Penawar kanser dengan surah Al-Fil.

By Cikla Shahril - October 31, 2017

Mendengar sahaja perkataan 'kanser', semua orang gerun kan. Siapa aje yang nak sakit, semua orang nak sihat sampailah ke akhir hayat. 

Macam cikla sendiri, bila didiagnosis kanser tiroid pada awal bulan Mei lepas sememangnya memang cikla tak sangka. 

Bukan apa, sebelum ni cikla sihat. Senang cakap, jaranglah jatuh sakit. Kalau sakit demam, batuk dan selsema tu biasalah kan. Semua orang mesti pernah mengalaminya.

Awal-awal didiagnosis, tipulah kalau cikla cakap cikla tak rasa sedih, down, takut dan macam-macam perasaan bercampur-baur dalam hati ni. 

Bila join group yang kebanyakannya senasib dengan cikla, mendengar kisah mereka dan pengalaman mereka, lama-kelamaan cikla jadi lebih kuat untuk sembuh.

Cikla mula terfikir, sepatutnya cikla bersyukur kerana Allah menguji cikla dengan sakit ni. Mungkin sebelum ni cikla lalai dan alpa dalam melakukan suruhanNya, mungkin inilah teguran Allah pada cikla. 

Cikla selalu kuatkan hati dan fikir ada orang lain yang lebih berat dugaannya dari cikla. Paling tak pun, cikla masih boleh aktif ke sana sini. Orang pun tak percaya yang cikla ni sakit. 

Penawar kanser dengan surah Al-Fil.
Gambar diubahsuai dari carian Google  

Sebenarnya, cikla nak share dengan korang satu kisah ni. Semoga kita boleh mengambil ikhtibar dan manfaat daripadanya.

Kisah yang cikla nak share ni adalah dari sumber page Facebook pesakit ni sendiri iaitu Amy Shuai. Mungkin korang pernah terbaca jugak pasal ni kan sebab kisah dia ni dah viral dah kat Facebook tak lama dulu.

Amy merupakan bekas pesakit Thyroid Cancer Stage 1. Alhamdulillah disahkan clear cancer pada bulan 03/2017 atas izin Allah SWT selepas bertarung hampir 2 tahun. 

Dia telah mengamalkan penawar kanser ini dengan konsisten dan istiqamah.

Setiap kali lepas sembahyang baca;

Surah Al Fatihah - 1 kali
Surah Al Ikhlas - 3 kali
Selawat ke atas Nabi - 3 kali
Surah Al Fil - 21 kali

Sememangnya kita semua tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati." Tapi, tahukah korang ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser? 

Sebenarnya, ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan adalah  melalui Saudara Raflis Sabirin. 

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah Al-Fil.

SURAH  AL - FIL :

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ (5)} [الفيل : 1-5]

Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfil (1)
Alam yaj 'al kaidahum fitadhlil (2)
Waarsala 'alaihim toiran ababil (3)
Tarmihim bihija ratim minsijjil (4)
Faja'alahum ka asyfim makkul (5)

Maksudnya:

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah? (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)
Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)
Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan! (3)
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras! (4)
Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat! (5)

Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser :

  1. Setiap kali selepas solat 5 waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.
  2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.
  3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut! (Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu). Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.
  4. Kalau penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.
  5. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut. Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

Dr H pesan, "Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah SWT". Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud. 

Cikla memang ada mengamalkannya jugak. Tapi, itulah. Tak konsisten. 

Insha Allah, lepas ni kena lebih istiqamah dan konsisten lagi. Nak baik kan? Kenalah rajin. Tapi, semuanya dengan izinNya jua. Korang doakan cikla ye. 

Cumanya, apa aje rawatan lain yang korang buat, rawatan hospital jangan sesekali ditinggalkan. Ia perlu seiring. InshaAllah, dipermudahkan! 

Sumber Facebook page Amy Shuai.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Perkongsian yang sangat baik cikla. Boleh lah ana share dengan sepupu ana. Ana doakan semoga cikLa sembuh ye.

    ReplyDelete
  2. Pernah baca atau dengar ceramah pasal surah Al-Fil ni.. Nanti leh amalkan selalu. Almaklum pesakit mcm kita ni macam2 boleh terjadi diluar jangkaan kan.. :D Anw thanks for sharing Cik La

    ReplyDelete