Jom kenali makanan pembakar lemak.

By Cikla Shahril - December 12, 2017

Makanan pembakar lemak adalah makanan yang dapat membakar kalori dengan cepat bila kita mengambilnya. Sebenarnya, macam susah nak percaya kan ada jugak makanan yang berfungsi sedemikian. 

Makanan sebegini bukan sahaja mempercepatkan proses metabolisme badan, malah ia turut merangsang hormon yang mengeluarkan lemak sekaligus menyingkirkan toksin daripada badan kita.

Ini jugak turut mempengaruhi berat badan kita sebab pembakaran lemak mampu membuang berat yang tak diperlukan. Kiranya makanan pembakar lemak ni bolehlah dimasukan dalam list menu diet kita kan. Betul tak?

Amboi amboi, kalau dengar pasal diet-diet, bakar-bakar lemak, kemain excited ye. Hehe. Dah tu, apa lagi. Meh baca apakah makanan yang sungguh 'berkuasa' untuk menyahkan lemak durjana ini.

Jom kenali makanan pembakar lemak.

Makanan pembakar lemak adalah seperti berikut;

Teh hijau.

Dalam American Journal of Clinical Nutrition melaporkan, pengambilan 4 cawan teh hijau setiap hari dikatakan boleh mengurangkan lebih kurang 6 paun berat badan dalam masa 8 minggu. Wow. Minum teh hijau je pun kan. Kalau korang nak tau, EGCG yang terkandung di dalam teh hikau dipercayai mampu mempercepatkan metabolisme badan kita. So, dah senang kan. Korang minum je teh hijau. Terbakarlah semua lemak korang tu. Teh hijau tu favourite cikla jugak.

Lada.

Dalam lada, terdapat satu bahan yang menjadikan lada tu rasa pedas iaitu capsaicin. So, ia akan bertindak memanaskan badan kita sekaligus memastikan badan kita dapat membakar kalori. Cara penyediaan lada ni pulak boleh dalam pelbagai cara, seperti dimasak, dikeringkan, dijadikan serbuk atau dimakan begitu aje. Uisshhh. Pedas berasaplah telinga.

Daging tanpa lemak.

Sebenarnya, daging mempunyai kesan termogenik yang tinggi. Semasa pencernaan, kira-kira 30% kalori makanan berprotein ini akan terbakar.

Bijirin penuh.

Pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti bijirin penuh contohnya oat dan beras perang adalah sangat bagus dalam membakar kalori. Kalau korang nak tau, badan kita akan membakar 2 kali ganda kalori yang diambil bila kita mengambil makanan ini. So, elakkan makanan yang diproses. Tak bagus tau sebenarnya.

Selamat membakar kalori. Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Kelab Diet. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Fuhhh.. nak dapat 4 cawan teh ijau satu hari yg payah tu heeee.. thanks share..

    ReplyDelete
  2. wowww.. boleh amalkan lepas ni.. semoga lelemak cepat mencair

    ReplyDelete