Tip mendapatkan kulit yang sihat dan cantik secara semulajadi.

By Cikla Shahril - December 14, 2017

Cikla percaya, kulit yang sihat dan cantik  tanpa cela memang menjadi idaman semua orang tak kiralah perempuan atau lelaki. Tapi, rasanya perempuan lagilah nak kan. Betul tak? 

Selain dari penggunaan produk kecantikan yang terlalu banyak di pasaran untuk mendapat kulit yang diidamkan ni, sebenarnya ada cara lain yang lebih selamat dan yang paling penting murah je. 

Tak payah nak keluarkan duit ribu riban semata-mata nak beli produk. Orang cakap, mahal je lebih, 'hasil' tak tau lagi.

Ada beberapa cara dan tip yang boleh korang cuba untuk mendapatkan kulit yang sihat secara semulajadi tanpa menggunakan produk yang tentu mahal harganya kan. Nak tau? Jom baca sampai habis.

Hanya dengan 3 cara dan tip yang mudah, ditambah pulak dengan sikap yang tak mudah putus asa dan konsisten, Insha Allah korang memperoleh manfaat darinya, cantik secara semulajadi.

Tip mendapatkan kulit yang sihat dan cantik secara semulajadi.
Tip mendapatkan kulit yang sihat dan cantik secara semulajadi. Kredit Google.

Amalkan meminum jus lemon. 

Bagi mereka yang mempunyai kulit muka jenis berminyak (macam cikla) elok praktikkan cara ini. Selain itu, kehadiran enzim di dalam lemon dikatakan mampu menyingkirkan sel kulit mati sekaligus akan memudarkan parut serta melembutkan kulit korang.

Ada beberapa cara yang sangat mudah yang korang boleh cuba, iaitu;

  1. Perahkan sebiji lemon untuk mengambil jusnya.  Kemudian, sapukan ia secara nipis pada bahagian yang bermasalah. Biar selama 10 minit sebelum dibilas bersih. Lakukan secara kerap untuk kesan yang baik. 
  2. Campurkan jus lemon bersama putih telur dalam bekas bersih. Kemudian, gaul campuran tersebut dan jadikan sepertia masker dengan menyapu campuran itu pada keseluruhan muka korang. Biarkan sebentar atau sehingga ia kering sebelum dibilas. Buatkan rutin ini 1-2 kali seminggu. Insha Allah, hasilnya pasti tak mengecewakan korang.

Tapi, sekarang cikla memang mengamalkan meminum jus lemon  suam setiap pagi. Alhamdulillah, sekarang masih lagi konsisten. Semoga cikla terus istiqamah melakukan ini sebagai rutin seharian, demi kesihatan. Insha Allah.

Pakai masker daripada buah tomato.

Tomato, selain ia memberi manfaat kepada kesihatan, ia jugak sangat berguna untuk kecantikan jugak. Apa yang korang tak tahu, tomota dikatakan mampu bertindak sebagai skin toner, yang mana ia dapat mengatasi masalah jerawat dan jeragat. 

Caranya pun mudah jugak, ambil beberapa biji tomato dan kisar sampai halus (jadi macam pes). Selepas itu, sapu dan tekapkan pes tersebut secara rata pada bahagian yang bermasalah dan biarkan seketika sebelum dicuci bersih. 

Amalkan setiap hari dan kesannya pori-pori akan mengecil dan kulit menjadi lebih licin. Cubalah!

Gunakan madu.

Rasanya semua tahu kot yang madu ni (lebih-lebih lagi yang asli) memang besar khasiatnya tak kira untuk kesihatan dan kecantikan.

Ada 3 cara yang korang boleh cuba, iaitu;
  1. Sapukan madu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar, kemudian biarkan selama 10 minit sebelum dicuci bersih. 
  2. Ambil sedikit madu dan campurkan dengan putih telur. Lepas tu, sapu pada muka sebelum dicuci dengan pencuci muka dan bilas dengan air bersih. 
  3. Sebelum tidur, campurkan 3 sudu madu dengan 1/2 cawan serbuk kayu manis. Kemudian, sapu dan ratakan pada bahagian muka dan biarkan semalaman. Bilas bersih pada keesokan harinya.

Bagi cikla, macam cikla selalu cakap, tak kira apa pun petua dan tip yang kita amalkan perlulah dilakukan dengan konsisten. Jangan kejap buat, kejap tak buat. 

Macam mana nak dapat hasil yang baik kan. Lepas tu, merungut pulak kata petua tak betullah, petua tak berkesanlah, bla bla bla.

Selamat mencuba.

Sumber  SIRAPLIMAU.COM

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Lemon tu alhamdulillah PC amalkan CikLa...

    ReplyDelete
  2. senang sgt tips nie semua.. cume malas dgn rajin je kan kak..

    ReplyDelete
  3. Tips senang je tp nak buat tu punyalah payah. Kdg harini buat esok buat lusa tak buat pulak. Huhu.

    ReplyDelete