3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan.

By Cikla Shahril - December 14, 2017

Cikla rasa semua orang tau pasal produk Vaseline ni kan. Betul tak? Untuk pengetahuan korang, penggunaan produk sangat meluas terutama dalam bidang kecantikan. 

Cikla dulu gunakan Vaseline untuk mengatasi masalah kulit kering nak-nak pulak di bahagian siku, lutut, dan tumit kaki. Memang bagus Vaseline ni. 

Untuk pengetahuan korang, Vaseline juga dikenali dengan nama jeli petroleum. Vaseline pun rasanya ada banyak jenis dah sekarang, dan macam-macam kegunaan. Khas untuk baby pun ada. 

3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan.
3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan. Sumber Google. 

Berikut merupakan 3 kelebihan menggunakan Vaseline untuk cantik, iaitu;

Vaseline jugak mampu memberi kelembapan kepada bibir korang. Tak payah nak beli produk yang mahal-mahal hanya untuk tujuan yang sama, gunakan aje Vaseline. Selain itu, penggunaan Vaseline jugak akan menjadikan bibir korang merah semulajadi seperti memakai lipstick. Menakjubkan bukan?

Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, Vaseline dapat membantu korang. Hanya sapukan Vaseline secara  nipis pada tempat yang bermasalah. Ulang setiap hari sehingga sembuh. Insha Allah. 

Sebagai pelembap bulu mata. Caranya adalah sapukan Vaseline secara nipis ke bulu mata setiap malam sebelum tidur. Selepas menyapu Vaseline tersebut, korang boleh gunakan maskara yang bersih untuk meratakannya. Lakukan sekerapnya untuk kesan yang wow... 

Selamat mencuba!

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Dulu ada baca, Vaseline boleh lebatkan bulu mata.

    ReplyDelete
  2. Byk lagi kegunaan vaseline ni kann

    ReplyDelete
  3. Selalu apply vaseline kt bibir sebelum tidur, bangub pagi besok bibir licin dan lembab je. Mudah nak apply lipstik

    ReplyDelete