Jom buat dan amalkan : Ayat Quran pengubat kanser.

By Cikla Shahril - December 18, 2017

Orang cakap, sebagai manusia kita hanya berusaha dan berikhtiar, tapi hanya Allah yang menentukan. Bila kita merancang, Allah jugak merancang. 

Namun, perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Apa yang penting kita tak mudah putus asa dan sentiasa kuat menghadapi semua ujianNya pada kita.

Menghidap penyakit yang halimunan macam tiroid ni, pada luarannya orang nampak kita ni sihat. Cikla sangat bersyukur kerana Allah masih memberi cikla peluang untuk terus aktif dan melakukan apa yang disukai. 

Orang cakap, sakit bukanlah pengakhiran hidup. Jadikan apa yang 'diberi' kepada kita ni adalah satu kelebihan yang takde pada orang lain. Bersyukur sangat-sangat. Terima kasih ya Allah. 

Dalam berjuang untuk sembuh, tak kiralah apa jugak penyakit kita janganlah mudah menyerah. 

Semangat yang kuat sebenarnya menjadikan kita lebih tegar dan kental menghadapi sebarang kemungkinan. Begitu jugak, dalam usaha kita untuk sembuh. Siapa aje yang nak sakit kan. 

Kalau boleh, kita nak sihat sampailah ke akhir hayat kita. Amin. Insha Allah. Jadikan orang yang tersayang sebagai penguat semangat untuk kita sembuh. Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat.

Sesungguhnya Al-Quran itu ubat yang paling mujarab jika kita tahu dan istiqamah menggunakannya. Sebenarnya, cikla memang selalu membaca mengenai ini, iaitu mengenai ayat-ayat di dalam Al-Quran yang mampu mengubati penyakit, dengan izinNya jua.

Jom buat dan amalkan : Ayat Quran pengubat kanser.

Berkenaan dengan penyakit kanser, ada lapan surah dari Al-Quran yang boleh diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel kanser. Paling bagus kalau pesakit itu sendiri yang membacanya. 

Tapi, kalau dah tak berdaya dan sebagainya, boleh mintak tolong orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya, bacaan dimulai dengan Istighfar (10x), Seawat Nabi (10x), dan Al-Fatihah (1x).

Kemudian, sediakan sebotol air yang bersih dan suci. Setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. 

Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena kanser. InshaAllah, kerana sakit dan sembuh adalah kekuasaanNya.

Surah-surah tersebut adalah:

Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
Surah Al Araf (Ayat 70-81).
Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
Surah Ghafir (Ayat 67-77).
Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Apa pun yang dilakukan, buatlah dengan penuh yakin dan istiqamah. Rawatan hospital jangan pulak ditinggalkan. Ini sekadar ikhitiar kita. 

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Sumber WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments