Risiko kerosakan urat peti suara kesan dari pembedahan tiroid.

By Cikla Shahril - October 26, 2017

Memang tak dinafikan, walaupun apa pun jenis pembedahan mesti ada risikonya. So, semua doktor yang melakukan pembedahan akan sedaya upaya untuk mengurangkan risiko yang mungkin berlaku. 

Bagi pembedahan tiroid jugak, ada beberapa risiko yang mungkin boleh berlaku, antara yang paling biasa adalah risiko kerosakan pada urat peti suara (recurrent laryngeal nerve). 

Untuk pengetahuan korang, kedudukan pita suara adalah  terletak di dalam tekak. Ia berperanan melancarkan fungsi pernafasan, mencegah makanan masuk ke dalam paru-paru dan mengeluarkan kahak apabila batuk selain menghasilkan suara. 

Menurut Profesor Madya Dr Marina Mat Baki seorang Pakar Perunding Jabatan Otorinolaringologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPUKM) dan Pusat Pakar UKM (UKMSC), pita suara merupakan satu struktur di dalam laring yang tertutup dan bergetar semua kita bercakap dan menelan, manakala ia akan terbuka semasa kita bernafas. 

Kalau kita mengalami masalah di bahagian ini (kelumpuhan), sebahagian pita suara ini akan tertutup, dan bahagian yang mengalami masalah atau kelumpuhan akan terus terbuka. 

Risiko kerosakan urat peti suara kesan dari pembedahan tiroid.
Risiko kerosakan urat peti suara kesan dari pembedahan tiroid. Sumber Google. 

Untuk pengetahuan korang, pita suara  disarafi dan dikawal oleh saraf recurrent laryngeal yang mana ia berada dekat dengan tenggorok di kiri serta kanan leher. 

So, masalah ini mungkin boleh berlaku pada kiri, kanan atau kedua-dua belah peti suara. 

Sebenarnya, bahagian kiri saraf adalah bermula dari otak dan akan bersambung ke leher, jantung, serta membelit aorta dan akhirnya ke pita suara. 

Manakala, saraf pada bahagian kanan pulak bermula dari otak terus ke leher dan pita suara tanpa melalui jantung. 

Kalau kedua-dua saraf ni lumpuh, mereka tak boleh nak bernafas sebab pita suara tak boleh terbukak untuk bernafas. Tapi, kalau hanya sebelah je yang lumpuh, suara akan jadi lemah.

Namun, jika sebelah saraf yang lumpuh, ia menyebabkan suara menjadi lemah dan serak, serta mudah tersedak semasa nak minum. 

Akan tetapi, kerosakan itu mungkin boleh jadi dalam bentuk sementara (neuropraxia) yang mana ia boleh recover dalam tempoh 6 -  12 bulan. 

Kalau saraf itu terpotong dan tak disambung (ini bergantung kepada  kepakaran doktor), ianya akan kekal tapi biasanya vocal cord atau peti suara yg satu lagi akan mengambil alih tugas.

Risiko kerosakan urat peti suara kesan dari pembedahan tiroid.
Risiko kerosakan urat peti suara kesan dari pembedahan tiroid. Sumber Google. 

Apa yang menjadi masalah besar adalah bila kedua-dua urat rosak dan ini akan menyebabkan pesakit sentiasa tersedak semasa makan terutama bila minum. 

Masalah kedua pulak adalah mungkin kadangkala berlaku kesukaran kepada pernafasan dan ini memerlukan lubang di hadapan leher yang dikenali sebagai tracheostomy

Akan tetapi, tracheostomy itu mungkin bersifat sementara sehingga peti suara kembali berfungsi.

Risiko kerosakan urat peti suara kesan dari pembedahan tiroid.
Risiko kerosakan urat peti suara kesan dari pembedahan tiroid. Sumber Google. 

Walaubagaimanapun, perkara sebegini mungkin boleh berlaku walaupun risiko nya adalah tersangat kecil. 

So, semasa pembedahan, penggunaan penggunaan nerve monitor adalah diperlukan bertujuan untuk mengurangkan risiko, walaupun ia masih boleh berlaku terutama dalam kes tiroid yang besar atau kanser.

Bagi diri cikla sendiri, alhamdullillah selepas menjalani pembedahan total thyroidectomy, cikla takde masalah suara. Baru-baru lepas operate memang suara akan serak sikit tapi lama-lama ok balik. La ni, dah jadi 'tarzan' balik dah.

Sumber SINI dan Facebook page Tiroid  dan Anda (ori). 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments