Rahsia solekan tahan lebih lama.

By Cikla Shahril - December 16, 2017

Betul jugaklah orang cakap, solekan atau mekap mampu menutup 'kekurangan' yang mungkin wujud pada kulit, dengan syarat menggunakan teknik yang betul. Bukan apa, kalau salah teknik elok-elok muka dah natural cantik, jadi buruk dek kerana solekan yang salah termasuklah pemilihan alat solek yang kurang sesuai dengan ton kulit korang.

So, kepada penggemar mekap sebaiknya korang tahu teknik dan alat solekan yang betul termasuklah memahami jenis kulit muka korang. Bila mengenakan solekan, sudah pasti kita nak solekan kita tu tahan lama dan sentiasa kering serta tak comot  kan walaupun ketika berpeluh. Macam mana nak buat? Ada rahsianya tau. Jom baca.

Rahsia solekan tahan lebih lama.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Menurut MUA Shazard luvmakeup, ada beberapa tip yang kita boleh apply untuk memastikan solekan yang dikenakan itu tahan lebih lama walaupun sepanjang hari. Pastikan jenis kulit korang sama ada kering atau berminyak. Ini kerana, asas solekan atau primer yang akan digunakan perlulah bersesuaian dengan kulit korang. 

Primer ni pulak ada macam-macam fungsi dan jenisnya sebab ada primer direka untuk menutup lubang pori yang besar, selain berfungsi melembapkan kulit. Selain itu, primer jugak dapat memudahkan sapuan bedak asas pada kulit korang. Selain itu, pemilihan bedak asas jugak penting dan perlu bersesuaian dengan ton kulit.

Elak dari menggunakan bedak asas yang terlalu tebal terutama di bahagian tepi mulut, antara hidung dan mulut termasuklah kawasan muka yang terlalu berminyak. Penggunaan semburan pengekal mekap iaitu setting spray jugak penting. Ia mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan primer cuma bezanya ia digunakan selepas sudah siap bersolek. 

Setting spray ni pulak ada banyak fungsi lain, antaranya menampilkan solekan nampak berkilau dan bercahaya, dan semestinya menjadikan solekan lebih tahan lama. Gunakan setting spray sebanyak 3 kali sebelum bersolek, selepas menyapu bedak asas dan selepas siap bersolek. Biarkan beberapa saat selepas semburan dilakukan sebelum solekan dimulakan.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. CCl pun baru tahu kalau pakai primer sebelum apply foundation mekap tak bercapuk dan nampak fresh . Kena prep muka betul-betul

    ReplyDelete