Tips mudah mendapatkan perut leper (flat tummy).

By Cikla Shahril - December 02, 2017

Siapa je yang tak nak mempunyai perut yang leper, slim, fit dan cantik kan. Nanti bila pakai baju takdelah nampak 'bonjol' di sana sini.  Oppsss, jangan marah. Cikla pun sama, perut tak berapa nak leper walaupun berat ok. Huishhh. Stress. Hehe.

Sebenarnya, ada beberapa tips mudah yang kita boleh cuba dan amalkan untuk mendapatkan perut 'idaman' ni. Memang sangat senang. 

Lagipun, ada beberapa tips ni yang memang cikla tengah amalkan sekarang. Tapi itulah. Untuk dapatkan hasilnya bukan senang. Ia memerlukan kesabaran dan istiqamah. 

Walau apapun, bagi cikla apa yang paling penting adalah konsisten. Jangan buat sekerat jalan, lambat dapat hasil mulalah nak give up. Stop terus. Jangan macam tu.

Tips mudah mendapatkan perut leper (flat tummy).

Berikut merupakan tips mudah untuk mendapatkan perut leper, iaitu :

  • Minum segelas air sebelum makan. 
  • Makan dalam kuantiti yang kecil tapi kerap. At least, 5 hidangan kecil sehari. 
  • Lakukan senaman kardio, sekurang-kurangnya 20 minit sehari, 5 hari seminggu. 
  • Berenang. 
  • Elakkan atau kurangkan pengambilan gula dan garam. 
  • Buat push-ups dan sit-ups. Sekerapnya. 
  • Jangan sesekali elak sarapan. Sarapan sangat penting tau. 
  • Minum air secukupnya setiap hari. 
  • Elakkan diri dari stress. 
  • Dapatkan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap hari. 
  • Elakkan terus makanan segera, makanan diproses, dan air berkarbonat. 
  • Jangan seksa diri untuk berlapar. Diet dalam terpaksa kata orang. 
  • Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari. 
  • Lebihkan sumber fiber dalam menu diet korang. 
  • Rajin naik tangga dan lakukan yoga.

Memang semua tips tu macam senang je kan. Tapi, ia memerlukan kesungguhan jugak.

Semoga bermanfaat.


  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Wah..memang bermanfaat

    Tidur saya cuma 5 ke 4 jam sehari..

    Stress pula sular nak elak

    ReplyDelete
  2. tips memang banyak tips kan. tapi nak membuatnya, tak bertabah. displin ke laut, makanan pulak memanggil sayu. hahahahaa... By LubukSeni.com

    ReplyDelete