30 November 2017

Mudahnya sunnah Rasulullah SAW.

November 30, 2017 1 Comments
Mudahnya sunnah Rasulullah SAW. | Assalamualaikum wbt. Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasul, kita sememangnya sangat digalakkan dan dituntut untuk mencontohi peribadi dan sunnah baginda Rasulullah SAW.

Pada cikla, sunnah baginda bukannya susah sangat. Ianya sangat senang untuk diikuti.

Apa kata kita semak apakah sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita jadikan amalan hidup kita. Jom baca sampai habis tau...

Mudahnya sunnah Rasulullah SAW.

Mudahnya sunnah Rasulullah SAW.

Sunnah - 1;
  • Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
  • Tutup kepala bila masuk tandas.
Sunnah - 2;
  • Kibaskan tempat tidur.
  • Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
  • Kepala menghadap kiblat.
  • Baca doa tidur.
Sunnah - 3;
  • Minum dgn tangan kanan.
  • Minum duduk.
  • Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.
Sunnah - 4;
  • Datang awal ke masjid.
  • Berjalan kaki ke masjid.
  • Berwuduk dari rumah.
  • Baca doa masuk dan keluar masjid.
Sunnah - 5;
  • Masuk tandas pakai alas kaki.
  • Buang air duduk.
  • Masuk tandas tak boleh lama-lama.
  • Jangan makan dan minum dalam tandas.
Sunnah - 6;
  • Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
  • Kemas tempat tidur.
  • Bersihkan diri.
Sunnah - 7;
  • Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
  • Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang. 1 sampah, 1 bidadari di syurga kelak.
  • Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg dilakukan di dalam masjid akan dikira sebagai ibadah.
Sunnah - 8;
  • Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas; "Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini..." 
  • Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
  • Melabuhkan pakaian.
  • Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
  • Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.
Sunnah - 9;
  • Sebelum tidur ambil wuduk.
  • Maafkan semua kesalahan orang lain dan halalkan hutang piutang.
  • Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan. 
  • Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah ke kiri dan doa dijauhkan.
Sunnah - 10;
  • Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
  • Beri salam 3 kali bila bertamu ke rumah sahabat-sahabat. 
  • Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah itu hilang.
  • Bila marah ambil wuduk.
Sunnah - 11;
  • Tutup aurat ketika memasak.
  • Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
  • Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
  • Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik untuk ibu yang ingin membentuk anak-anak).
Sunnah - 12;
  • Basuh tangan sebelum makan.
  • Makan buah dahulu baru makan nasi.
  • Makan secara berjemaah, makan dengan  famili lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
  • Makan makanan yang ada di hadapan jangan capai yang jauh-jauh.
Sunnah - 13;
  • Memotong kuku pada hari Jumaat.
  • Memperbanyakkn doa antara imam berkhutbah hingga Asar. 
  • Mandi sunat Jumaat.
  • Memakai pakaian terbaik untuk  sembahyang Jumaat.
  • Memakai wangi-wangian.
Sunnah - 14;
  • Makanan sunnah; susu, madu, barli dan kurma.
  • Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
  • Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
  • Selepas makan terus basuh pinggan.
  • Puasa Isnin dan Khamis.
Sunnah - 15;
  • Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
  • Jangan gunakan cawan yang sumpik atau pecah.
  • Jangan tiup ke dalam air panas untuk sejukkannya.
  • Jangan minum dalam bekas yang besar seperti jug air dan botol yang besar.
Sunnah - 16;
  • Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
  • Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
  • Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
  • Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.

Mudahnya sunnah Rasulullah SAW. Jom amalkan.

Sumber WhatsApp group.

29 November 2017

Banyaknya manfaat si buah rambutan.

November 29, 2017 5 Comments
Banyaknya manfaat si buah rambutan. | Assalamualaikum wbt. Cikla agak sekarang ni musim pokok rambutan berbuah. Ke memang pokok rambutan ni takde musim. Kalau dia nak berbuah, berbuah ajelah sesuka hati dia. Hehe. Bukan apa, boleh dikatakan semua pokok rambutan di sekeliling rumah cikla memang sedang rancak berbuah.

Macam tu jugak dengan pokok rambutan di rumah orang lain di tempat cikla tinggal ni. Semuanya berbuah dengan lebatnya. Merah-merah gitu.

Tergoda iman tengok. Hehe.

Banyaknya manfaat si buah rambutan.
Banyaknya manfaat si buah rambutan.

Sebenarnya, buah rambutan atau nama manjanya dalam bahasa Latin, Niphelium Lappaceum kaya dengan vitamin A, C, protein, karbohidrat, dan serat. Ia juga mengandungi mineral seperti kalsium, niacin, zat besi, potassium, fosforus, magnesium, dan zink.

Nak makannya pun senang. Korang just kopek kulitnya je. Isinya yang putih manis ni memang banyak khasiatnya. Ia memberi manfaat kepada kesihatan kita.

Nak tau tak apa khasiatnya? Jom baca sampai habis.

Banyaknya manfaat si buah rambutan.

Antara kebaikan buah rambutan kepada kesihatan dan kecantikan adalah seperti berikut;

Untuk kesihatan;
Banyaknya manfaat si buah rambutan.
Banyaknya manfaat si buah rambutan.

  • Dikatakan mampu merawat ulser mulut (mata ikan) dan bibir pecah-pecah. 
  • Menyihatkan mata, kerana adanya kandungan vitamin di dalamnya. 
  • Oleh kerana buah rambutan mengandungi flavonoid, ia dikatakan mampu menurunkan kolesterol jahat. (LDL). 
  • Buah rambutan kaya dengan zat besu. So, ia dipercayai boleh mengatasi masalah anemia. 
  • Menurunkan tekanan darah tinggi kerana adanya mineral penting yang di dalamnya. 
  • Dapat membantu mencegah sembelit kerana ia adalah buah yang kaya dengan serat, di mana ia mampu melancarkan sistem percernaan kita. Berfungsi sebagai sumber tenaga kerana kandungan karbohidrat dan protein yang ada dalam buah ini akan ditukarkan kepada bentuk tenaga.


Untuk kecantikan;
Banyaknya manfaat si buah rambutan.
Banyaknya manfaat si buah rambutan.

  • Protein yang ada dalam buah ini amat bagus untuk menggantikan sel-sel mati dan rosak dengan sel-sel yang baru dah sihat. So, ini akan menjadikan kulit mampu meremajakan kulit kita. 
  • Menyihatkan rambut kerana protein dan zink yang wujud dalam buah manis ini. 
  • Membantu dalam diet kita jugak sebab ia kaya dengan kalori dan serat. So, korang yang nak berdiet boleh selitkan menu buah ini dalam diet harian korang.

Sumber SINI

Tips kurangkan jerawat melalui pemakanan.

November 29, 2017 3 Comments
Tips kurangkan jerawat melalui pemakanan. | Assalamualaikum wbt. Mungkin sebelum ni kita tak tau pun yang sebenarnya masalah jerawat ni disebabkan oleh corak pemakanan kita. Sejujurnya pun, cikla baru tau. Kalau korang nak tau, masalah ni bergantung kepada macam mana badan kita memberikan reaction pada apa yang kita makan. Walaupun, bukan semua orang mengalami masalah ini seperti alahan kepada makanan berkacang dan berminyak, tapi ia tetap ada untuk sesetengah orang. Lagipun, bukan semua orang mempunyai kesan yang sama. Lain orang, lain kesannya. Betul tak?

Menurut Dr. Hasseenah Hassan, seorang pakar jerawat dan jeragat, beliau menekankan bahawa tak ada sebarang makanan yang boleh menyebabkan masalah jerawat pada kukit tapi ia lebih kepada reaction badan kita pada makanan tu sendiri. Katanya lagi, jerawat yang timbul adalah disebabkan oleh masalah gula dalam darah, stress yang melampau dan keradangan kulit kronik. So, makanan yang diambil mungkin boleh menjadikan keadaan bertambah buruk seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat secara berleluasa. 

Tips kurangkan jerawat melalui pemakanan.

Apakah makanan yang boleh menyebabkan jerawat?

Ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan jerawat timbul, iaitu;

Makanan yang diproses/ditinkan

Untuk pengetahuan korang, walau apa pun jenis makanan yang bukan dari sumber yang asli dianggap tak bagus untuk dimakan. So, elakkan mengambil makanan ini untuk mengurangkan masalah jerawat pada muka, leher dan bahagian belakang. Akan tetapi, ia tak cukup jugak untuk memulihkan masalah jerawat kronik sebab korang kena jugak mendapatkan nasihat pakar, rawatan dan ubat-ubatan.

Makanan berlemak dan bergoreng.

Sebenarnya, makanan sebegini mampu meningkatkan kandubgan glukosa atau gula dalam darag sebab ia dari karbohidrat dan lemak.

Makanan berkafein dan berkarbonat

Pengambilan makanan sebegini akan menyebabkan hormon penyebab stress dirembeskan oleh kelenjar adrenalin sekaligus ia akan mengganggu tidur korang. Macam yang korang tau, dalam minuman berkarbonat jugak mengandungi banyak gula iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk tiap-tiap satu tin minuman. Wah, banyaknya! Apa yang korang tak tau, kandungan gula yang banyak inilah yang akan menjadikan kulit muka berminyak dan pada yang memang sedia ada jerawat tu, memang bertambah-tambah lagilah masalah...

Makanan dari produk tenusu

Ada orang yang mungkin mengalami masalah alahan susu sebab di dalam produk tenusu biasanya ia mengandungi lemak dan hormon yang tinggi. So, kena elakkanlah.

Makanan dari karbohidrat yang diproses

Biasanya, makanan sebegini mengandungi gula yang tinggi di dalamnya.

Apakah pulak makanan yang boleh diambil untuk mengurangkan jerawat?

So, untuk mengelakkan dan mengurangkan masalah ni, korang boleh mengambil makanan berikut, iaitu;

  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. 
  • Ubah cara masakan seharian dengan cara yang lebih sihat seperti memanggang, stim, rebus dan bakar. 
  • Ambil makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, contohnya susu rendah lemak, roti bijirin penuh, ikan tuja, salad, jus buah termasuklah makanan organik. 
  • Minum air suam/masak yang cukup setiap hari, paling tak pun 2L sehari.

Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

27 November 2017

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

November 27, 2017 9 Comments
[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017. | Karnival Upin Ipin 2017 dah berakhir pun, semalam. Rasanya semua tau kot pasal ni. Semalam cikla pergi, walaupun hari terakhir karnival tu orang memang sangat sangat sangat ramai. Korang bayangkan kitaorang terpaksa beratur hampir sejam lebih untuk dapatkan tiket je. Memang menguji kesabaran sungguh. Tapi itulah. Demi memenuhi permintaan anak-anak, ku gagahi jua. Hehe. Walaupun harga tiket agak mahal, tapi berbaloi jugaklah. Harga parking pun boleh tahan mahal jugak, RM15 per entry. Mahal tak mahal. 

So, malas nak cerita banyak, cikla belanja gambar yang sempat kami snap dan posing semalam. Selamat mencuci mata...

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

Kenangan cikla sekeluarga semasa berada di Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017. Tempat yang paling menarik kami pergi adalah rumah opah. Memang sebijik macam rumah opah kat dalam cerita kartun Upin Ipin tu. Maskot yang sempat kami bergambar bersama pun cuma Tok Dalang dengan Opah je. Yang lain dah balik kot. Hehe... 

Dah dah.. Jom tengok sampai habis... 

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.
Time beratur nak beli tiket masuk. Korang tengok, panjang tak panjang barisannya. Haha. [ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.  

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.
Pintu masuk dewan karnival. [ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.
[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

Bergambar dengan Ultraman Ribut. [ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017. 

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.
[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.
[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.
[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.
[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.
Bergambar bersama watak animasi PUTERI.  [ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.
Tepi rumah opah.  [ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

[ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.
Bergambar dengan Tok Dalang. [ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

Bergambar dengan opah. [ENTRI BERGAMBAR] Karnival Upin Ipin Luarbiasa 2017.

Kalau korang tak sempat nak pergi karnival ni, korang pergi tahun depan ajelah. Tapi, memang seronok kat sini.  Sedangkan ibu bapa pun cikla tengok nampak happy kat sini, apatah lagi budak-budak kan. Diaorang lagilah double triple seronoknya. Anak cikla pun sama. Abang Ammar lagilah. Memang nak dia sangat excited. Lebih-lebih bila tengok dinosaur tu...

Video ni cikla rakam masa kat dalam umah 'nenek kebayan'. Budak-budak menang seram je. Ada yang menjerit takut... 

'cucu nenek ke tuuuu.... Hihihi... '



Seronoknya hati kan bila seorang ibu melihat anak-anaknya gembira. Itu pun dah rasa happy sangat.

Betul betul betul...

24 November 2017

Cara menghadapi temuduga dengan yakin.

November 24, 2017 4 Comments
Cara menghadapi temuduga dengan yakin. | Assalamualaikum wbt. Amboi, yakin sungguh tajuk entri ni ye. Hehe. Seingat cikla, last cikla pergi temuduga kira-kira 8 tahun lalu. Huishhh... Lama dah. Sebenarnya, sebelum korang nak pergi temuduga, korang mesti membuat persediaan yang cukup supaya korang lebih confident semasa proses temuduga itu berlangsung. 

Tapi, korang kena ingat. Korang bukan saja kena bersedia dari segi mental dan ilmu, tapi penampilan diri jangan dilupakan pulak. Bukan apa, kadang-kadang ada sesetengah kerjaya itu amat menitikberatkan cara korang berpakaian dan ia juga akan dinilai oleh orang yang menemuduga korang nanti. So, jangan ambil ringan. Ok!

Cara menghadapi temuduga dengan yakin.

Ada beberapa hal yang korang memang kena pastikan ia tip top supaya korang lebih bersedia sekaligus menyingkirkan rasa takut serta gementar bila tiba turn korang kelak. Jom baca tips yang cikla rasa amat berguna dan korang kena tau lebih-lebih korang yang baru pertama kali menghadiri temuduga. Jom semak!

Cara menghadapi temuduga dengan yakin.

Sebelum menghadiri temuduga, sebaiknya korang hubungi syarikat tersebut dan bertanya serba sedikit mengenai syarikat itu. Tapi, zaman dah moden dan canggih kan. Apa lagi, gunakanlah Internet tu untuk surf maklumat penting mengenai syarikat yang korang nak pergi tu. Lagi senang.

Sebaiknya, pakailah pakaian yang formal walaupun skop kerja yang korang nak apply tu mungkin membenarkan pekerja mereka berpakaian kasual atau simple. Bak kata pepatah, first impression tu amat penting. Lagipun, ia jugak menunjukkan korang serius nakkan kerja tersebut.

Sebenarnya, kalau korang nak tau pakaian formal je tak cukup kalau korang tak kemas dan rapi. Imej tu. Kemeja tu masukkanlah ke dalam dan pastikan kemeja dan seluar digosok tau. Rambut pulak janganlah serabai.  Sikat molek-molek. Baru nampak korang tu seorang yang profesional. Haaa.. Gitu. 

Mengenai aksesori pulak, boleh je kalau korang nak pakai. Tapi, janganlah nampak berlebihan dan sarat sangat. Kalau perempuan, nak pakai rantai boleh je. Tapi, janganlah sampai penuh leher tu. Lepas tu ada loceng-loceng pulak. Dah mengganggu sesi temuduga tu pulak nanti.

Apa pulak kesalahan yang biasa calon temuduga lakukan semasa temuduga?

Berikut merupakan beberapa kesalahan yang  biasa dilakukan semasa temuduga berlangsung, iaitu;

  • Datang lambat sebab ini akan menunjukkan yang korang tak berdisiplin dan tak menepati masa.
  • Tak prepare langsung tak kiralah dari segi ilmu. Ada pulak yang lupa nak bawak dokumen dan sijil berkaitan. Ish ish...
  • Semasa menjawab soalan, sangat terhad. Kalau korang nak tau, jawapan panjang membuatkan korang tak fokus, manakala jawapan yang pendek menunjukan korang kurang tarikan kepada temuduga itu. Apa yang terbaik, kalau ditanya soalan, tunjukkan minat korang dan jangan bersikap acuh tak acuh.
  • Bersikap tak sopan. Boleh pulak time penemuduga tu bertanya soalan, dia potong dulu cakap orang tu. Memang fail lah. Lepas tu, handphone pulak asyik tit tot tit tot... Apa yang bagus, sebelum masuk bilik temuduga tu off siap-siap handphone korang tu, dan bagi perhatian.

Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Karier.

5 kelebihan minum air panas untuk kesihatan yang mungkin korang tak tahu.

November 24, 2017 1 Comments
5 kelebihan minum air panas untuk kesihatan yang mungkin korang tak tahu. | Assalamualaikum wbt. Mungkin ramai yang dah tahu atau tak tahu langsung sebenarnya memang banyak kelebihannya minum air panas terutama untuk kesihatan. Kalau korang belum tahu lagi, meh baca apa yang cikla nak share ni. Bukan apa, mungkin ada di antara kelebihan yang mungkin korang akan rasa tak percaya.

Jom baca sampai habis...

5 kelebihan minum air panas untuk kesihatan yang mungkin korang tak tahu.

Sebenarnya memang banyak kelebihan minum air panas ni. Tapi, cikla share dengan korang lima je. Yang lain cari sendiri. Hehe. 

5 kelebihan minum air panas untuk kesihatan yang mungkin korang tak tahu.

Antara kelebihan minum air panas adalah seperti berikut;

Menurunkan berat badan

Wow, iye ke ni? Macam tak percaya je. Tapi, orang cakap belum cuba, belum tahu kan. Betul tak? Untuk pengetahuan korang, tabiat meminum air panas adalah salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan sebab air panas dikatakan boleh meningkatkan metabolisme termasuklah berlakunya pencairan lemak badan.

Melancarkan sistem penyahtinjaan. 

Setiap pagi, sebelum korang bersarapan atau mengambil makanan lain, seeloknya amalkan meminum air panas. Hal ini kerana, ia akan menjadikan korang lebih senang nak membuang. Jadi lancar gitu. Lagipun, air panas boleh menolong meningkatkan pergerakan usus sekaligus menjadukan usus lebih mudah dibersihkan.

Melancarkan peredaran darah

Peredaran darah yang kurang baik akam menjadikan kita menjadi letih dan lesu. Tapi takpe. Korang boleh atasi masalah ni dengan meminum segelas air panas suam pada setiap lagi dan selepas makan. Ini akan meningkatkan fungsi menjadikan peredaran darah dan saraf menjadi lebih baik.

Meningkatkan fungsi otak

Amalan meminum segelas air panas suan dengan sedikit madu lebah dapat membantu memberi tenaga pada otak sekaligus meningkatkan fungsinya. Kesan pengeringan badan boleh menyebabkan korang pengsan ataupun pitam secara tiba-tiba.

Bagus untuk mendetokskan badan.

Memang tak dinafikan, kalau kita minum air panas, badan kita automatik akan berpeluh. Betul tak? So, peluh yang 'terbit' itu dapat membantu menyingkirkan kekotoran dan toksin yang ada dalam badan kita.

Jom amalkan meminum air panas demi kesihatan yang baik. Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Info Sihat.

23 November 2017

Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.

November 23, 2017 5 Comments
Ujian biopsy untuk bengkak tiroid. | Assalamualaikum wbt. Apabila seseorang pesakit tiroid itu mempunyai bengkak di bahagian hadapan leher iaitu di kelenjar tiroid, dia mesti melakukan ujian biopsy untuk menentukan sama ada bengkak tersebut adalah benign atau malignan (bahaya). Mungkin ada yang tak tau apakah itu kelenjar tiroid.

Kalau korang nak tau dan kalau yang dah tau nak refresh balik, korang klik link di bawah ni...


Cikla ingat lagi, dulu sebelum cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy untuk membuang kedua-dua belah kelenjar tiroid cikla ni, cikla memang ada buat ujian biopsy. Ujian biopsy dilakukan pada nodul sebelah kanan kelenjar tiroid cikla, yang sebelah kiri iaitu bengkak yang lebih besar (almost 5 cm) takde buat ujian ni pun.

Hasil awal biopsy tu menunjukkan suspek kanser.

Allahu... Time dengar doktor cakap memang tergamam. So, nak tak nak memang cikla kena buat pembedahan buang kesemua tiroid jugak. Tapi, takpelah. Cikla redha dah. Ini ujian untuk cikla. Tapi, cikla syukur cikla sihat. Alhamdulillah. 

Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Sebenarnya, cikla nak share jenis-jenis biopsy yang mungkin akan dijalankan ke atas seseorang pesakit yang mempunyai bengkak dilehernya. Kalau korang nak tau, bukan untuk bengkak tiroid je biopsy ni, tapi untuk penyakit lain pun ada menggunakan ujian ni, contohnya untuk mengesan kanser payudara dan lyphoma (betulkan kalau cikla salah).

Apakah jenis-jenis ujian biopsy untuk bengkak tiroid?

Menurut Prof. Rohaizak Muhammad, pakar endokrin dan payudara PPUKM, biopsy sebenarnya adalah dalam banyak bentuk.

Antaranya adalah, cara pertama adalah dengan menggunakan jarum halus iaitu FNAC (Fine Needle Aspiration Cytology) yang mana jarum halus tersebut akan dicucuk pada bengkak bagi mengambil sampel dari bengkak tersebut untuk diuji.

Kadang-kadang, ia dikenali sebagai FNA atau FNAB (Fine Needle Aspiration atau Fine Needle Aspiration Biopsy).

Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.
Ujian biopsy untuk bengkak tiroid. Kredit Google. 

Cara kedua untuk tisu diambil adalah dengan cara yang lebih besar iaitu core biopsy.

Ia biasanya adalah dengan menyuntik sedikit ubat bius pada kulit. Akan tetapi, cara ni jarang dilakukan untuk tiroid tapi mungkin dilakukan untuk bengkak kelenjar.

Cara ketiga ialah biopsy secara pembedahan iaitu dengan membuang sebahagian dari bengkak incision biopsy dan cara ni juga jarang dilakukkan.

Tapi, kalau semua cara yang disebutkan di atas tak berjaya memberi diagnosis yang conclusive, doktor akan melakukan kaedah membuang kelenjar atau bengkak tiroid untuk  menentukan kanser atau tidak melalui cara keempat, iaitu dengan melakukan kaedah sama ada excision biopsy, lobectomy atau hemithyroidectomy.

Untuk pengetahuan korang, cara biopsy 1 dan 2 dilakukan supaya kanser dapat dikesan dan didiagnos lebih awal. So, nanti pembedahan hanya sekali saja, iaitu membuang kedua-dua kelenjar tiroid sekaligus.

Untuk cara biopsy 3 dan 4, katakanlah selepas pembedahan didapati ada kanser, pesakit kena melakukan pembedahan sekali lagi untuk membuang semua tiroid.

Semoga info ini memberi manfaat dan sedikit ilmu pada yang memerlukan.

21 November 2017

Manushi Chhillar, Miss World 2017.

November 21, 2017 9 Comments
Manushi Chhillar, Miss World 2017. | Assalamualaikum wbt. Miss World 2017 telah berakhir pada Sabtu lalu. Acara gemilang ini telah diadakan di Sanya City Arena, Sanya, China. So, gelaran itu telah dimahkotakan kepada Manushi Chhillar dari India. Wah wah wah, setelah selepas 17 tahun gelaran itu kembali semula kepada India.

Manushi Chhillar, Miss World 2017.
Manushi Chhillar, Miss World 2017. Kredit Google. 

Memang cantik si Manushi ni. Kalau korang nak tau, si cantik yang berusia 20 tahun merupakan seorang pelajar perubatan ini adalah anak kepada pasangan doktor. Dalam menyatakan keterujaannya merangkul gelaran itu, dia merasa sangat gembira sebab berjaya membanggakan India, dan tak sabar untuk menjalankan amanah dan tugasnya sebagai seorang ratu.

Manushi Chhillar, Miss World 2017.

Berikut merupakan pose terbaik si cantik ni...

Manushi Chhillar, Miss World 2017.
Manushi Chhillar, Miss World 2017. Kredit Google. 

Manushi Chhillar, Miss World 2017.
Manushi Chhillar, Miss World 2017. Kredit Google. 

Manushi Chhillar, Miss World 2017.
Manushi Chhillar, Miss World 2017. Kredit Google. 

Manushi Chhillar, Miss World 2017.
Manushi Chhillar, Miss World 2017. Kredit Google. 

Tahniah sekali lagi....

Sumber Harian Metro.

Apa kaitan warna pakaian dengan mood seseorang? Nak tau, jom baca ni...

November 21, 2017 6 Comments
Apa kaitan warna pakaian dengan mood seseorang? Nak tau, jom baca ni... | Assalamualaikum wbt. Ada orang sangat mementingkan warna dalam memilih pakaian yang akan digayakan sebab mereka percaya ia sangat berkait rapat dengan mood serta emosi mereka. Sebenarnya, iye. Memang secara tak langsung ia turut memberi kesan terhadap apa yang korang lakukan sehari-hari. Ia bukan saja melibatkan pakaian yang dipakai, malah ada orang sangat menitikberatkan pilihan warna yang sesuai dalam rumah mereka terutama dalam bilik. Inspirasi dan ketenangan...

Apa kaitan warna pakaian dengan mood seseorang? Nak tau, jom baca ni...

So, dalam pemilihan warna pakaian pulak, semestinya ia akan menyerlahkan mood seseorang itu lebih-lebih lagi mood gembira. Apa kata korang baca apa yang cikla nak share ni. Jom baca sampai habis...

Apa kaitan warna pakaian dengan mood seseorang? Nak tau, jom baca ni...

Berikut merupakan beberapa jenis warna dan kaitannya dengan penampilan serta emosi si penggaya pakaian tersebut. Ia adalah;

  • Bagi mereka yang menginginkan ketenangan, pilihlah warna BIRU. Begitu jugak kalau korang mengalami tekanan, warna ni mampu menenteramkan perasaan korang tu. Bila rasa sedih pulak, si warna biru boleh menjadikan korang lebih bersemangat dan kuat untuk mengatasi masalah yang dihadapi. So, jangan lupakan si biru ini. Ok! 
  • Tak dinafikan, warna KUNING mampu memberi keceriaan kepada korang yang sedang berduka. Selain itu, warna ni selalu dikaitkan dengan inspirasi dan kebijaksanaan. 
  • Kalau korang jenis yang suka 'menarik perhatian' orang sekeliling, warnan yang sesuai dengan korang adalah MERAH. Selain itu, warna ini jugak selalu dikaitkan dengan rasa ghairah, romantik dan berani. Merah membara, semangat waja. Gituuu... Hehe. 
  • Cikla perasaan ada orang suka pakai warna OREN. Pada cikla, warna oren ni lebih menyerlah dari merah, lebih-lebih lagi yang jenis terang. Itu sebabnya, warna oren jugak boleh digayakan oleh orang yang suka menarik perhatian. Selain itu, ia jugak menjadikan korang lebih bersemangat dan menenangkan. Tapi itulah, warna oren ni macam payah sikit nak match dengan warna kulit kita kan yang kebanyakannya sawo matang ni. Kalau yang jenis putih melepak tu oklah, memang cantik kalau pakai warna oren ni. So, korang kena pandai bereksperimentasi, tengok mana yang padan dengan . 
  • Warna ni memang warna kegemaran cikla, warna HIJAU. Warna ni sememangnya mampu memberi ketenangan kepada si pemakainya. Selain itu, ia jugak boleh mengurangkan tekanan dan akan rasa lebih fresh. Sebab itu, orang cakap, kalau nak tenang pandanglah benda-benda yang hijau macam gunung ganang, sawah padi, dan pokok-pokok. Tenang je rasa. Tak caya, cubalah sendiri...

Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Stailo, KOSMO!

20 November 2017

NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian.

November 20, 2017 6 Comments
NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian. | Assalamualaikum wbt. Korang perasan tak, drama yang selalu ditayangkan pada pukul 4 petang kat TV3 tu dah digantikan dengan drama bersiri Bollywood. Drama memula tu, apa tah tajuknya cikla tak ingat. Yang cikla ingat, 'zindage'. Hehe.

So, dengan berakhirnya cerita berikut, maka bermulalah cerita terbaru iaitu NAAGIN.

Kalau korang nak tau, naagin ni bermaksud ular jadian. Memang iyelah. Memang cerita ni berkisarkan ular jadian yang nak balas dendam. Episod pertama memang cikla tak tengok.  Tapi, bila tengok episod kedua dan yang sekarang ni memang best jalan ceritanya.

Penuh konflik dan drama.

Apa kata kita baca sinopsis penuh drama ni.

NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian.

Sinopsis. (Sumber ramenpedas.com)

NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian.
NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian. Kredit Google. 

Naagin adalah sebuah kisah seorang gadis cantik jelmaan ular bernama Shivanya (Mouni Roy) yang mahu membalas dendam di atas kematian ibu bapanya. Usahanya ni turut mendapat bantuan rakan dan sepupunya bernama Sesha.

Semasa peristiwa pembunuhan tersebut yang mana berlaku 20 tahun lepas ketika Shivanya masih kanak-kanak, ia melibatkan 5 orang pembunuh, tapi Shivanya hanya dapat melihat 3 orang sahaja iaitu Ankush, Viren dan Shailesh yang  telah membunuh ibu bapa Shivanya untuk mengambil Naagmani (permata), tapi gagal.

Untuk melancarkan rancangan dendamnya itu, Shivanya telah berkerja di rumah Ankush sebagai orang gaji. Rithik (Arjun Bijlani), anak Ankush kemudiannya telah jatuh cinta pandang pertama pada Shinvanya.

Setelah mengetahui tentang perasaan Rithik terhadap dia, Shivanya mengambil kesempatan itu dan akhirnya berkahwin dengan Rithik demi memudahkannya membalas dendam. Sebagai langkah pertama, Shivanya telah membunuh Viren, pembunuh yang pertama.

NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian.
NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian. Heroin cerita Naagin, Mouni Roy. Dia inilah si naagin itu. Cantikkan dia. Kredit Google. 

Ankush dan rakannya seakan menyedari adanya naagin dalam kehidupan mereka, mereka mula mendapatkan bantuan daripada Guru Maa. Guru Maa telah memberikan mereka sebentuk cincin yang kononnya boleh melindungi mereka daripada naagin tersebut.

Selepas itu, Shivanya dan Sesha telah membunuh rakan Ankush iaitu, Suri apabila Shivanya mengetahui daripada Sesha bahawa dia adalah pembunuh yang keempat. Walau bagaimanapun, Shivanya tak mampu membunuh Shailesh, pembunuh yang ketiga.

Tak lama selepas itu, Shivanya akhirnya sedar yang Rithik memang seorang yang baik dan tak mengetahui perbuatan jahat bapanya. Akhirnya, Shivanya mula jatuh cinta pada Rithik. Tapi, sepupu Shivanya, Sesha rasa kecewa sebab dia fikir Shivanya tak akan membunuh Ankush kerana cintanya terhadap Rithik.

Selepas itu, Sesha dan Shivanya menghadapi pula musuh baru, termasuk Kabir. Kemudian, Shivanya tahu yang isteri Ankush ini, Yamini adalah pembunuh kelima dan dia juga mengetahui bahawa Rithik rupanya bukan anak sebenar Ankush dan Yamini.

NAAGIN : Kisah dendam si ular jadian. Hero cerita Naagin, Arjun Bijlani. Kredit Google. 

Mereka sebenarnya telah menculik bapa sebenar Rithik kerana hanya bapanya dan Rithik saja yang boleh memegang Naagmani kerana tanda yang ada pada badan mereka. Sesha pula mula jatuh cinta kepada Rithik kerana sifat penyayang dan prihatin lelaki itu.

Bila Yamini mengetahui perasaan Sesha kepada Rithik, dia telah menghasut Sesha untuk mengkhianati Shivanya. Yamini tahu yang Shivanya dan Sesha adalah naagin. Akhirnya, dek kerana obsesnya Sesha kepada Rithik dan Naagmani, dia termakan hasutan itu dan menjadi musuh kepada Shivanya.


Dapatkah Shivanya melunaskan semua dendamnya? Baca sambungan sinopsis ni lagi.

Shivanya akhirnya berjaya membunuh Ankush tetapi Rithik telah menyaksikan pembunuhan bapanya dan mendapati Shivanya adalah naagin. Rithik mula membenci Shivanya, walaupun hatinya masih amat mencintai Shivanya.

Kemudian, Queen Avantika adalah seekor lebah jelmaan juga mahukan Naagmani. Rithik yang tidak lama kemudian telah mengetahui mengenai kebenaran tentang Yamini yang jahat lalu dia turut menyertai Shivanya untuk melindungi Naagmani dari Avantika.

Bak kata pepatah, pahit akan manis akhirnya, Shivanya dan Rithik pun bersama, dan keadaan ini mengakibatkan Shivanya kehilangan kuasanya. Walau bagaimanapun, dia dan Rithik berjaya untuk menyelamatkan Naagmani dan mengalahkan Sesha, Yamini dan Avantika. Shivanya akhirnya mengandung, dia dan Rithik dapat hidup bersama.

Happily ever after, bak kata orang putih.

.... Wah wah, panjang sungguh sinopsisnya kan. Dah macam cerpenlah pulak. Tapi, serius cerita ni memang best. Walaupun semua pelakon macam asing je bagi cikla, iyelah tak pernah tengok pun cerita lakonan dioarang sebelum ni, tapi lakonan diaorang memang mantap.

Memang real lah, lebih-lebih lagi time Shivanya nak jadi ular...

Nak tau best ke tak, korang kenalah tengok. Cerita ni sekarang sedang ditayangkan di tv3 setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4 petang selama sejam. Katanya, dekat saluran astro TARA HD tengah tayang untuk season 2. Tapi cikla rasa kat youtube pun ada dah cerita ni...

Dengar-dengar cerita popular ni ada 3 season. Yang ni season 1. 

Happy watching... Have fun!

17 November 2017

segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah.

November 17, 2017 5 Comments
segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah. | Assalamualaikum wbt. Jom join segmen bloglist ni. Nak join klik kat banner di bawah ni. 

segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah.
segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah. 

segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah. 


Syaratnya sangat senang. Just follow blog Cikgu Ayuinsyirah je. Senang bukan? Apa lagi, jom kita join ramai-ramai. 

Segmen berlangsung dari 11 November 2017 hingga 11 Disember 2017. Lama jugak tu, lebih kurang sebulan. Memang sempat sangat nak join. 

Selamat bersegmen semua. Semoga ada rezeki kita terpilih masuk bloglist blog yang awesome ni... 

Join cepat... 

15 November 2017

Cara nak pilih warna pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit.

November 15, 2017 4 Comments
Cara nak pilih warna pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, pemakaian pemerah pipi adalah sangat penting jugak sebab ia dapat menjadikan wajah kita lebih berseri sekaligus menjadikan warna kulit kita lebih cantik. Akan tetapi, pemilihan jenis pemerah pipi ni jugak penting sebab pemerah pipi ni ada banyak jenis.

Biasanya, pemerah pipi ni adalah dalam bentuk serbuk dan bentuk krim. Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, elok gunakan pemerah pipi dalam bentuk serbuk sebab ia boleh tahan lebih lama.

Selain itu, untuk mereka mempunyai kulit jenis kering, pemerah pipi jenis krim adalah sangat sesuai untuk mereka. Ini kerana, ia akan membuatkan wajah korang lebih shining. Tapi, korang kena ingat, kalau korang pilih pemerah pipi jenis cair, korang kena berhati-hati sebab ia akan mudah hilang kalau disapu terlalu kuat.

Walaupun begitu, kelebihan pemerah pipi jenis ni adalah ia akan memberikan kesan yang cepat dengan warna yang menyerlah.

Cara nak pilih pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit.

Oleh itu, bukan semua warna pemerah pipi match dengan semua orang. Sebab itu, pemerah pipi yang ada di pasaran adalah dalam pelbagai warna mengikut warna kulit. So, untuk memilih warna pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit kita pun ada tipsnya.

Cara nak pilih warna pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Jom baca apakah tipsnya ye...

Untuk yang berkulit cerah, pemerah pipi berwarna lembut adalah sangat sesuai untuk korang seperti light pink dan peach. Hal ini kerana, warna-warna sebegini adalah sama dengan warna semulajadi bibir mereka yang berkulit cerah. Tapi, korang kena ingat jangan letak terlalu tebal sampai nampak berlebihan dan jadi tak semulajadi dah kalau macam tu. 

Untuk mereka yang berkulit terlalu putih dan pucat pulak, warna oren lembut sangat sesuai untuk korang. Beautiful!

Mereka yang mempunyai kulit sawo matang, untuk nampak fresh, warna-warna seperti Aprikot, light purple dan beri lembut adalah sangat sesuai untuk korang. Di samping itu, korang boleh jugak gunakan warna ros tapi dalam kadar yang sederhana akan memberikan kesan makeup semulajadi. 

Gunakan jugak warna gangsa untuk membuat kontur pipi.

Bagi mereka yang berkulit gelap pulak, warna yang sesuai dengan mereka adalah warna nuansa merah, oren, coklat dan merah bata. Ini kerana, warna sebegini akan beri effect yang lebih baik, sekaligus ia akan membentuk kontur pada pipi. 

Selain itu, warna tangerin dan raisin jugak sesuai untuk si kulit gelap ini.

Sumber Ruangan Stailo, KOSMO!

Selamat jalan Nuan Nuan.

November 15, 2017 2 Comments
Selamat jalan Nuan Nuan. | Assalamualaikum wbt. Rasanya cerita pasal anak panda gergasi yang lahir di Malaysia, Nuan Nuan yang dihantar balik ke China mendapat liputan meluas tak kira media cetak dan elektronik. Cikla pun ada jugak tengok cerita pasal ni disiarkan di berita. Pada yang tak tau, Nuan Nuan adalah anak 'hasil perkongsian' hidup 2 ekor panda gergasi iaitu Xing Xing (panda jantan) dan Liang Liang (panda betina) selepas 15 bulan tinggal di Malaysia. Nuan Nuan dilahirkan pada 18 Ogos 2015. Haiwan comel tu sekarang membesar bagai johan, seberat 90 kg. Wow, berat tuuuuu... 

Selamat jalan Nuan Nuan.
Selamat jalan Nuan Nuan. Sumber Google. 

So, sekarang Nuan Nuan sudah berumur 26 bulan. Ekoran genapnya usia Nuan Nuan 2 tahun lebih, Nuan Nuan perlu dipulangkan semula kepada China berdasarkan kepada Perjanjian Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi yang ditandatangani bersama dengan kerajaan China pada Jun 2012.

Selamat jalan Nuan Nuan.

Dari apa yang cikla baca dari akhar KOSMO! sejak semalam emosi anak panda tu macam tak ceria padahal sebelum ni Nuan Nuan memang seekor panda yang aktif. Ish ish ish, dia macam tau-tau je akan berpisah dari ibu dan ayahnya. Tengok, binatang pun tau beremosi kan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAB Kargo Sdn. Bhd, kos penghantaran Nuan Nuan adalah kira-kira RM400,000. Ia merupakan kos penerbangan haiwan yang paling mahal setakat ini dalam negara.

Selamat jalan Nuan Nuan.
Selamat jalan Nuan Nuan. Sumber Google. 

Nuan Nuan sudah selamat dihantar ke Pangkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China semalam.

Selamat jalan Nuan Nuan...

SPM Fever Giveaway.

November 15, 2017 1 Comments
SPM Fever Giveaway. | Assalamualaikum wbt. Rasanya peperiksaan SPM dah berakhir kot, ke belum lagi. Iyelah.. Paper banyak tu. Tapi, walaupun SPM sudah berakhir, SPM FEVER GIVEAWAY ni belum berakhir lagi. So, pada sesiapa yang belum join tu, jemputlah join. Dengar-dengar hadiahnya pun lumayan sih. Memang rugi kalau tak join. Thanks pada Abam Kie invite cikla join. 

So, jom kita baca apa ceritanya ye... 

SPM Fever Giveaway.


SPM Fever Giveaway.
SPM Fever Giveaway.

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari ini, 6 Nov 2017, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Fever Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Full Edit Blog X 1 pemenang

Hadiah Kedua: RM30 X 1 pemenang

Hadiah Ketiga: Instant Shawl X 2 pemenang

Hadiah Keempat: Preloved Novel X 3 pemenang

Hadiah Kelima: Buku Agama X 1 pemenang

Hadiah Keenam: Buku Cerita dan Year Planner X 1 pemenang

Hadiah Ketujuh: RM20 X 3 pemenang

Hadiah Kelapan: RM10 X 5 pemenang

Hadiah Kesembilan: Topup RM10 X 8 pemenang


Kesemuanya 25 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:


1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie * Henrietta Jose * Aira * Najah Mustapa * Mamapipie * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

2. Follow instagram berikut: (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Hernee Nazir * Najah Mustapa * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

3. Like Facebook berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * JMBelog * Shalimar Yusof * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu *

4. Follow Google Plus berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * Sheila Adziz *
Shikin Razali *

5. Letakkan URL Blog Mamapipie di dalam blog list anda.

6. Buat entri bertajuk 'SPM Fever Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Dengan tidak melebihi 100 patah perkataan, tuliskan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menduduki SPM dahulu. Contohnya, terlewat bangun, terlupa membawa MyKad, terpaksa ambik periksa di dalam wad, terkantoi dengan pengawas SPM dan sebagainya. Perenggan ini hendaklah ditaip di dalam entri anda dengan menggunakan huruf italic. Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan coretan pengalaman yang paling menarik dan asli (authentic).

9. Terbitkan

10. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini.

Jom klik di SINI jika nak join SPM Fever Giveaway.

Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 30 November 2017.

SEKIAN. TERIMA KASIH. 


Pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menduduki SPM dahulu. 


So, bila bercerita pasal kenangan masa SPM satu je yang cikla tak boleh lupa adalah rasanya masa tu paper Bahasa Inggeris. Biasalah masa tu pergi sekolah naik bas dan musim hujan. Time nak pergi tu baru lepas hujan dan hujan pun masih renyai-renyai. Biasalah kan kalau hujan mesti banyak lopak air. Sekali tengah jalan kat tepi jalan raya tu, ada kereta langgar air memang kena kat cikla. Habis basah sekerat baju sekolah. Tapi, nak buat macam mana. Pergi jugaklah. Dah lambat pun ye jugak. Huhu... 

Good luck pada yang join. All the best. 

14 November 2017

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN.

November 14, 2017 3 Comments
GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN. | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Cikla join giveaway lagi. Bukan apa, bila tengok senarai hadiahnya, terus rasa nak join. Manalah tau ada rezeki kan. Korang kalau nak join jugak, klik je banner kat bawah tu. 

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN.
GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN. 

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN. 


Syaratnya yang senang iaitu follow media sosial MiaKassim dan korang kena beri komen ikhlas mengenai blognya ini. So, sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan, komen cikla mengenai blog MiaKassim adalah seperti berikut : 

Pada pendapat cikla, blog MiaKassim ni memang bagus. Tak kiralah dari segi pengisian blog dan jugak masa loading yang sangat cepat. Senang cakap, loading tak lamalah. Nak bukak blog ni pun cepat je. 

Kepada MiaKassim, keep writing dan semoga terus sukses dalam apa jugak yang dilakukan terutama dalam dunia blogging. Tahniaj jugak dah 10 tahun berkecimpung dalam dunia blogging. Cayalah... 

So, giveaway berakhir pada 20/11/2017, pukul 11.59 malam dan pemenang akam diumumkan pada 25/11/2017. Hadiahnya memang WOW lah. Rugi tak join tau. Manalah tau ada rezeki kan. Bak kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang menyangka..." Betul tak? 

Apa lagi, cepat-cepat join. Good luck pada yang join ye, termasuklah saya. Hehe... 

Jom hilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda) dengan tips ini.

November 14, 2017 1 Comments
Jom hilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda) dengan tips ini. | Assalamualaikum wbt. Memang tak dinafikan, sesetengah orang mempunyai lingkaran gelap di bawah matanya. Keadaan ini lebih dikenali sebagai mata panda. Lingkaran gelap ini akan menyebabkan seseorang itu  mempunyai mata yang kusam, lesu dan tak menarik, sekaligus dia akan nampak lebih matang dari usianya. Kalau mereka yang ada duit lebih tu, boleh pergi ke spa untuk merawat masalah ini tapi kadangkala ia tak berkesan pun. Orang cakap, duit habis, tapi hasil tak memuaskan hati langsung.

Jom hilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda)  dengan tips ini.

Sebenarnya, ada cara tradisional yang boleh mengatasi masalah ni. Cara sebegini bukan saja selamat dan semulajadi kerana kita bebas dari bahan kimia yang mungkin memudaratkan, tapi apa yang penting ia sangat murah dan tak payah nak keluar duit banyak-banyak. Nak tau tak macam mana caranya? Jom baca apa yang cikla nak share dengan korang ni...

Jom hilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda)  dengan tips ini.

Rasainya kesegaran timun yang ternyata lebih murah dan selamat. Caranya sangat senang, iaitu ambil sebiji timun dan bersihkan. Kemudian, hiris timun itu nipis-nipis dan lekapkan pada mata korang semalaman. Bila bangun dari tidur keesokan paginya, bersihkan mata korang tu dengan air. Timun dipercayai boleh memberi kesegaran kepada mata yang lesu. 

Kalau korang membancuh teh, jangan buang uncangnya. Banyak gunanya tau. Antaranya adalah, ia boleh membantu mengatasi masalah mata panda ni. Korang just lekapkan uncang teh yang telah digunakan tu pada mata korang around 20 minit, sebelum dicuci dengan air bersih. Korang boleh gunakan uncang teh hijau sebab ia dipercayai sangat bagus merawat masalah ini. Selain itu, uncang teh jugak dikatakan boleh mencerahkan sekaligus menghaluskan kulit di bahagian bawah mata dan bertindak sebagai antistres. Cubalah! 

Kebaikan buah tomato memang tak boleh disangkal lagi. Selain ia bagus untuk kesihatan, ia jugak bagus untuk kecantikan jugak. Kandungan yang ada di dalam buah ajaib ni dipercayai dapat membantu mencerahkan kulit dan mengatasi masalah mata panda ni. Korang just hiris nipis buah tomato dan lekapkan je pada mata selama 20 - 30 minit sebelum korang membilas muka korang dengan air bersih. 

Perahan lemon jugak dipercayai boleh membantu mengatasi masalah ini. Caranya yang sangat senang, korang just perahkan sebiji buah lemon yang fresh, kemudian sapukan pada bahagian mata korang yang bermasalah tu secara nipis. Untuk kesan yang bagus, buat setiap hari.  Sari lemon dikatakan mempunyai macam-macam kebaikan di mana ia dapat membantu menghilangkan kesan hitam sekaligus menjadikan kulit korang lebih berseri-seri.

Kalau sebelum ni kita guna kentang dalam masakan, sebenarnya ia jugak boleh membantu mengatasi masalah lingkaran mata gelap ni. Korang ambil sebiji kentang dan basuh bersih-bersih. Selepas itu, kupas kulitnya dan hiris nipis. Kemudian, lekapkan pada mata korang selama 10 - 20 minit. Kesannya sangat bagus untuk menghilangkan kesan gelap ni seterusnya mencerahkan kulit dan nampak lebih sekata.

Selain tips ni, korang mestilah banyak minum air putih untuk mengelakkan badan dan muka menjadi lesu disebabkan kekurangan air. Kalau tak, kulit akan menjadi kering dan proses penuaan lebih cepat berlaku. So, sebab itulah amat penting untuk meminum air yang secukupnya demi mengelakkan ini semua berlaku.  Lagi satu, elakkan dari tidur lambat dan pastikan diri korang tu mendapat rehat yang cukup, selain dari mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Tips Cantik.






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.