Tips turunkan paras gula dalam badan.

By Cikla Shahril - October 11, 2017

Cikla rasa kat Malaysia, pertambahan pesakit kencing manis atau diabetes semakin meningkat saban tahun. Mengapalah agaknya keadaan ni berlaku ye. Adakah dari corak pemakanan kita yang tak betul atau kegagalan kita untuk bersenam demi kesihatan?

Untuk pengetahuan korang, pengambilan gula berlebihan bukan saja boleh menyebabkan diabetes, malah ia jugak boleh menjadi punca kepada kerosakan gigi, disebabkan oleh gula yang menjadi makanan kepada bakteria yang ada pada plak di gigi kita. 

Tindakbalas ini akan menyebabkan bakteria tersebut menghasilkan asid yang merosakkan enamel gigi kita.

Selain dari itu, gula jugak boleh menyebabkan obesiti kerana kalori berlebihan dihasilkan daripada gula. Ia akan menambah tenaga iaitu kalori tanpa menambah nutrien lain dalam diet harian kita. 

Kalau korang nak tau, lebihan kalori yang telah digunakan itu akan disimpan sebagai lemak dan sebab itulah kita menjadi semakin gemuk. Gula berlebihan ini akan ditukarkan dalam bentuk glikogen yang mana ia merupakan simpanan  sumber tenaga atau ia akan disimpan sebagai lemak.

Tips turunkan paras gula dalam badan.

Walaupun tiada bukti yang menunjukkan gula berkaitan secara langsung dengan kencing manis, tapi gula boleh menyebabkan obesiti atau kegemukan. Keadaan obesiti ini akan menggalakkan penyakit kencing manis terjadi.

Pendek kata, semakin tinggi pengambilan gula, semakin tinggi menjadi obes, seterusnya risiko terkena kencing  manis pun meningkat jugak. 

So, kita sepatutnya peka dengan keburukan jika mengambil gula secara berlebihan. Apa kata jom kita praktikkan tips ni untuk menurunkan paras gula dalam badan kita. Teruskan pembacaan korang ye.

Langkah paling mudah adalah dengan mengurangkan makanan atau minuman yang mengandungi gula yang tinggi, sebaliknya korang ambillah makanan atau minuman yang mengandungi gula yang rendah. 

Cikla tau, nak berhenti drastik memang agak susah kan. Iyelah, perkara yang kita selalu buat, macam agak payah nak terus stop. Tapi, korang boleh berhenti secara berperingkat. Nanti lama-kelamaan, korang dah biasa dengan keadaan ni.

Sebenarnya, makanan yang diproses mengandungi gula yang tinggi selain dari garam dan msg. So, lepas ni korang  boleh kurangkan pengambilan makanan ni atau berhenti je terus

Selain itu, biasakan diri korang tu membaca jumlah kandungan gula yang tertulis pada label makanan. So, bolehlah korang kira jumlah gula yang korang nak makan nanti. At least, korang tau kan.

Selain dari mengawal diet yang mengandungi gula, senaman jugak tak kurang pentingnya. Ini kerana, dengan bersenam ia boleh membakar gula (kalori) yang ada dalam badan. Kalau sebelum ni korang suka minum air manis, apa kata lepas ni korang amalkan meminum jus buah pulak. 

Tapi, jangan jus buah yang jual dalam kotak tu. Jus macam tu pun kandungan gulanya tinggi. Korang buat jus homemade. So, korang bolehlah mengawal kandungan gula yang korang nak tambah dalam jus tu. 

Tapi, cikla rasa tak payah letak gula pun gak pe dah. Rasa manis buah pun dah cukup dah.

Ada orang menjadikan biskut dan jalan sebagai snek mereka. Apa kata lepas ni korang tukarkan snek yang menjadi kebiasaan korang tu dengan buah pulak. 

Sebenarnya, sekarang ni memang cikla amalkan ni. Kalau lapar, memang cari buah. Dalam fridge tu memang tak kan kosong. Mesti terisi dengan buah je. Paling tak pun buah epal hijau.

Bagi cikla, kesihatan diri kita, kitalah yang menentukannya. Bukan orang lain. Semoga kita semua terus diberi kesihatan yang baik. Insha Allah, Aamiin.

Semoga bermanfaat.

Sumber Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Faktor makanan,gaya hidup, genetik dan usia menentukan kadar gula dalam darah kita.

    ReplyDelete
  2. Mana yang boleh diperbaiki dan ubah,,kita cuba dan mulakan..

    ReplyDelete
  3. thanks bagi tips ni...
    kena jaga kesihatan , mrs pip pun risau juga ni, coz keluarga mmg ada diabetes:((

    ReplyDelete