9 puncak gunung paling cantik di dunia.

By Cikla Shahril - October 17, 2017

Kecantikan dan keindahan alam ciptaan Allah tanda Allah itu berupaya menciptakan sesuatu jika Dia mengkehendakinya. 

Bagi seorang yang suka mengembara dan mendaki gunung, keindahan sebegini sememangnya amat menenangkan jiwa. Mereka akan merasa puas bila berada di puncak gunung.

Sejujurnya, cikla  belum pernah lagi mendaki gunung. Dulu, masa sekolah pun just jungle tracking je. Itu pun kat lereng bukit je. Belum sampai tahap ke gunung ganang lagi. Hehe. 

Tapi, cikla nak share dengan korang 9 puncak gunung paling cantik di dunia. Berikut merupakan gunung paling cantik dari serata dunia, iaitu ;

Gunung Fuji, Honshu, Jepun

9 puncak gunung paling cantik di dunia.
9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google. 

Gunung ni merupakan gunung tertinggi di Jepun iaitu berketinggian 3,776 meter dari paras laut. Gunung ni jugak merupakan gunung yang paling disukai oleh ramai pendaki sebab dianggarkan hampir 100 ribu orang yang datang mendaki gunung ni setiap tahun. 

Puncaknya sentiasa diliputi salji. Kalau korang nak tau, bermula pada lewat a bad ke-19 wanita dibenarkan mendaki di gunung ni. Akan tetapi, pada tahun 663, dipercayai seorang sami telah menjadi pendaki pertama gunung Fuji.

Gunung Bromo, Jawa Timur, Indonesia.

9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google.
9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google. 

Walaupun gunung ni adalah di antara gunung kecil yang terdapat di Indonesia iaitu dengan ketinggian 2,392 meter dari paras laut, tapi ia sangat famous sebab bila berada di puncak gunung ni kita boleh menikmati pemandangan yang sangat menakjubkan. 

Sebab tu, gunung ni sangat digemari oleh orang ramai untuk datang mendakinya. Dikatakan, setiap tahun penduduk tempatan akan mengatakan aktiviti ritual iaitu dengan menjamu ayam, wang dan sayur-sayuran sebagai tanda menghormati 'penjaga'  gunung tersebut.

Grossglockner, Timur Tyrol, Austria.

9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google.
9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google. 

Puncak gunung ini merupakan puncak yang tertinggi di Austria iaitu berketinggian 2,504 meter. Pada tahun 1773, seorang saintis Alam semulajadi Perancis, iaitu Belsazar Hacquet dikatakan individu pertama yang berjaya mendaki gunung ini. 

Kalau korang akan tau, pada tahun 1930, apabila pihak berkuasa tempatan membuat jalan raya sebagai usaha memudahkan laluan para pendaki, ia telah menjadi salah satu destinasi popular para pelancong yang berkunjung ke Austria.

Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia.

9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google.
9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google. 

Gunung ni adalah gunung kedua tertinggi di Indonesia dan merupakan gunung berapi aktif. Ia dikatakan pernah meletup dengan sangat kuat di sekitar tahun 1257.

Mont Blanc, Chamonix, Perancis.

9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google.
9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google. 

Ia merupakan gunung tertinggi di Eropah iaitu berketinggian 4,810 meter. Antara perkara pelik disebut di gunung  ini adalah tandas tertinggi di dunia iaitu dengan ketinggian 4,267 meter telah dibina untuk menangani masalah pembuangan sisa najis para pendaki yang semakin bertambah setiap tahun.

Gunung Sabyinyo, Pergunungan Virunga, Uganda.

9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google.
9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google. 

Sabyinyo yang berketinggian 3,645 meter dikatakan gunung yang tertua dalam Pergunungan Virunga. Nama gunung ni diberi adalah dengan keadaan puncaknya yang bercerancang atau jagged seperti gigi orang tua. Ia jugak terletak di antara sempadan Republik Demokratik Congo, Rwanda dan Uganda.

Grand Teton, Wyoming, USA.

9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google.
9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google. 

Menurut kajian ahli geografi, gunung yang berketinggian 4,197 meter wujud agak dramatik sebab ia terjadi bila batuan di kawasan ni terangkat semasa letusan mega dari perit bumi berlaku berjuta tahun lampau. 

James Stevenson dan Nathaniel Langford merupakan pendaki pertama yang berjaya mendaki gunung ni pada tahun 1872.

Gunung Matterhorn, Pennine Alps, Switzerland.

9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google.
9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google. 

Seorang lelaki British bernama Edward Whymper dikatakan orang pertama yang telah menemui puncak gunung ini. Dia telah berjaya mendaki puncak ni pada tahun 1865 dan merupakan puncak gunung tertinggi di Switzerland iaitu berketinggian 4,478 meter dari paras laut. 

Walaupun begitu, gunung ni merupakan puncak paling susah untuk didaki sebab dikatakan lebih dari 500 orang pendaki telah terbunuh semasa mendaki ke puncak gunung ni.

Gunung Cotopaxi, Ecuador.

9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google.
9 puncak gunung paling cantik di dunia. Sumber Google.

Gunung ni berbentuk seperti kon yang hampir sempurna dan berketinggian 5, Puncaknya jugak selalu diliputi salji dan awan. Pemandangan kawah dan kawasan sekitar sangat mengagumkan bila kita berada di puncak.

Just sharing.

Sumber Ruangan Metro Klassifieds.

  • Share:

You Might Also Like

11 Comments

  1. Cantiknyaaa. Subhanallah

    ReplyDelete
  2. Semua cantikkk~! Tapi Nisha dari dulu lagi nk pergi Jepun. alang2 tu boleh tgk gunung fuji sekali =D

    - - -
    Anyway, Nisha tag awak untuk satu GA baru. Jemput join yaaa kalau ada masa nanti <3

    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2017/10/2nd-giveaway-atiehilmicom-ft-1st-dental.html

    ReplyDelete
  3. do follow blog ni, ..
    wow, cantiknya ciptaan-Nya! Semoga kita menjadi manusia yang mensyukuri nikmat-Nya dengan tidak membuatkan alam 'menangis'...

    ReplyDelete
  4. Cantiknya gunung2x ini. Teringin nak pergi tapi bila fikir kena hiking, terus tak jadi. tak larat. huhu.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah..Memang cantik gunung2 ni semua..Speechless tgk

    ReplyDelete
  6. Cantiknya..Sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  7. Apa saja yang berkaitan gunung, auni sangat suka. Cuma tak ada kudrat nak mendaki, hanya tengok dari jauh je. Maha Suci Allah, gunung-ganang antara ciptaan-Nya yang paling indah :)

    ReplyDelete
  8. Jepun punya nais kann.. gunung rinjani kwn ramai dah naikkk. 😭 hihi

    ReplyDelete
  9. Memang cantik.. tapi cantik lagi gunung kinabalu

    ReplyDelete
  10. Allahu Akbar.... indah!
    as at now, aida da sukses ke 1 puncak gunung ajer, cikla.
    gunung datok :)
    and tu la 1st and last ha ha ha :)
    letih. penat. aida da le memang tak fit hu hu hu

    ReplyDelete