Tips untuk wanita : Macam mana nak memastikan Miss V wangi sentiasa sepanjang hari.

By Cikla Shahril - October 06, 2017

Cikla percaya semua wanita mengidamkan miss V yang sentiasa berbau harum dan wangi kan? Betul tak? Tapi, kalau korang nak tau bukan senang nak mendapatnya tanpa gaya hidup yang baik dan makanan berkhasiat. 

Walaupun begitu, ia adalah normal kalau bahagian intim tak berbau harum sebab miss V adalah organ dapat mengekalkan pH yang sihat secara sistematik.

Ada kalanya, miss V akan mengeluarkan cecair putih dan berbau sedikit asid, jangan risau. It's normal, sebab ia dikatakan sebagai pelepasan sihat dalam proses ovulating

Tapi, kalau korang merasa gatal, sakit, miss V berbau kurang enak dan keluar cecair dengan warna pelik itu tandanya miss V mengalami jangkitan dan cepat-cepat berjumpa doktor.

Tips untuk wanita : Macam mana nak memastikan Miss V wangi sentiasa sepanjang hari.

Tapi, korang jangan risau sangat. Ada caranya macam mana nak memastikan miss V wangi sentiasa sepanjang hari. Nak tau tipsnya? Jom baca apa yang cikla nak share ni.

Antara tips mudah yang korang boleh cuba untuk memastikan keharuman miss V, adalah seperti berikut;

-1- Elakkan mencuci miss V dengan menggunakan sabun biasa atau sabun badan. Sebenarnya, bahagian luar miss V boleh dicuci dengan menggunakan air atau cecair pencuci bahagian intim yang lembut. Itu pun cuci sekali sehari je, cukup dah. Lagipun, kalau korang nak tau sabun biasa tu selalunya mengandungi bahan alkali yang terlalu keras. Ia akan menyebabkan ketakseimbangan tahap pH di kawasan tersebut dan bau serta gatal-gatal di kawasan itu. 

-2- Sebaiknya, pakai pakaian yang longgar dan tak terlalu ketat. Pakaian yang longgar memudahkan pengaliran udara berlaku. Ia dapat menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria. 

-3- Kita sangat digalakkan minum air yang banyak sebab ia membantu menyahkan toksin dari badan. 

-4- Seeloknya, selalu mencukur bulu di bahagian terbabit sebab ia boleh memerangkap peluh khususnya seterusnya menyebabkan wujudnya bau kurang enak.

-5- Selepas korang bersenam, sebaiknya cuci bahagian tersebut dengan air suam dan minumlah makanan serta minuman probotik supaya dapat membantu kesihatan miss V.

Semoga selepas ni kita menjadi lebih pekat terhadap kebersihan dan kesihatan bahagian yang satu ini. Bukan apa, kadang-kadang bukan 'bau' yang kita penting, cukuplah kita sentiasa sihat dan bebas dari penyakit.

Semoga bermanfaat.

Sumber Majalah Wanita Ogos 2017.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Sebenarnya mmg x elok cuci miss v dengan sabun Kan.. Tq for tips

    ReplyDelete
  2. nice sharing...selain bahan pencuci miss v, faktor lain kena ambil berat jugak...hihii..baru tahu...tq infonya sis :)

    ReplyDelete