Kesan dan pengurusan luka selepas pembedahan tiroid.

By Cikla Shahril - December 21, 2017

Selepas kita menjalani pembedahan tiroid tak kiralah total thyroidectomy (membuang kedua-dua belah kelenjar tiroid) atau hemithyroidectomy (membuang hanya sebelah kiri atau kanan kelenjar tiroid), mesti akan wujud luka di leher kita. 

Luka tersebut adalah kesan dari 'torehan' yang dilakukan oleh pakar bedah untuk mengeluarkan kelenjar bermasalah yang telah dikenalpasti. Kesan luka ini jugak akan meninggalkan parut di leher kita. 

Tapi, depend jugak. Ada orang parut tak nampak pun, tapi ada orang memang nampak kesan parutnya. Macam cikla, parut tak berapa nampak sangat. 

Kesan dan pengurusan luka selepas pembedahan tiroid.
Kesan dan pengurusan luka selepas pembedahan tiroid. Sumber Google. 

Kenapa tiba-tiba cikla cerita pasal luka ni semua? 

Ini adalah kerana, pengurusan kesakitan selepas pembedahan iaitu luka itu sendiri adalah sangat penting. 

Rasa sakit selepas pembedahan atau acute pain yang tak dikawal dengan baik akan menyebabkan kesakitan berpanjangan iaitu chronic pain walaupun luka pembedahan sudah baik.

Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya rasa sakit itu boleh berkekalan walaupun penyakit sudah lama sembuh. Rasa chronic pain ini memang lain dari rasa sakit biasa. 

Kalau rasa sakit biasa tu kita boleh nampak penyebabnya, tak kiralah sama ada ia disebabkan oleh tisu luka, bengkak atau patah. Tapi, chronic pain memang kita tak kan nampak penyebabnya even doktor sekalipun. 

Korang mesti tak akan sangka yang pesakit boleh 'melompat' kesakitan walaupun kawasan tersebut hanya disentuh perlahan. Ouch.

Tapi, kadangkala kalau kita tak sentuh atau tersentuh sekalipun, ia tetap boleh rasa sakit, iaitu rasa seperti kulit terbakar, dicucuk jarum atau direnjat elektrik. Kenapa pulak jadi macam tu ye? 

Kalau korang nak tau, tempat atau kawasan yang cedera atau luka tu bukan lagi kulit atau otot, tetapi ia melibatkan saraf.  

So, saraf yang cedera sebenarnya dan ia menjadikannya terlalu sensitif dan rangsangan impuls pun jadi tak menentu.

Kesan dan pengurusan luka selepas pembedahan tiroid.
Kesan dan pengurusan luka selepas pembedahan tiroid. Sumber  WomenWorking.com

Kalau tisu badan yang cedera atau luka, rasa sakitnya mungkinlah mudah diuruskan. Tapi, kalau saraf yang cedera? 

Nak-nak pulak ia terjadi akibat dirangsang kesakitan setelah sekian lama, memang agak sukar untuk dirawat. Kalau yang ni (rasa sakit) memang cikla mengaku pernah mengalaminya. 

Memang kadang-kadang, cikla rasa macam mencucuk dan pedih di tempat luka/parut yang dah baik tu. Tapi, takdelah rasa sakit sangat. Adalah sesekali dia muncul.

Hurmm, ramai orang cakap produk BIO-OIL bagus untuk hilangkan parut. Memang betul tu. Cikla dah share pasal ni pun sebelum ni. Bagus BIO-OIL ni tau.

Sumber Doktor Hana Hadzrami. Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI).

  • Share:

You Might Also Like

28 Comments

  1. ha'ah penah dengar gak pasal bio oil ni..elok utk hilangkan parut..

    ReplyDelete
  2. heard a few cases from people who removed their thyroids. the effect can be bad.

    ReplyDelete
  3. akak nyer kesan tebuk kat leher masa koma dulu pun masih kekal berbekas sekarang...dulu mula2 malu..tapi sekarang takde la nak malu..at least akak ingat apa yang berlaku pada diri akak..

    ReplyDelete
  4. apa kesan pada diri selepas pembungan tiroid ye..saya pernah jalan pembedahan buang hipetiroid, tapi selepas pembedahan sy tak dtg untuk follow up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud awak buang hipertiroid tu mcm mne ehh?

      Delete
    2. Kenapa tak follow up, doc dh discharge ke lepas opret tu

      Delete
  5. saya pon ada jugak tiroid. tapi saya takut nak buat operate sebab risiko dia nak kene makan ubat sampai bila bila. what should i do. i still young 😌😢😢😢😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh join banyak support group n share pengalaman, soalan n cadangan berkaitan tyroid. Amat membantu... cari dalam fb pun ada

      Delete
    2. sya baru saja habis oprate tyroid mmg kenak on ubat selamanya.. tapi demi kebaikan on ubat selamanya tidak mengapa.asal kita sihat walafiat..

      Delete
    3. Saya baru lps buat pembedahan buang thyroid ni.nasihat saya jgn tunggu lama,jumpa dr biar mereka bgtau caranya.tyroid saya dah besar alamdulillah tiada risiko semasa pembedahan saya hrp tiada rusiko semasa proses baik pulih ini.

      Delete
  6. Sy ada masalah tiroid besar sebelah kanan.. dlm saiz 3-4cm.. n doktok suruh buang.. tapi takut pulak.. sbb doktor kata boleh effect pada suara.. betul ke.? Selain dari suara ada effect lain x.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, apa pun pembedahan ttp ada risiko. Doa yg baik2 je. Kalau doc suruh buang tu mesti ada sbb kan. Jgn takut, kuatkan smngt. Semoga dipermudahkan

      Delete
    2. Ya kuatkan semangatbuang sementara kecil tu.kesan kpd suara sementara shjatau mungkin tak ada.klu besar lagi bykrisikonya.

      Delete
  7. Alhamdulillah saya dah setahun buang thyroid.. Alhamdulillah semua ok.. Obat mkn sbji je shari tu pun kecik jee.. All life kna mkn hihi tp utk sehat alhamdulillah..saya operation dkat pusat pakar UKM.. Di sana dorang ada pakar terbaik utk thyroid.. Kpda yg takut tu smga kuat kan smngat anda utk cpat sehat ye.. InsyaAllah ok2 je lpas operation nnt.

    ReplyDelete
  8. Salam,cikla lps operate boleh makan mcm biase atau pakai tiub msuk idung tu..seram lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Takdelah. Boleh jek mkn mcm biasa. Cumanya awal2 Lepass opret mkn bubur atau mknn yg lembut. Bila dh selesa menelan baru mkn mcm biasa. Elakkan pedas

      Delete
  9. Ubat tu bukan mcm ubat kencing manis, darah tinggi.. Tu hormon.. Sbb once da buang kalenjar tiroid kita mmg ada peganti.. Sbb kene tahu kene phm fungsi tiroid tu ape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Betullah tu. Tp pelik kenapa org takut sgt opret sebab xnak ambil thyroxine tu seumur hidup. Padahal it's just a hormon pil jek

      Delete
  10. Saya in sha Allah lepas Raya ni akan menjalankan pembedahan utk membuang thyroid. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  11. Mak saya baru je lps operat buangtiroid belah kanan pd 20/6/19..semuanya berjalan dgn lancar..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih Cik La berkongsi pengalaman pasal thyroid cancer ni. Lama dah saya cari pengalaman orang yang pernah menghadapi ya.

    ReplyDelete
  13. Saya bakal jalani operation buang thyroid. Dr. kata memang akan ada perubahan dalam suara. Besar ke perubahan tu? Risau sangat-sangat T_T

    ReplyDelete
  14. Saya baru jalani op buang 3 bij klenjar paratiroud.. sy op 23/7/19 lps.. ni hari yg ke 4..tgh pening2 lg, suara jd leper skit mcm amy search..nk menelan mknn ir air tu mmg terasa la.. ni tgh rehat.. klu nk tanya pnglmn sy op pm je whtsapp 01116968187

    ReplyDelete
  15. Assalam, sy juga akan jalani operation lg sept ni . Nak tanya ada tak doc sarankan ambil additional alat utk minimized risiko hilang suara. Kos dlm rm2.5k, ada sesiapa ambil tak. Sy operate hosp putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Alat tu Nerve monitor. Utk elakkan risiko tergores peti suara. Alat tu mcm sensor. Akan berbunyi bila dekat dgn peti suara.

      Mmg harga mcm tu. Yg second hand pun ada.. Tapi biasa doc nasihat kan guna yg baru.

      Kalau hospital yg mmg ada mesin utk Nerve monitor tu.. Kos mcm tu lah. Sbb sensor tu kita kena beli melalui farmasi hospital. Dan mrk akan hantar terus ke dewan bedah.

      Kalau tak ada mesin, dan hospital kena sewa mesin tu.. Jadi kos Nerve menjadi lebih tinggi.

      Putrajaya mmg ada guna Nerve monitor dan kos keseluruhan termasuk operation naik ke Rm4K-Rm5K.

      Boleh mintak pengurangan kos melalui kebajikan hospital.

      Delete
  16. Alhamdulillah Cikla. Saya baru lepas beberapa hari lepas operate tyroid. buang dua dua belah. Suka baca blog Cikla pemberi suntikan semangat buat saya.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah Cikla..baru 2 hari lepas operation..4.2.2022.rasa sakit dileher (tempat pembedahan)da boleh makan soft diet .doc advise makan icecream dan yogurt...
    Still feel pain especially when cough.
    Tq Cikla for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah. moga cepat sembuh ya.

      btul tu. elok makan ice cream dan kalau boleh baru-baru lepas opret tu elakkan mknn pedas dan berminyak.

      kalau nak batuk tu, ambil tuala kecil pastu gulung then tekap kat leher tu. pastu batuk slow slow

      Delete