13 December 2017

Kebaikan si lemon yang mungkin korang tak tahu.

Kebaikan si lemon yang mungkin korang tak tahu. | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Korang sukan minum air lemon tak? Kalau cikla, sekarang ni memang cikla sedang mengamalkan minum secawan air lemon suam setiap pagi. Bagus tau minum air lemon ni sebenarnya. Lagipun, penggunaan lemon jugak adalah sangat popular terutama dalam pembuatan air detoks kerana lemon menjadi salah satu bahan utama di dalamnya.

Ada jugak orang yang suka menggunakan air lemon dalam masakan mereka. Sedap tau, cikla pernah jugak buat.

Kebaikan si lemon yang mungkin korang tak tahu.

Ada beberapa kebaikan air lemon kepada kesihatan dan kecantikan. Jom baca...

Kebaikan si lemon yang mungkin korang tak tahu.

Untuk kesihatan;

  • - Dengan meminum segelas air lemon suam setiap pagi akan menjadikan korang rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. 
  • - Kehadiran vitamin C yang tinggi di dalam lemon membantu meningkatkan sitem imun badan kita. So, kita tak akan mudah terkena penyakit terutama demam dan selsema. 
  • - Bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman dan susah nak membuang, elok minum segelas air lemon suam setiap pagi. Ini akan menyebabkan saluran penghadaman terangsang sekaligus merangsang pergerakan usus serta membersihkan organ hati kita.

Untuk kecantikan;

  • - Meminum air lemon pada waktu pagi dapat membantu badan kita membakar lemak dengan lebih efisen dan berkesan. Organ hati pulak memastikan proses metabolisme lemak berlaku dengan lancar. So, bagi mereka yang sedang berdiet dan nak kuruskan badan bolehlah cuba. 
  • - Seperti yang kita tahu, kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah lemon adalah bagus untuk mengekalkan kulit kita sentiasa sihat. Ia jugak bertindak sebagai antioksidan yang bagus bagi menghalang penuaan pramatang serta menghalang radikal bebas merosakkan kulit. Selain itu, vitamin C jugak penting sebagai sumber kolagen untuk menjadikan kulit lebih anjal dan awet muda.

So, memang banyak kelebihan si lemon ni kan. Memang tak rugi kalau kita rajin amalkan meminum air lemon suam atau sejuk setiap hari.

Selamat berlemon, semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

3 comments:

  1. Banyak manfaat buah lemon ni rupanya.

    ReplyDelete
  2. Berdetok dengan lemon buang segala toksik dalam badan . Sistem pecernaan pun terjaga

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.