05 October 2017

# cinta dan rumahtangga

Tips menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita.

Tips menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita. | Assalamualaikum wbt. Dalam melayari bahtera rumahtangga yang bahagia, kita perlulah menjadi pendengar yang baik dan setiap kepada pasangan kita. Memang tak dinafikan yang orang perempuan ni memang sangat suka bercerita, tak kiralah apa je topik. Kalau mereka sudah mula bercakap tu, ada saja cerita dan saling berkait-kait pulak tu. Lepas satu, satu cerita yang keluar. Terror betul. Hehe. 

Tapi, cikla percaya ada sesetengah suami atau pasangan yang tak memberi respon yang sepatutnya kepada 'cerita' isterinya tu. Telinga memang mendengar, tapi orang cakap antara dengar atau tak. Memang ke lautlah jawabnya. Macam suami cikla pun cikla dah faham sangat sikapnya. Kalau dia tengah baca surat khabar  atau tengok perlawanan bola sepak kat TV tu, janganlah nak ajak dia bersembang. Alamatnya, bercerita sorang-soranglah jawabnya nanti. Huhu. Tapi, itulah. Kalau nak ajak bercerita lepas ni, memang kena tengok time jugaklah. Lagipun, siapa aje yang suka kalau 'bercakap' sorang-sorang kan. 

Tips menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita.

Sebenarnya, kalau kita jadi pendengar yang baik kepada pasangan kita ni tak susah mana pun. So, jom baca beberapa tips yang cikla nak share ni. Tips yang mudah dan ringkas. Nak tau tak? Teruskan membaca sampai habis...

Tips menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita.


  1. Bila pasangan kita nak mula bercerita, korang tumpukanlah perhatian pada dia. Tak kiralah masa tu korang tengah tengok TV ke, baca surat khabar ke hatta tengah tengok telefon pun, berhentilah sekejap untuk memberi perhatian pada dia. Apa yang paling penting adalah eye contact. Masa  si dia bercerita, pandang matanya. Cuba fahami dan teliti apa yang dia ceritakan. Sudah tentu dia seronok nak bercerita sebab korang khusyuk mendengar apa yang dia katakan. 
  2. Kalau apa yang si dia cerita tu berkaitan dengan korang (mungkin lebih kepada mengkritik atau menegur perangai korang), sebaiknya korang diam je dan jangan nak argue apa-apa. Dengar je apa yang dia cakapkan. Biarkan je dia meluahkan apa yang terbuku di hati, sekurang-kurangnya ia akan dapat melegakan hati dia yang sedang marah tu. Takpelah sesekali 'tadah' telinga kan... 
  3. Bagi cikla, memang menjadi 'kepantangan' seseorang perempuan itu bila pasangannya terus bagi jalan penyelesaian tanpa mendengar cerita dia sampai habis. Maknanya, jangan potong cakap dia dulu sebelum dia menghabiskan 'ceritanya'. Kadang-kadang, si perempuan ni bercerita sebab nak luahkan perasaan je, dan bukan nak mintak pendapat macam mana nak kasi settle pun. 
  4. Kalau si dia meluahkan perasaan marahnya kepada orang lain, korang berilah sokongan pada dia. Maksudnya, jangan pulak korang menyokong orang yang dimarahinya pulak. Tak pasal-pasal korang pun sama kena marah. Tunjukkanlah sokongan korang pada dia, tapi perlulah dengan cara yang betul. 
  5. Cuba tanyakan soalan setelah mendengar apa yang diluahkan oleh si dia. Bukan apa, itulah tanda korang peka dan dengar masa dia kaw-kaw bercerita dengan korang. Tapi, pastikan soalan tu berkaitan dengan apa yang diceritakanlah. Mesti si dia happy je, sebab korang beri respon pada cerita dia.


Pada cikla, tak kira lelaki atau perempuan,  kalau pasangan korang tu nak bercerita dan berkongsi luahan rasa, dengarlah apa yang mereka nak cakapkan tu. Kalau bukan dengan korang mereka nak berkongsi rasa, dengan sesiapa lagi kan. Betul tak? Barulah boleh dikatakan teman sepanjang hayat, di kala susah dan senang.

Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

3 comments:

  1. Benarlah tu.
    Pasangan kitalah tempat kita berkongsi cerita dan mendenganr cerita2nya.

    ReplyDelete
  2. Komunikasi memang penting antara pasangan untuk kekal bahagia dan harmoni..

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.