Banyaknya manfaat si buah rambutan.

By Cikla Shahril - November 29, 2017

Cikla agak sekarang ni musim pokok rambutan berbuah. Ke memang pokok rambutan ni takde musim. Kalau dia nak berbuah, berbuah ajelah sesuka hati dia. Hehe. 

Bukan apa, boleh dikatakan semua pokok rambutan di sekeliling rumah cikla memang sedang rancak berbuah. 

Macam tu jugak dengan pokok rambutan di rumah orang lain di tempat cikla tinggal ni. Semuanya berbuah dengan lebatnya. Merah-merah gitu. Tergoda iman tengok. Hehe.

Banyaknya manfaat si buah rambutan.
Banyaknya manfaat si buah rambutan.

Sebenarnya, buah rambutan atau nama manjanya dalam bahasa Latin, Niphelium Lappaceum kaya dengan vitamin A, C, protein, karbohidrat, dan serat. 

Ia juga mengandungi mineral seperti kalsium, niacin, zat besi, potassium, fosforus, magnesium, dan zink. Nak makannya pun senang. 

Korang just kopek kulitnya je. Isinya yang putih manis ni memang banyak khasiatnya. Ia memberi manfaat kepada kesihatan kita. Nak tau tak apa khasiatnya? Jom baca sampai habis.

Antara kebaikan buah rambutan kepada kesihatan dan kecantikan adalah seperti berikut;

Untuk kesihatan;
Banyaknya manfaat si buah rambutan.
Banyaknya manfaat si buah rambutan.

  • Dikatakan mampu merawat ulser mulut (mata ikan) dan bibir pecah-pecah. 
  • Menyihatkan mata, kerana adanya kandungan vitamin di dalamnya. 
  • Oleh kerana buah rambutan mengandungi flavonoid, ia dikatakan mampu menurunkan kolesterol jahat. (LDL). 
  • Buah rambutan kaya dengan zat besu. So, ia dipercayai boleh mengatasi masalah anemia. 
  • Menurunkan tekanan darah tinggi kerana adanya mineral penting yang di dalamnya. 
  • Dapat membantu mencegah sembelit kerana ia adalah buah yang kaya dengan serat, di mana ia mampu melancarkan sistem percernaan kita. Berfungsi sebagai sumber tenaga kerana kandungan karbohidrat dan protein yang ada dalam buah ini akan ditukarkan kepada bentuk tenaga.

Untuk kecantikan;
Banyaknya manfaat si buah rambutan.
Banyaknya manfaat si buah rambutan.

  • Protein yang ada dalam buah ini amat bagus untuk menggantikan sel-sel mati dan rosak dengan sel-sel yang baru dah sihat. So, ini akan menjadikan kulit mampu meremajakan kulit kita. 
  • Menyihatkan rambut kerana protein dan zink yang wujud dalam buah manis ini. 
  • Membantu dalam diet kita jugak sebab ia kaya dengan kalori dan serat. So, korang yang nak berdiet boleh selitkan menu buah ini dalam diet harian korang.

Sumber SINI

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Dulu masa kecik2, dusun kat kampung selalu banyak ja buah rambutan. Sekarang nak jumpa orang jual rambutan tepi jalan pun susah sangat. Suka jugak buah rambutan. Dulu siap panjat2 pokok lagi nak ambik buah. Nostalgia sungguh.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal dan singgah sini.blog saya https://cararesepi.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. rambutan kat rumah belum berbuah lagi. hehe

    ReplyDelete
  4. selama ni tahu makan je buah rambutan ,tak sangka ada banyak manfaat btw cer singgah and follow blog saya https://marblemomo.blogspot.com/

    ReplyDelete