Cara nak pilih warna bedak muka yang sesuai ikut warna kulit.

By Cikla Shahril - November 01, 2017

Rasanya sebelum ni cikla ada share pasal tips pemilihan bedak asas yang sesuai untuk warna kulit. Klik SINI untuk baca. Cikla boleh katakan yang bedak muka dan solekan itu tak boleh dipisahkan. Umpama irama dan lagu. Kalau kita bersolek tanpa menggunakan bedak muka ni memang nampak sangat ada yang kurangnya. Betul tak? So, sebab itulah bedak muka menjadi barang yang terpenting dalam solekan sebab ia mampu menjadikan muka kita lebih berseri dan cerah cantik tanpa cela.

Cara nak pilih warna bedak muka yang sesuai ikut warna kulit.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Memang tak dinafikan, manusia ni dicipta tak sama. Begitu juga dengan warna kulit muka. Kalau korang nak tau, pemilihan warna atau rona bedak muka yang sesuai adalah tersangat penting dengan warna kulit muka korang. Nak memilihnya pun ada caranya. Nak tau? Jom baca sampai habis.

Berikut merupakan tips pemilihan warna bedak mengikut warna kulit muka korang, iaitu;

Kulit putih.

Orang yang berkulit putih mestilah mengelakkan dari memakai bedak muka yang lebih terang daripada kulit mukanya sebab keadaan ini akan menyebabkan mereka nampak pucat. Apa yang paling bagus adalah, gunakan warna bedak natural beige dan warna ni adalah sangat match dengan warna kulit putih. 

Kulit kemerahan.

Kalau korang mempunyai warna kulit jenis kemerahan, korang boleh memakai bedak berwarna putih gading. Ini kerana, warna bedak sebegini akan sebati dengab warba kulit korang tu, sekaligus menjadikan korang nampak lebih anggun dan cantik.

Kulit sawo matang.

Untuk mereka yang mempunyai warna kulit sawo matang, apa yang paling bagus pilihalah warna bedak sedikit gelap daripada warna asal kulit muka korang. Apa yang perlu dielakkan adalah, jangan memilihan warna bedak yang terang sebab ia akan membuatkan kulit menjadu bertompok dan tak sekata. Gunakan bedak berwarna coklat, tropikal beige dan natural beige supaya kulit akan nampak lebih fresh dan menarik.

Kulit kuning langsat.

Inilah warna kulit orang Asia kerana kebanyakan dari mereka mempunyai warna kulit seperti ini. So, untuk warna bedak yang terbaik adalah kuning beige kerana ia adalah sangat sesuai dan nampak lebih natural.

Kulit gelap.

Jangan ingat orang yang berkulit gelap tak perlu pakai bedak. Memang perlu ye, sebab ia akan membuatkan muka korang nampak lebih fresh gitu. So, warna bedak yang terbaik untik mereka adalah jenis tropikal beige. Di samping itu, untuk nampak lebih 'wow', mereka jugak boleh mengaplikasikan fungsi highlighter di beberapa bahagian tertentu pada muka seperti di dagu, kening dan di bawah mata. 

Sumber Ruangan Stailo, KOSMO.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Info bermanfaat terutama kepada kaum wanita.

    ReplyDelete
  2. mmg bedak perlu dipakai, rasa x lengkap je kalau nak kluar rumah tanpa pakai bedak, akak ni lain plak, cukup tepek cc n foundation jer, rasa dah macam pakai bedak... lain orang lain gayanya ek...

    ReplyDelete
  3. Ena guna natural beige. Sbb org kata muka ena nampak pucat.huhu..

    ReplyDelete
  4. CCL selalu prefer code beige , sesuai untuk warna kulit muka

    ReplyDelete
  5. tips yang berguna. memang susah nak pilih bedak muka yang sesuai dengan tona kulit kita kan...

    ReplyDelete