula tambahan yang mungkin kita tak tahu. | Assalamualaikum wbt. Gula tambahan biasanya digunakan dalam makanan proses dan minuman. Mungkin kita tak tau pun apa nama lain bagi gula tambahan ini kan. Betul tak? Bila kita tengok dekat pek makanan atau minuman tersebut, kadang-kadang dia tak tulis 'sugar' atau gula pun... Kita pun fikirlah yang makanan dan minuman tersebut takde kandungan gula.

Tapi, rupanya ia turut ditambah dengan gula tapi dikenali dengan nama lain... Nak tau? Jom baca perkongsian ini...

46 nama lain bagi gula tambahan (dalam Inggeris) yang mungkin kita tak tahu.

Nama-nama lain bagi gula tambahan yang mungkin kita tak tahu.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Nama-nama lain bagi gula tambahan yang mungkin kita tak tahu.

  1. Agave. 
  2. Barley malt. 
  3. Beet sugar. 
  4. Blackstrap molasses. 
  5. Brown sugar. 
  6. Brown rice syrup. 
  7. Cane sugar. 
  8. Cane juice. 
  9. Caramel. 
  10. Carob syrup. 
  11. Coconut sugar. 
  12. Coconut palm sugar. 
  13. Confectioners sugar. 
  14. Corn sweetener. 
  15. Corn syrup. 
  16. Demerara sugar. 
  17. Diatase. 
  18. Date sugar. 
  19. Dextrin. 
  20. Dextrose. 
  21. Diastatic malt. 
  22. Evaporated cane juice. 
  23. Fructose (High fructose corn syrup). 
  24. Fruit syrup. 
  25. Galactose. 
  26. Glucomalt.
  27. Glucose. 
  28. Grape juice concentrate. 
  29. Grape sugar 
  30. Honey. 
  31. Invert sugar. 
  32. Lactose. 
  33. Maltodextrin. 
  34. Maltose. 
  35. Maple syrup. 
  36. Palm sugar. 
  37. Raw sugar. 
  38. Rice syrup. 
  39. Refiners syrup. 
  40. Saccharose. 
  41. Sorghum syrup. 
  42. HSucrose. 
  43. Sugar. 
  44. Treacle. 
  45. Turbinado sugar. 
  46. Xylose.

Akan tetapi, 5 jenis gula tambahan yang biasa digunakan adalah corn syrup, sorghum, cane sugar, high frutose corn syrup dan fruit juice concentrate. 
Nama-nama lain bagi gula tambahan yang mungkin kita tak tahu.
Nama-nama lain bagi gula tambahan yang mungkin kita tak tahu. Kredit Google. 

Nama-nama lain bagi gula tambahan yang mungkin kita tak tahu.
Nama-nama lain bagi gula tambahan yang mungkin kita tak tahu. Kredit Google. 

Kalau korang nak tau, 5 jenis makanan yang biasanya ditambah gula tambahan adalah seperti minuman bergas dan manis (sweetened beverage), baked food, dairy dessert, gula-gula (candy) dan cereal. 

Selain itu, antara kesan yang menakutkan kalau kita terlalu banyak mengambil gula tambahan adalah seperti obesiti, diabetes type 2, gigi rapuh dan rosak, sakit jantung, penuaan pramatang, lemah daya ingatan, tulang rapuh, keradangan, depression, acne, belly fat dan banyak lagi. 

Nama-nama lain bagi gula tambahan yang mungkin kita tak tahu.
Nama-nama lain bagi gula tambahan yang mungkin kita tak tahu. Kredit Google. 

So, ambillah langkah bijak demi kesihatan. Jangan fikir sedap tekak kita aje, tanpa memikirkan kesan di kemudian hari... Sama-sama kita menjaga kesihatan. Jom! 

Kredit SINI

04 December 2018

Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga!

December 04, 2018 5 Comments
Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga! | Assalamualaikum wbt. Ini adalah kisah throwback. Kejadiannya semalam. Al kisahnya, cikla try buat biskut batik lagi setelah percubaan pertama agak tak berjaya. Percubaan pertama, biskut agak lembut. Macam kek tu haa. Sepatutnya, biskut yang terhasil keras, crunchy dan tak lembut. Tapi, sedap juga.

So, disebabkan anak dara cikla pun sibuk suruh ibunya buat lagi, cikla pun buatlah. Pagi tu, gigih jugalah pergi kedai beli bahan-bahannya. Bahan semua dah ada, apa lagi operasi pun bermula.

Kalau percubaan pertama cikla terus kacau bahan dalam kuali di atas dapur dengan menggunakan api yang perlahan, kali ni cikla nak try guna blender pulak. Bukan apa, resepi asal guna mixer. Tapi, mixer takde. Dah lama dah almarhum... 

Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga!
Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga! 

Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga!
Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga! 

Lepas masukkan bahan dalam blender. Apa lagi, kita putar halim. Haha!

Mula-mula putaran ok aje. Masih boleh berputar. Tapi, dah lama-lama jadi makin perlahan. Last, tetiba blender berasap.

Alamak!

Kaget sih. Dahlah blender baru beli. Mesti encik suami membebel sebulan kalau tau ni. Adoii.. Apa nak buat ni... Adunan pulak tak sebati lagi.

Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga!
Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga! 

Akhirnya, cikla tuang dalam kuali juga. Kacau sampai sebati. Blender pulak, bagi rehat kejap. Tak taulah dah rosak atau masih boleh digunakan lagi... 

Step demi step dilakukan dengan sabar... Ececehhh, hehe, akhirnya menjadi juga biskut batik cikla. Disejukkan sekejap, sebab kakak Batrisyia dah tak sabar nak makan, syukur sangat biskutnya menjadi.

Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga! 

Dan yang paling tak sangka, ia sama macam yang adik cikla buat. Sama! Seronok gila...

Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga!
Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga! 

Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga!
Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga! 

Tapi, cikla lebih bersyukur sebab blender cikla masih elok dan boleh digunakan. Mungkin 'dia' kepenatan dan stress kot. Haha, dah macam orang pulak...

Nak resepi penuh kek/biskut batik? Jom terjah link berikut :


Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!

December 04, 2018 5 Comments
Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! | Assalamualaikum wbt. Korang sarapan apa pagi ni? Pagi ini, cikla masak mee maggi goreng bodo, request anak dara cikla ni haa... Cikla sendiri pun dah lama tak makan mee maggi. Seingat cikla, since lepas pembedahan tiroid tahun lepas.

Nak masak mee maggi ni senang je kot. Kalau kena kreativiti kita, sedap jadinya. Nama resepi ni cikla yang saja letak. Haha. Bukan apa, bahan yang digunakan sikit, tapi sedap!

Resepi maggi goreng bodo.

Bahan-bahan yang cikla share ni mengikut apa yang cikla masak tau... Kalau korang masak kurang dari ni, pandai-pandailah korang agak. Hehe!

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!
Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! 


Bahan-bahannya :
5 peket mee maggi. 
1 biji bawang besar (didadu). 
4 ulas bawang putih (diketuk).
2 peket perencah mee maggi. 
1 kiub ayam. 
3 biji telur ayam. 
1 cekak sayur sawi. 
Minyak untuk menumis.


Hiasan : Telur goreng mata kerbau.

Cara-cara : 
Rendam mee maggi dalam air panas sampai lembut. Bila dah lembut, toskan dan masukkan dalam air sejuk sekejap. Cara ini adalah untuk menghentikan proses pelembutan mee maggi tu. So, nanti takdelah mee lembik sangat. Dah rendam tu, toskan.


Dalam kuali yang sesuai, letak sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian, masukkan perencah mee magi dan kiub ayam yang dicampur dengan sedikit air. Tumis lagi sampai naik bau dan perencah garing. Pecahkan telur, dan gaul rata.

Selepas itu, masukkan mee maggi yang telah ditos. Gaul rata bersama perencah. Telur tu korang tak payah tunggu sampai garing. Basah-basah sikit pun takpe.

Kemudian, masukkan sayur sawi dan gaul rata sehingga sawi layu semuanya. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!
Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! 

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!
Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! 

Senang je kan... Nak sedap makan dengan telur mata kerbau letak sos sikit. Tapi, cikla tak makan sos. Hehe...

Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri! Selamat mencuba!

03 December 2018

Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.

December 03, 2018 4 Comments
Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga. | Assalamualaikum wbt. Semalam mak, abah dan adik-adik cikla datang berkunjung ke rumah. Biasalah mak abah, kalau lama je cikla sekeluarga tak balik ke kampung, kalau ada kesempatan mak abah mesti singgah sini. Kebetulan semalam, mak abah pergi ke rumah atuk sedara cikla, berdekatan dengan rumah. So, dah alang-alang lalu tu, mereka singgah lagi...

Bila tahu ada tetamu nak datang, seboleh-bolehnya cikla nak masak something untuk me jamu mereka. Iyelah, kata orang tetamu yang datang itu pembawa rezeki. Apa salahnya sesekali jamu mereka kan. Dengan air tangan anak mereka sendiri pulak tu... Hehe. Gigih tau cikla cari resepi nasi tomato yang senang dan cepat. Akhirnya ke temu jua.

Sebenarnya, nyaris-nyaris tak jadi nasi tomato cikla ni. Gigih juga godek-godek nasi tu bagi jadi. Haha, alhamdullilah, menjadi. Dan, rasanya pun tak mengecewakan.

Jom, cikla share dengan korang macam mana nak masak nasi tomato senang dan sedap! Sejujurnya, ini pertama kali cikla memasak nasi tomato ni. Alhamdulillah, menjadi... 

Resepi nasi tomato senang dan sedap!

Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.
Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.

Bahan-bahannya yang cikla guna ni ikut sukatan beras yang cikla guna. Resepi asal guna 2 cawan beras).

Bahan-bahannya : 
4  pot beras (kalau nak sedap gunalah beras Basmathi). 
4 sudu besar minyak sapi (Cikla guna planta/marjerin je). 
2 biji bawang besar (tumbuk). 
6 ulas bawang putih (tumbuk). 
Rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga). 
1 helai daun pandan (simpul).
1 tin kecil tomato puri (boleh juga nak guna sos tomato, tapi lebihkan sedikit). 
2 biji tomato (potong dadu). 
3/4 susu cair. 
Garam dan air secukupnya.

Caranya : 
Basuh beras sebersihnya, toskan dan ketepikan. Dalam periuk nasi, panaskan planta/marjerin. Kemudian, tumis bahan ditumbuk bersama rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis) sehingga kekuningan dan naik bau.

Selepas itu, masukkan daun pandan, tomato puri dan tomato yang dipotong dadu. Kacau sekejap dengan rata. Next, masukkan susu cair dan air secukupnya (ikut sukatan beras yang digunakan sebab lain beras lain had airnya) bersama garam secukupnya. Biarkan mendidih.

Sesudah itu, masukkan beras dan gaul rata. Masak nasi macam biasa. So, inilah hasilnya... Nyumm!

Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.
Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.

Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.
Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.

Bila nasi dah masak, serih nasi untuk gembur-gemburkan dia. Sedia untuk dinikmati. Nasi tomato sedap dimakan bersama ayam sambal tomato dan acar timun. Nanti cikla share dua resepi ni di entri yang berasingan ye...

Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri... Cuba jangan tak cuba. Hehe!

Kredit resepi SINI

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.

December 03, 2018 5 Comments
Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, Isnin dah hari ni kan. Hari ketiga bulan Disember. Cepatnya masa berlalu kan. Kalau hari isnin, mesti orang cakap Monday blues. Hehe. Ala, asyik Monday blues je. Chill ok. Semangat!

Dah sarapan ke korang? Sarapan apa tu? Pagi ni, cikla sarapan cucur manis viral. Sebenarnya, dah lama dah save resepi ni. Bukan apa, walaupun ia hanya sekadar cucur, tapi memang sedap weh... Apa yang best, dah sejuk pun cucur still lembut je...

Nak tau macam mana nak buat? Jom ikut resepi ni... Sebelum tu, terima kasih tuan punya resepi. Tapi, tak ingat cikla ambil di mana, mungkin di Facebook atau Google.

Resepi cucur manis viral. 

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Add caption


Sebelum itu, jom tengok bahan-bahannya dulu...


Bahan-bahannya :
2 cawan tepung gandum (Cikla guna cawan kopi). 
2 cawan air panas. 
3 sudu besar gula (Cikla kurangkan sikit, tak nak manis sangat). 
1/2 sudu teh garam (Cikla guna sudu kfc tu). 


Caranya :
Dalam mangkuk yang sesuai, campurkan tepung  gandum bersama gula dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Selepas itu, masukkan air panas dan kacau dengan menggunakan senduk sampai bahan-bahan itu sebati. Biarkan adunan sejuk sedikit.


Kemudian, panaskan minyak secukupnya. Guna kaedah minyak penuh, maknanya cucur tu tenggelam dalam minyak.

Berbalik kepada adunan tadi, bila adunan dah sejuk, ambil sedikit adunan dan bulatkan. Ikutkan bentuk saiz yang korang suka ikut kesukaan korang. Tapi, cikla suka buat kecil-kecil. Senang cakap macam kita buat cekodok pisang tu.

Bila minyak dah panas, perlahan kan sikit api kemudian masukkan cucur yang telah dibentuk ke dalam minyak. Goreng cucur sambil kacau-kacau, golek-golek cucur tu untuk dapatkan warna cucur yang sekata.

Dah masak, angkat dan toskan minyak. Sedia dinikmati. Inilah hasilnya. Kita close-up sikit. Hehe. Gebusss kan... 

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. 

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. 

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. 

Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri. Selamat mencuba!






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.