6 petua di dapur yang wajib kita ketahui.

By Cikla Shahril - October 07, 2017

Sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa macam cikla ni, cikla rasa kita kena tau ilmu atau petua yang mungkin dapat membantu kita kalau kita menghadapi masalah semasa 'bekerja' di dapur. 

Walaupun mungkin ada yang sudah tau petua-petua ni, cikla nak share jugak dengan korang. Pada yang dah tau tu, anggaplah ni pelajaran ulangkaji untuk korang, dan pada yang tak tau lagi. Ni ilmu baru untuk korang tau. 

6 petua di dapur yang wajib kita ketahui.

Hilangkan bau makanan yang masih melekat di pinggan. 

Memang tak dinafikan, kadang-kadang kita rasa kita dah cuci bersih-bersih dah pinggan, periuk, belanga, kuali dan semua peralatan masak kita tapi masih ada lagi bau makanan kan. Betul? Untuk menyelesaikan masalah ni, korang gunakan lemon. Caranya, korang Cuba rendam pinggan dan peralatan memasak tu di dalam larutan sabun dan perahan lemon. Cubalah.

Memelihara kesegaran sayur-sayuran. 

Kalau kita simpan sayur-sayuran di dalam peti sejuk sejuk terlalu lama, mesti kesegaran sayur tu hilang kan. So, untuk mengekalkan dan memelihara kesegaran sayur tersebut, rendam sayur itu dalam air yang telah dicampur dengan cuka selama beberapa minit. Ia bukan sahaja menjadikan sayur korang segar, malah kotoran pada sayur tersebut turut hilang.

Mengatasi minyak panas dari terpercik semasa memasak. 

Biasanya, kalau kita goreng ayam atau ikan mesti sekeliling dapur kita kotor disebabkan percikan minyak kan. So, ada cara yang mengatasi masalah ni. Sebelum korang menggoreng, panaskan minyak macam biasa, kemudian masukkan sedikit tepung ubi ke dalam minyak tersebut dan kacau rata. Selepas itu, barulah korang masukkan ayam atau ikan yang nak digoreng tu. Cara bukan saja mengelakkan minyak dari terpercik, malah ayam atau ikan yang digoreng tu jadi lebih sedap. Yummy.

Menghilangkan rasa hanyir sup ikan. 

Kadang-kadang, ada masanya bila kita buat sup ikan mesti rasa sup tu hanyir kan. Itu sebabnya, ada orang lebih suka beli je, sebab tak pandai nak masak sup ikan tu. Tapi, nak hilangkan hanyir sup ikan tu senang je sebenarnya. Korang masukkan 2 sudu kecil jus limau nipis ke dalam sup sebelum korang padamkan api. Ia jugak akan menjadikan sup lebih sedap dan lazat.

Mengelakkan serai dan kunyit cepat rosak dan tahan lama.

Cikla kalau masak guna kunyit hidup atau halia memang sikit je. So, macam mana kita nk simpan 'lebihan' kunyit dan halia ni supaya lebih tahan lama. Bukan apa, kalau kita simpan lama even kat dalam peti sejuk sekalipun, mesti lama-kelamaan ia menjadi kecut dan dah tak sedap dah. Tapi takpe. Korang boleh cuba cara ni. Mula-mula, bersihkan serai dan kunyit ni, kemudian masukkan ke dalam sebuah bekas yang telah dimasukkan sedikit air. Tutup rapat-rapat bekas tersebut, sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Tapi korang kena ingat, tukar air tersebut 2 minggu sekali untuk mengekalkan kesegarannya.

Cara mudah mengopek kulit udang. 

Ada orang macam susah dan lambat je bila time nak buang kulit udang. Kalau udang besar  takpelah. Senang sikit kan. Kalau udang yang kecik? Sebenarnya, ada cara yang senang macam mana nak buang kulit udang ni. Caranya, ambil sedikit garam dan campurkan dalam mangkuk berisi air. Selepas itu, masukkan udang dan biarkan sekejap kira-kira 10 minit. Ia akan memudahkan kerja korang semasa mengopek kulit udang kerana kulitnya akan terbuka dengan sendiri.

Sumber Ruangan Aneka Petua.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Cara mengopek udang tu boleh cuba lagi2 kalau untuk majlis,,biasa beli udang dalam kuantiti yang banyak..terima kasih CikLa tips ni..

    ReplyDelete
  2. tips berguna ni.

    LiaHasty
    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  3. aida da tak boleh kopek udang.
    tu yg dah jarang sgt masak udang tau, cikla.
    kopek 3-4 ekor terus jari gatal-gatal. elergy :(

    ReplyDelete