Mahu merawat jerawat dengan tepat dan cepat? Baca tips ni.

By Cikla Shahril - October 09, 2017

Memiliki wajah yang berjerawat sememangnya menjadikan seseorang itu kurang keyakinan diri lebih-lebih lagi kalau berhadapan dengan orang lain. 

Cikla dulu pernah jugak mengalami masalah ni. Bila jerawat tumbuh seketul kat muka ni, duduk kat depan cermin duk belek-belek muka. Itu baru seketul. Lagi sadis, bila tangan ni 'gatal' je nak picit-picit jerawat kat muka tu. Adoiii.

Memang tak dinafikan, ramai orang yang suka memicit jerawat ni walaupun kelakuan sebelumnya tak betul. Ia bukan saja membuatkan jerawat semakin parah, malah ia turut meninggalkan parut pada muka korang. 

Orang tua-tua cakap, kuku tu 'bisa'. Bila kena jerawat, nanti jerawat lagi banyak dan teruk. Nauzubillah.

Sebenarnya, banyak cara yang boleh kita gunakan untuk merawat jerawat ni, selain dari menggunakan produk yang ada di pasaran tu. 

Bukan cikla nak cakap produk tu semua tak bagus dan berkesan, tapi bagi cikla menggunakan bahan alami dan semulajadi adalah lebih selamat sebab ia dapatkan mengurangkan risiko yang timbul kesan dari penggunaannya. Lagipun, ia lebih mudah, murah dan fresh

Tips merawat jerawat dengan tepat dan cepat.

Apa kata kita cuba petua ni bagi merawat jerawat yang bertandang ke muka kita ni. Jom baca sampai habis.

Sebenarnya, kita perlu membersihkan muka kita sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Ini penting kerana ia dapat memastikan kulit muka kita sentiasa bersih dari kotoran yang melekat di muka kita dan jugak solekan yang kita pakai semasa di siang hari. 

Korang kena berhati-hati semasa membersihkan bahagian muka korang  yang berjerawat tu supaya tak luka. Selain itu, sebelum korang tidur pastikan muka korang sudah dibersihkan. Akan tetapi, elakkan dari terlalu kerap mencuci muka sebab ia akan menjadikan kulit muka kering.

Penggunaan skrub memang digalakkan tapi jangan menggunakannya kerap sangat. Semasa kulit muka berjerawat, jangan sental muka korang dengan skrub sebab ia boleh menyebabkan luka pada kulit malah jerawat menjadi semakin teruk pulak. 

Sebenarnya, kalau korang nak tau, sesetengah orang mengangkat dengan melakukan skrub muka ni, jerawat akan hilang, tapi hakikatnya bukan begitu.

Minyak kelapa dara memang sangat terkenal kerana ia bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit khasnya. Korang gunakan minyak kelapa pada bahagian muka korang yang berjerawat tu. Sapu sikit je. 

Untuk pengetahuan korang, minyak kelapa dara ni dikatakan mampu membantu memberi kelembapan pada kulit sekaligus ia dapat menghilangkan parut secara natural.

Menyentuh dan memicit jerawat memang kesukaanku. Huhu. Tapi, lepas ni kena insaflah. Nak cantik kan. Rupa-rupanya, dengan memicit jerawat ia akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada jerawat. 

Kesannya, jerawat lain pulak tumbuh. Dah merebak ke bahagian muka yang lain, jadi makin banyak pulak kan. So, lepas ni tahan diri dari menyentuh cik jerawat ni.

Penggunaan tea tree oil dalam merawat jerawat jugak sudah popular. Khasiat tea tree oil ni sangat bagus sebab ia membantu mengecutkan jerawat. Korang just amalkan dengan menyapunya pada jerawat sebelum tidur. 

Apa yang bestnya, selain dari mengecutkan jerawat, ia jugak membantu menghilangkan jerawat tanpa kesan parut pada muka korang. Wow. Syoknya!

Akhir sekali, penggunaan madu dan serbuk kulit kayu manis jugak dipercayai elok untuk mengatasi masalah jerawat. 

Caranya yang mudah iaitu campurkan kedua-dua bahan ini dan gaul rata. Selepas itu, oleskan campurkan itu ke muka korang, buat macam masker. Biar sekejap sampai ia kering di muka, sebelum dicuci bersih dengan air. Amalkan sampai jerawat hilang.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Sekilas Cantik. 

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. malam ni nk try tips ni. jerawat naik kat dahi pulak haha

    ReplyDelete
  2. saya suka buat masker kiub tomato tu ataupun alfafa. nanti lama-lama parut jerawat hilang :)

    ReplyDelete
  3. yg serbuk kulit kayu manis dgn madu tu sy buat , mnjd jugaklah . tp skrg dah tak buat sbb dah balik uni . muka naik jerawat balik sbb tak ada masa nak jaga haa

    ReplyDelete
  4. dulu rajin jugak guna kulit kayu manis dengan madu tapi tak tahan sebab panas

    ReplyDelete
  5. dulu saya selalu guna tea tree oil , memang cepatnya jerawat hilang dan bagus

    ReplyDelete
  6. hu hu hu jerawat ni memang buat kita geram!!!

    ReplyDelete