16 October 2017

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu.

October 16, 2017 3 Comments
SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu. | Assalamualaikum wbt. Jom join segmen blogwalking ni.  Dapat tambah kenalan dan ilmu jugak. Nak join? Klik banner comel di bawah.

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu.
SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu. 

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu.


Cikla tengok takde syarat pun, just kalau korang nak tag kawan lain untuk join sama, silakan. Tapi, kalau tak nak tag pun tak pe. Optional... 

So, segmen berlangsung dari 14/10/2017 hingga 22/10/2017. So, apa lagi? Jom join ramai-ramai... 

Happy blogwalking ye kawan-kawan... 

13 October 2017

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa.

October 13, 2017 7 Comments
October Book Giveaway by Blog Siqahiqa. | Assalamualaikum wbt. Wah, siqah buat giveaway lah. Rugi tak join ni. Lagipun hadiah best tau, siap ada hadiah misteri lagi. Kalau korang nak join jugak, klik kat banner tu. 

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa.
October Book Giveaway by Blog Siqahiqa. 

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa. 


Syaratnya pun senang je. Korang just follow media sosial siqah, dan komen mana-mana satu entri dalam blog beliau. 

Giveaway berlangsung dari 12/10/2017 hingga 12/11/2017. Lama kan, sebulan tu. Sempat sangat nak join kan. 

So, apa lagi. Cepat-cepat join. Kita support siqah ok. Mana tau murah rezeki menang pulak tu. Hihi. 

Good luck pada yang join. 

Apakah dia Methylparaben?

October 13, 2017 3 Comments
Apakah dia Methylparaben? | Assalamualaikum wbt. Kita sering mendengar yang Methylparaben digunakan dalam produk kosmetik, ubat-ubatan (farmaseutikal) dan sesetengah bahan makanan yang diproses. Selain itu, ia jugak boleh didapati dalam beberapa jenis produk kecantikan seperti deodorant, syampu, shower foam, losyen dan lain-lain. Kalau korang nak tau, Methylparaben adalah sejenis bahan pengawet yang mana fungsi utamanya adalah untuk membunuh dan menghalang kuman dari membiak.

Apakah dia Methylparaben?
Apakah dia Methylparaben? Sumber Google. 

Manakala, dalam produk kosmetik Methylparaben banyak digunakan dalam pelembap muka, produk anti-penuaan, pewarna rambut, produk pemutihan kulit, pembersih muka, maskara, eye shadow dan sebagainya.

Apakah kebaikan dan keburukan Methylparaben?


Seperti yang dinyatakan sebelum ni, Methylparaben mempunyai beberapa kebaikan iaitu ia mampu mencegah pertumbuhan bakteria, sekaligus dapat menghalang produk tersebut daripada berkulat dan cepat rosak. Akan tetapi, Methylparaben jugak mempunyai beberapa keburukan iaitu sabun contohnya akan terhakis apabila direndam atau terdedah pada udara. Selain itu, ia jugak akan bertindak balas dengan UV B dan boleh menyebabkan peningkatan kerosakan DNA serta penuaan kulit kalau digunakan secara berlebihan.

Apa yang korang kena tau, penggunaan Methylparaben dengan kadar yang ditetapkan adalah tidak memudaratkan melainkan kalau ia digunakan secara berlebihan.

Lihat ingredients produk sebelum membeli...


Sumber SINI.

12 October 2017

Group support thyroid : Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI).

October 12, 2017 1 Comments
Group support thyroid : Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI). | Assalamualaikum wbt. Masa awal-awal cikla didiagnosis penyakit tiroid ni, memang sejujurnya cikla bagitau ilmu pasal tiroid dan hal yang berkaitan dengannya zero. Memang tak tau apa-apa pun pasal ni. Kalau tiroid tu pernahlah dengar, semua orang cakap bengkak leher. Thats all... 

Sebaik saja lepas operate total thyroidectomy, memang tercari-cari ilmu dan info pasal apa yang kena buat lepas operation tiroid ni. Cari punya cari, cikla terjumpalah satu group kat Facebook yang khas untuk penyakit tiroid ni tak kiralah hipertiroidisme, hipotiroidisme, kanser, goiter, graves diseases, thyroiditis dan sebagainya.

Group support thyroid : Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI).


Group support thyroid : Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI).
Group support thyroid : Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI).

Founder atau pengasas group ni adalah Kpah K-poh SharifahNor. Beliau jugak merupakan salah seorang dari pesakit tiroid. Sebenarnya, cikla rasa cikla sangat bertuah sebab jumpa dengan group yang awesome ni. Melalui group ni, memang sangat banyak info mengenai tiroid dan perkara yang berkaitan dengannya. Apa yang menjadi persoalan dulu, kini sudah terjawab. Cikla percaya mungkin kebanyakan orang macam tak amik pot pasal tiroid ni kan sebab penyakit ni macam sangat jarang dibahaskan. Kalau dulu, apa yang cikla tau kalau sakit tiroid tu, ada bengkak kat leher. Tapi, rupanya ia lebih dari itu.

Selain dari info mengenai penyakit ini, kita juga boleh berkongsi pengalaman kita sendiri serta membaca pengalaman orang lain untuk dijadikan pengajaran dan ikhtibar. Di samping itu, kita boleh bertukar pendapat dan ilmu mengenai penyakit tiroid ni kerana kebanyakan ahli group ini adalah terdiri dari pesakit tiroid. Admin group ni pun sangat friendly dan sedaya upaya untuk menjawab semua persoalan yang diutarakan. Akan tetapi, kebanyakan jawapan dan info yang dikongsikan adalah berdasarkan kepada pengalaman admin dan ahli group. Untuk persoalan yang berkaitan dengan bacaan darah, dan sebagainya better tanya pada doktor yang berkenaan.  

Lagipun, cikla rasa group ni jugak boleh dijadikan medan 'meluahkan' perasaan mengenai penyakit ni, sebab bagi cikla penyakit tiroid ni umpama 'sihat, tapi hakikatnya sakit...' dan hampir semua ahli dalam group ni adalah senasib. Hanya yang mengalaminya saja tahu macam mana  keadaan kami. Orang yang tak alaminya kadang-kadang pandai cakap je. Apa yang paling sadis, bila ada yang cakap, 

'Aik... Nampak sihat je. Boleh ke sana sini... Tak nampak macam orang sakit pun... '


Begitulah diri kami sebagai seorang thyroid survivor. Setiap hari kami berusaha untuk sihat dan nampak sihat walaupun kadang-kadang 'keadaan' dalam diri kami sendiri tu dah huru hara jadinya.

Kini ahli Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI) semakin meningkat dan mencecah 12k. Nampaknya, saban tahun semakin ramai yang didiagnosis penyakit tiroid. Bertabahlah ye. Pada yang nak join group yang berinfomatif ni, tak kiralah anda pesakit tiroid atau just nak join untuk dapatkan info pada perkara ni, just klik pada link di bawah.


Kami survivor, kami fighter. We keep fighting never end. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada kita semua. Amin.


#tiroiddananda #kisahsipesakitthyroid #thyroidsurvivor #thyroidfigther

Filem seram sampai meremang bulu roma tak ingat punya.

October 12, 2017 3 Comments
Filem seram sampai meremang bulu roma tak ingat punya. | Assalamualaikum wbt. Cikla bukanlah peminat tegar filem or cerita seram ni, tapi kira layan jugaklah kan. Tapi, cikla rasa sesiapa yang memang meminati cerita seram ni mesti tak akan melepaskan peluang menonton filem seram terbaru yang ditayangkan di pawagam. Orang cakap, bila tengok kat wayang baru rasa feel nya kan. Betul tak?

Filem seram sampai meremang bulu roma tak ingat punya.

So, cikla nak share dengan korang filem seram sampai meremang bulu roma tak ingat punya dari seluruh dunia. Cerita-cerita ni masih diminati sampailah sekarang. Jom semak apakah filem-filem itu...

Filem seram sampai meremang bulu roma tak ingat punya.


Rasanya kalau kat Malaysia ni, 2 filem seram yang pernah menjadi fenomena dan bualan hangat masyarakat adalah filem;

Munafik

Cikla ada jugak tengok filem beberapa kali. Memang seram cerita ni. Anak cikla kalau tengok siap standby bantal nak tutup muka kalau tiba bab 'hantu menyeringai'. Haha. Rasanya korang tau kot siapa pengarah filem ni. Tak lain tak bukan Syamsul Yusof. Dia jugak turut berlakon dalam filem ni sebagai teraju utama. Antara pelakon lain adalah Nabila Huda dan Sabrina Ali. Memang menjiwai watak sungguh mereka masa melakonkan setiap babak dan bijak memainkan watak masing-masing. Filem ini berjaya mengaut kutipan perah panggung iaitu bernilai lebih dari RM17 juta. Wow... Banyaknya...

Pontianak Harum Sundal Malam. 

Filem ni pun cikla pernah tengok jugak. Teraju utama filem ini adalah Maya Karin di samping pelakon popular yang lain seperti Rusdi Ramli dan Datuk Rosyam Nor. Filem arahan sutradara terkenal Datin Paduka Shuhaimi Baba telah memberi kejayaan kepada pelakon utamanya iaitu Maya Karin kerana dia telah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Seram dan Fantasi Antarabangsa Estepona di Malaga, Sepanyol dan aktres terbaik di festival filem Asia Pasifik di Fukuoka, Jepun.

Selain itu, filem seram  sampai meremang bulu roma tak ingat punya dari  luar negara yang  tak kurang seramnya adalah seperti berikut;

The Exorcism of Emily Rose. 

Secara jujurnya, cikla tak pernah tengok pun filem ni. Filem ini pernah tersenarai dalam 100 filem paling seram pernah dihasilkan di dunia oleh Pengkritik Filem Chicago. Pada yang pernah menontonnya, mesti korang tau yang filem ini adalah berdasarkan kisah benar iaitu kejadian sebenar yang berlaku kepada gadis bernama Anneliese Michel. Apa yang membanggakan, The Exorcism of Emily Rose ni masih dianggap filem seram paling baik yang pernah dihasilkan walaupun ia telah ditayangkan selepas 12 tahun. Nah, begitu dashyat kan penangan dan fenomena filem seram ni.

Suster Ngesot

Filem lakonan Mia Ramadhani ni masih ada impaknya. Babak hantu jururawat bernama Lastri yang mengesot di lantai untuk mengejar mangsanya. Cikla pernah tengok filem ni sekali kot.

Ju-On. 

Wah, kalau filem memang seramlah. Filem ni menampilkan hantu kanak-kanak yang sangat menyeramkan. Muka putih, mata  bukan. Kau korang nak tau, filem ini hadir dalam bentuk francais bila ia telah diterbitkan sebanyak 12 filem. Apa yang cikla ingat, sound sistem filem ni memang bagus. Setiap babak diterapkan elemen kejutan. Kadang-kadang boleh kecut perut, usus, hati... semualah. Silap-silap boleh kena heart attack sebab terkejut. Hehe.

The Ring. 

Filem adaptasi daripada sebuah filem asal yang mana karyanya berasal dari Jepun, iaitu Ringu. Mostly, pengkritik filem memberikan respon positif terhadap filem ni, terutama dari segi visual walaupun ada sesetengahnya merasakan visual itu seperti 'mengganggu' sebab terlalu seram.

Tapi, cikla rasa kalau filem dari luar negara, Annabelle, Wrong Turn dan Chucky pun seram jugak kan walaupun filem ni budak-budak tak boleh tengok sebab ada adegan 18sx di dalamnya....

Just sharing.


Sumber Ruangan RAP, Harian Metro.

11 October 2017

Pencarian Top Bloglist Haslina : Nov & Dec 2017.

October 11, 2017 11 Comments
Pencarian Top Bloglist Haslina : Nov & Dec 2017. | Assalamualaikum wbt. Jom join segmen ni. Untung-untung terpilih masuk bloglist blog yang awesome ni. Nak join? Macam biasa, klik je banner comel kat bawah ni. 

Pencarian Top Bloglist Haslina : Nov & Dec 2017.
Pencarian Top Bloglist Haslina : Nov & Dec 2017. 

Pencarian Top Bloglist Haslina : Nov & Dec 2017. 


Syaratnya pun sangat mudah, just follow media sosial Puan Kuci. Segmen akan berlangsung dari 11/10/2017 hingga 31/10/2017. Cepat-cepat join, kita kasi meriah segmen sahabat kita ni... 

Selamat bersegmen kawan-kawan. 

Jom buat masker semulajadi untuk tegangkan kulit.

October 11, 2017 2 Comments
Jom buat masker semulajadi untuk tegangkan kulit. | Assalamualaikum wbt. Memiliki kulit yang cantik dan tegang menjadi idaman semua orang terutamanya perempuan. Kalau korang nak tau, kulit pada seluruh badan kita akan mengalami proses regenerasi sepanjang hayat. Dengan meningkatnya usia, kulit kita akan hilang kemampuannya terhadap pemulihan itu  secara berperingkat. Kesannya, kulit akan jadi kendur, malah kedut-kedut halus akan memunculkan dirinya pada sekitar mulut  hidung dan dagu. Ketegangan kulit pun akan semakin menurun. 

Jom buat masker semulajadi untuk tegangkan kulit.

Walaupun di pasaran memang banyak produk kosmetik yang boleh membantu mengatasi masalah ni, tapi macam cikla selalu cakap bahan semulajadi adalah adalah lebih baik. Ini kerana ia bebas dari bahan kimia, selamat dan yang paling penting murah serta bahannya mudah dicari. Nak tau tak macam mana nak buat masker homemade? Jom baca sampai habis...

Jom buat masker semulajadi untuk tegangkan kulit.


Ada 3 cara mudah yang boleh kita praktikkan untuk membuat masker sendiri di rumah, iaitu;

Gabungan madu dan susu. 

Gabungan yang mantap ini dikatakan mampu menengangkan kulit seterusnya mencerahkan kulit secara semulajadi. Caranya sangat senang, iaitu campurkan 1 sudu madu dan 5 sudu susu sebelum disapukan pada muka secara rata. Selepas itu, biarkan sampai ia kering di muka korang tu sebelum dicuci dengan menggunakan air bersih. Untuk kesan yang bagus, amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Gunakan pisang

Walaupun pisang memberi kebaikan pada kesihatan, ia jugak amat bagus untuk kecantikan kulit. Pisang yang dijadikan masker dikatakan mampu menegangkan kulit kita sepanjang hari, di samping mengurangkan kedutan sekaligus melembutkan kulit. Caranya, lenyek beberapa biji pisang yang telah masak dalam sebuah mangkuk, kemudian tempelkan pisang yang telah dilenyek itu pada seluruh muka, leher dan bahagian atas dada secara rata. Biarkan sekejap almost 20 minit dan cuci dengan air bersih.

Campuran putih telur dan lemon. 

Memang cikla tau, ramai orang cakap putih telur memang sangat bagus menegangkan kulit. Ia jugak mampu mengecilkan liang pori-pori kulit sekaligus menjadikan muka kita berseri-seri. Caranya, ambil sebiji telur dan asingkan putih dari kuningnya. Selepas itu, tambahkan sedikit air perahan lemon dan pukul campuran tersebut sampai ia berbuih dan kembang. Bila sudah kembang, oleskan campuran tersebut pada muka dengan menggunakan berus lembut dan biarkan ia kering. Setelah itu, cuci muka dengan air suam sampai bersih.

Selamat mencuba!


Sumber Ruangan Stailo.

Tips turunkan paras gula dalam badan.

October 11, 2017 3 Comments
Tips turunkan paras gula dalam badan. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa kat Malaysia, pertambahan pesakit kencing manis atau diabetes semakin meningkat saban tahun. Mengapalah agaknya keadaan ni berlaku ye. Adakah dari corak pemakanan kita yang tak betul atau kegagalan kita untuk bersenam demi kesihatan? Untuk pengetahuan korang, pengambilan gula berlebihan bukan saja boleh menyebabkan diabetes, malah ia jugak boleh menjadi punca kepada kerosakan gigi, disebabkan oleh gula yang menjadi makanan kepada bakteria yang ada pada plak di gigi kita. Tindakbalas ini akan menyebabkan bakteria tersebut menghasilkan asid yang merosakkan enamel gigi kita.

Selain dari itu, gula jugak boleh menyebabkan obesiti kerana kalori berlebihan dihasilkan daripada gula. Ia akan menambah tenaga iaitu kalori tanpa menambah nutrien lain dalam diet harian kita. Kalau korang nak tau, lebihan kalori yang telah digunakan itu akan disimpan sebagai lemak dan sebab itulah kita menjadi semakin gemuk. Gula berlebihan ini akan ditukarkan dalam bentuk glikogen yang mana ia merupakan simpanan  sumber tenaga atau ia akan disimpan sebagai lemak.

Tips turunkan paras gula dalam badan.

Walaupun tiada bukti yang menunjukkan gula berkaitan secara langsung dengan kencing manis, tapi gula boleh menyebabkan obesiti atau kegemukan. Keadaan obesiti ini akan menggalakkan penyakit kencing manis terjadi. Pendek kata, semakin tinggi pengambilan gula, semakin tinggi menjadi obes, seterusnya risiko terkena kencing  manis pun meningkat jugak. So, kita sepatutnya peka dengan keburukan jika mengambil gula secara berlebihan. Apa kata jom kita praktikkan tips ni untuk menurunkan paras gula dalam badan kita. Teruskan pembacaan korang ye...

Tips turunkan paras gula dalam badan.


Langkah paling mudah adalah dengan mengurangkan makanan atau minuman yang mengandungi gula yang tinggi, sebaliknya korang ambillah makanan atau minuman yang mengandungi gula yang rendah. Cikla tau, nak berhenti drastik memang agak susah kan. Iyelah, perkara yang kita selalu buat, macam agak payah nak terus stop. Tapi, korang boleh berhenti secara berperingkat. Nanti lama-kelamaan, korang dah biasa dengan keadaan ni.

Sebenarnya, makanan yang diproses mengandungi gula yang tinggi selain dari garam dan msg. So, lepas ni korang  boleh kurangkan pengambilan makanan ni atau berhenti je terus. Selain itu, biasakan diri korang tu membaca jumlah kandungan gula yang tertulis pada label makanan. So, bolehlah korang kira jumlah gula yang korang nak makan nanti. At least, korang tau kan...

Selain dari mengawal diet yang mengandungi gula, senaman jugak tak kurang pentingnya. Ini kerana, dengan bersenam ia boleh membakar gula (kalori) yang ada dalam badan. Kalau sebelum ni korang suka minum air manis, apa kata lepas ni korang amalkan meminum jus buah pulak. Tapi, jangan jus buah yang jual dalam kotak tu. Jus macam tu pun kandungan gulanya tinggi. Korang buat jus homemade. So, korang bolehlah mengawal kandungan gula yang korang nak tambah dalam jus tu. Tapi, cikla rasa tak payah letak gula pun gak pe dah. Rasa manis buah pun dah cukup dah...

Ada orang menjadikan biskut dan jalan sebagai snek mereka. Apa kata lepas ni korang tukarkan snek yang menjadi kebiasaan korang tu dengan buah pulak. Sebenarnya, sekarang ni memang cikla amalkan ni. Kalau lapar, memang cari buah. Dalam fridge tu memang tak kan kosong. Mesti terisi dengan buah je... Paling tak pun buah epal hijau.

Bagi cikla, kesihatan diri kita, kitalah yang menentukannya. Bukan orang lain. Semoga kita semua terus diberi kesihatan yang baik. Insha Allah, Amin.

Semoga bermanfaat.


Sumber Harian Metro.

09 October 2017

Be My Lucky Followers Giveaway.

October 09, 2017 7 Comments
Be My Lucky Followers Giveaway. | Assalamualaikum wbt. Jom join giveaway ni. Hadiahnya sangat best. Pada yang nak join, klik je pada banner di bawah. 


Be My Lucky Followers Giveaway. 


Syarat-syarat

  1. Follow Blog seindahcerita , Aisya Ismail, Shafyqah Azahar, Mama Aiman,          Cinta Itu Indah, Shikin Razali
  2. Follow IG nieylanadia , aisyaismy, byaisyaismail, shfyqhazhr, nafiz_forever, syamimi8088
  3. Like Page | SEINDAHCERITA  NIEYLBEAUTYSHOP Starlavenderluna's Journal Of Life  
  4. Buat satu entry bertajuk "Be My Lucky Followers By Seindahcerita
  5. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  6. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.
  7. Pemenang di pilih secara Random.org


Hadiah: 

Wang Tunai Rm20 x 1 pemenang. 
Wang Tunai Rm10 x 8 pemenang. 
Pakej Print Gambar + Random Stuff  x 1 pemenang. 

Best kan hadiahnya. Apa lagi, jomlah join ramai-ramai. Giveaway berlangsung dari 9/10/2017 hingga 23/10/2017. Cepat cepat cepat, jangan tunggu lama-lama. 

All the best pada yang join... 
 

Mahu merawat jerawat dengan tepat dan cepat? Baca tips ni.

October 09, 2017 5 Comments
Mahu merawat jerawat dengan tepat dan cepat? Baca tips ni. | Assalamualaikum wbt. Memiliki wajah yang berjerawat sememangnya menjadikan seseorang itu kurang keyakinan diri lebih-lebih lagi kalau berhadapan dengan orang lain. Cikla dulu pernah jugak mengalami masalah ni. Bila jerawat tumbuh seketul kat muka ni, duduk kat depan cermin duk belek-belek muka. Itu baru seketul. Lagi sadis, bila tangan ni 'gatal' je nak picit-picit jerawat kat muka tu. Adoiii...

Memang tak dinafikan, ramai orang yang suka memicit jerawat ni walaupun kelakuan sebelumnya tak betul. Ia bukan saja membuatkan jerawat semakin parah, malah ia turut meninggalkan parut pada muka korang. Orang tua-tua cakap, kuku tu 'bisa'. Bila kena jerawat, nanti jerawat lagi banyak dan teruk. Nauzubillah.

Sebenarnya, banyak cara yang boleh kita gunakan untuk merawat jerawat ni, selain dari menggunakan produk yang ada di pasaran tu. Bukan cikla nak cakap produk tu semua tak bagus dan berkesan, tapi bagi cikla menggunakan bahan alami dan semulajadi adalah lebih selamat sebab ia dapatkan mengurangkan risiko yang timbul kesan dari penggunaannya. Lagipun, ia lebih mudah, murah dan fresh

Tips merawat jerawat dengan tepat dan cepat.

Apa kata kita cuba petua ni bagi merawat jerawat yang bertandang ke muka kita ni. Jom baca sampai habis.

Tips merawat jerawat dengan tepat dan cepat.


Sebenarnya, kita perlu membersihkan muka kita sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Ini penting kerana ia dapat memastikan kulit muka kita sentiasa bersih dari kotoran yang melekat di muka kita dan jugak solekan yang kita pakai semasa di siang hari. Korang kena berhati-hati semasa membersihkan bahagian muka korang  yang berjerawat tu supaya tak luka. Selain itu, rezeki korang tidur pastikan muka korang sudah dibersihkan. Akan tetapi, elakkan dari terlalu kerap mencuci muka sebab ia akan menjadikan kulit muka kering.

Penggunaan skrub memang digalakkan tapi jangan menggunakannya kerap sangat. Semasa kulit muka berjerawat, jangan sental muka korang dengan skrub sebab ia boleh menyebabkan luka pada kulit malah jerawat menjadi semakin teruk pulak. Sebenarnya, kalau korang nak tau, sesetengah orang mengangkat dengan melakukan skrub muka ni, jerawat akan hilang, tapi hakikatnya bukan begitu.

Minyak kelapa dara memang sangat terkenal kerana ia bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit khasnya. Korang gunakan minyak kelapa pada bahagian muka korang yang berjerawat tu. Sapu sikit je. Untuk pengetahuan korang, minyak kelapa dara ni dikatakan mampu membantu memberi kelembapan pada kulit sekaligus ia dapat menghilangkan parut secara natural.

Menyentuh dan memicit jerawat memang kesukaanku. Huhu. Tapi, lepas ni kena insaflah. Nak cantik kan. Rupa-rupanya, dengan memicit jerawat ia akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada jerawat. Kesannya, jerawat lain pulak tumbuh. Dah merebak ke bahagian muka yang lain, jadi makin banyak pulak kan. So, lepas ni tahan diri dari menyentuh cik jerawat ni...

Penggunaan tea tree oil dalam merawat jerawat jugak sudah popular. Khasiat tea tree oil ni sangat bagus sebab ia membantu mengecutkan jerawat. Korang just amalkan dengan menyapunya pada jerawat sebelum tidur. Apa yang bestnya, selain dari mengecutkan jerawat, ia jugak membantu menghilangkan jerawat tanpa kesan parut pada muka korang. Wow... Syoknya!

Akhir sekali, penggunaan madu dan serbuk kulit kayu manis jugak dipercayai elok untuk mengatasi masalah jerawat. Caranya yang mudah iaitu campurkan kedua-dua bahan ini dan gaul rata. Selepas itu, oleskan campurkan itu ke muka korang, buat macam masker. Biar sekejap sampai ia kering di muka, sebelum dicuci bersih dengan air. Amalkan sampai jerawat hilang.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Sekilas Cantik. 

08 October 2017

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤.

October 08, 2017 3 Comments
First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤. | Assalamualaikum wbt. Rasanya, lately macam kurang cikla join segmen or giveaway. Bukan tak nak join, tak sempat nak join. Hihi. Oklah, korang yang join giveaway ni klik pada banner di bawah. 

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤.

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤.


Syaratnya pun senang je. Just follow media sosial penganjur. Senang je kan. Dah tajuknya beauty box, sudah tentu hadiah untuk pemenang bertuah nanti ada sebuah beauty box bernilai RM250 yang mana di dalamnya ada macam-macam benda seperti facial foam, toner, lotion, hair mask, face mask, liquid powder dan lain-lain. 

Wow, banyaknya... So, seorang pemenang akan dipilih untuk menerima beauty box ni. Cikla dah dapat agak, persaingan pasti sengit kan untuk merebut hadiah yang best ni. Tapi, tak apalah. Kalau dah rezeki tak ke mana kan. Cuba ajelah... Kalau korang nak tau apa yang ada dalam beauty box ni klik SINI. 

Giveaway berlangsung dari 20 September 2017 hingga 20 Oktober 2017. So, apa lagi jom join cepat-cepat. 

All the best jugak pada yang join... 


07 October 2017

Apakah rawatan untuk penyakit hipertiroidisme?

October 07, 2017 0 Comments
Apakah rawatan untuk penyakit hipertiroidisme? | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya, penyakit tiroid ni boleh dibahagikan kepada banyak jenis. Selain dari hipotiroidisme, ada lagi satu penyakit tiroid yang biasa berlaku iaitu hipertiroidisme. Hipertiroidisme adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan.

So, secara umumnya rawatan yang diberikan kepada pesakit hipertiroidisme adalah untuk mengurangkan penghasilan hormon tiroid daripada kelenjar tiroid ataupun untuk mengurangkan kuantiti hormon tiroid yang terbebas dalam peredaran darah.

Apakah rawatan untuk penyakit hipertiroidisme?

Apakah rawatan untuk penyakit hipertiroidisme?


Ada beberapa jenis rawatan yang akan diberikan atau dicadangkan oleh doktor kepada pesakit hipertiroidisma, iaitu;


Ubat carbimazole dan methimazole. 

Untuk pengetahuan korang, ubat carbimazole adalah ubat anti-tiroid yang biasa digunakan dalam rawatan hipertiroidisme. Manakala, methimazole pula adalah bentuk aktif carbimazole di dalam badan. Carbimazole akan bertindak dengan mengurangkan penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid. 

Biasanya, doktor akan memulakan pesakit dengan dos yang tinggi yang mana ia akan diambil 2 hingga 3 kali sehari dalam tempoh beberapa minggu sampailah hormon tiroid pesakit kembali ke paras normal. Selepas itu, pesakit akan meneruskan pengambilan carbimazole dengan dos pengekalan yang lebih rendah.


Akan tetapi, ada  beberapa kesan sampingan biasa yang dikaitkan dengan carbimazole termasuklah wujudnya ruam kulit, rasa loya, sakit kepala, perubahan sistem gastrousus dan sesetengah pesakit akan mengalami pengurangan sel darah putih. Tapi, korang jangan risau. Keadaan ini akan kembali normal selepas pengambilan ubat ini dihentikan. 

Bagi wanita mengandung, penggunaan ubat carbimazole perlu diberi lebih perhatian, lebih-lebih lagi kalau pesakit perlu mengambil dos yang tinggi. Kalau perlu, ubat perlu diberhentikan pada hujung kehamilan atas arahan doktor.

Selain itu, carbimazole juga didapati boleh masuk ke dalam kelenjar susu. So, penggunaan carbimazole oleh ibu yang menyusukan anak juga perlu lebih berhati-hati.

Ubat propylthiouracil (PTU). 

Ubat PTU ini pulak bertindak dengan cara yang sama seperti carbimazole, tapi dengan kesan tambahan kepada hormon tiroid yang terdapat di bahagian periferi badan. Walau bagaimanapun, disebabkan ubat ini turut memberi kesan sampingan kepada fungsi hati, penggunaan nya perlu dihadkan untuk pesakit yang tidak boleh mengambil carbimazole atau iodin radioaktif sahaja, termasuklah pesakit yang mengandung trimester pertama. Ubat PTU ini perlu ditukar kepada carbimazole selepas kandungan masuk trimester kedua dan ketiga. Kesan sampingan PTU adalah hampir sama dengan carbimazole.


Iodin radioaktif (Iodine - 131). 

Iodin radioaktif ini mengandungi iodide, prekursor untuk penghasilan hormon tiroid. Apabila ia diserap masuk ke dalam kelenjar, iodide akan mengeluarkan sinaran beta dan akan menyebabkan sel tiroid yang menghasilkan hormon akan musnah. Akan tetapi, cara rawatan iodin radioaktif ni adalah tak sesuai digunakan untuk pesakit berusia kurang 30 tahun, atau pesakit yang pernah menggunakan ubat anti-tiroid sebelum ini.


Ubat perencat reseptor beta adrenergik (beta blocker). 

Ubat kumpulan ini tidak memberi kesan kepada paras hormon tiroid. Ia hanya membantu dalam mengurangkan simptom hipertirodisme seperti memperlahankan degupan jantung, mengurangkan getaran dan rasa gelisah pesakit dengan merencat reseptor beta adrenergik. Contoh ubat jenis ini yang banyak digunakan ialah propranolol.


#tdaORI #tiroiddananda


Sumber Facebook page KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. 

6 petua di dapur yang wajib kita ketahui.

October 07, 2017 5 Comments
6 petua di dapur yang wajib kita ketahui. | Assalamualaikum wbt. Sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa macam cikla ni, cikla rasa kita kena tau ilmu atau petua yang mungkin dapat membantu kita kalau kita menghadapi masalah semasa 'bekerja' di dapur. Walaupun mungkin ada yang sudah tau petua-petua ni, cikla nak share jugak dengan korang. Pada yang dah tau tu, anggaplah ni pelajaran ulangkaji untuk korang, dan pada yang tak tau lagi.. Ni ilmu baru untuk korang tau...

6 petua di dapur yang wajib kita ketahui.

Jom baca sampai habis...

6 petua di dapur yang wajib kita ketahui.


Hilangkan bau makanan yang masih melekat di pinggan

Memang tak dinafikan, kadang-kadang kita rasa kita dah cuci bersih-bersih dah pinggan, periuk, belanga, kuali dan semua peralatan masak kita tapi masih ada lagi bau makanan kan. Betul tak? Untuk menyelesaikan masalah ni, korang gunakan lemon. Caranya, korang Cuba rendam pinggan dan peralatan memasak tu di dalam larutan sabun dan perahan lemon. Cubalah...


Memelihara kesegaran sayur-sayuran

Kalau kita simpan sayur-sayuran di dalam peti sejuk sejuk terlalu lama, mesti kesegaran sayur tu hilang kan. So, untuk mengekalkan dan memelihara kesegaran sayur tersebut, rendam sayur itu dalam air yang telah dicampur dengan cuka selama beberapa minit. Ia bukan sahaja menjadikan sayur korang segar, malah kotoran pada sayur tersebut turut hilang.


Mengatasi minyak panas dari terpercik semasa memasak

Biasanya, kalau kita goreng ayam atau ikan mesti sekeliling dapur kita kotor disebabkan percikan minyak kan. So, ada cara yang mengatasi masalah ni. Sebelum korang menggoreng, panaskan minyak macam biasa, kemudian masukkan sedikit tepung ubi ke dalam minyak tersebut dan kacau rata. Selepas itu, barulah korang masukkan ayam atau ikan yang nak digoreng tu. Cara bukan saja mengelakkan minyak dari terpercik, malah ayam atau ikan yang digoreng tu jadi lebih sedap. Yummy...


Menghilangkan rasa hanyir sup ikan. 

Kadang-kadang, ada masanya bila kita buat sup ikan mesti rasa sup tu hanyir kan. Itu sebabnya, ada orang lebih suka beli je, sebab tak pandai nak masak sup ikan tu. Tapi, nak hilangkan hanyir sup ikan tu senang je sebenarnya. Korang masukkan 2 sudu kecil jus limau nipis ke dalam sup sebelum korang padamkan api. Ia jugak akan menjadikan sup lebih sedap dan lazat. 


Mengelakkan serai dan kunyit cepat rosak dan tahan lama. 


Cikla kalau masak guna kunyit hidup atau halia memang sikit je. So, macam mana kita nk simpan 'lebihan' kunyit dan halia ni supaya lebih tahan lama. Bukan apa, kalau kita simpan lama even kat dalam peti sejuk sekalipun, mesti lama-kelamaan ia menjadi kecut dan dah tak sedap dah. Tapi takpe. Korang boleh cuba cara ni. Mula-mula, bersihkan serai dan kunyit ni, kemudian masukkan ke dalam sebuah bekas yang telah dimasukkan sedikit air. Tutup rapat-rapat bekas tersebut, sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Tapi korang kena ingat, tukar air tersebut 2 minggu sekali untuk mengekalkan kesegarannya.


Cara mudah mengopek kulit udang

Ada orang macam susah dan lambat je bila time nak buang kulit udang. Kalau udang besar  takpelah. Senang sikit kan. Kalau udang yang kecik? Sebenarnya, ada cara yang senang macam mana nak buang kulit udang ni. Caranya, ambil sedikit garam dan campurkan dalam mangkuk berisi air. Selepas itu, masukkan udang dan biarkan sekejap kira-kira 10 minit. Ia akan memudahkan kerja korang semasa mengopek kulit udang kerana kulitnya akan terbuka dengan sendiri.


Selamat mencuba...


Sumber Ruangan Aneka Petua.

Kawasan di rumah yang paling banyak bakteria yang mungkin korang tak tau.

October 07, 2017 2 Comments
Kawasan di rumah yang paling banyak bakteria yang mungkin korang tak tau. | Assalamualaikum wbt. Amboi, panjangnya tajuk. Hehe. Sebenarnya, di dalam rumah ada beberapa kawasan dan tempat yang mungkin kita tak sangka begitu banyak bakteria berada di situ. Kepekaan kita terhadap hal sebegini adalah sangat penting, lebih-lebih lagi kalau kita mempunyai anak-anak yang masih kecil. Faham-faham ajelah, budak-budak macam adik Zara kalau jumpa benda mesti masuk dalam mulut. Entah kenapa. Mungkin dia nak rasa benda tu manis ke, tawar ke, masin ke. Haha.

Kawasan di rumah yang paling banyak bakteria yang mungkin korang tak tau.

So, sebagai ibu yang prihatin kepada kesihatan anaknya, seharusnya kita mesti tahu di manakah tempat-tempat yang mungkin ada bakteria dan kuman di situ. Nak tau tak kat mana? Jom baca seterusnya...

Kawasan di rumah yang paling banyak bakteria yang mungkin korang tak tau.


Remote control

Betul jugak kan. Bukannya satu tangan yang pegang remote control tu, tapi banyak tangan kan. So, memang kita tak akan sedar berapa banyak bakteria yang melekat padanya. So, jalan penyelesaianya korang kena bersihkan remote control tu setiap hari dengan menggunakan tisu antibakteria. Paling tak pun, lap dengan menggunakan cecair antiseptik.


Dinding tandas

Dah namanya tandas kan, mestilah banyak kuman dan bakteria kat situ. So, kalau korang membersihkan bilik mandi, jangan lupa pulak nak cuci sekali dindingnya sekali. Lantai pun jangan lupa tau.


Coffee maker. 

Pengguna coffee maker kena alert pasal ni. Mungkin korang telah membersihkan penapisnya, tapi mesti ada jugak sisa kopi yang masih melekat di situ. Betul tak? Kalau sisa ni dibiarkan tanpa di bersihkan, ia akan menjadi punca wujudnya bakteria. Rendamkan bekas tu dengan menggunakan cuka beberapa minit, kemudian cuci dengan air bersih.


Bekas berus gigi. 

Memang tak dinafikan yang bekas berus gigi ada tempat yang lembap sebab selalu terkena air. So, ia boleh juga menjadi tempat bakteria membiakkan dirinya.


Bekas makanan haiwan peliharaan

Kalau korang jenis yang suka membeli bintang seperti kucing, hamster, dan sebagainya, korang kena alert pada bekas tempat makanan haiwan-haiwan ini. Paling bagus, cucilah bekas ni setiap hari dengan merendam bekas tersebut dalam air panas lebih kurang 10 minit dan selepas tu cuci dengan sabun dan air bersih.


Dapur gas. 

Biasanya, kalau kita memasak mesti ada minyak atau kuah masakan kita terpercik di sana sini. Betul tak? So, selepas selesai memasak, sebaiknya korang lap dan bersihkan kawasan ni terutama pada permukaan dapur dan tombolnya.


So, jom jadi seorang ibu yang sentiasa alert dan prihatin terhadap kebersihan di dalam rumah demi kesihatan keluarga terutama anak-anak yang masih kecil. Orang cakap, mencegah lebih baik dari mengubati.

Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Info Sihat.

06 October 2017

Tips untuk wanita : Macam mana nak memastikan Miss V wangi sentiasa sepanjang hari.

October 06, 2017 3 Comments
Tips untuk wanita : Macam mana nak memastikan Miss V wangi sentiasa sepanjang hari. | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya semua wanita mengidamkan Miss V yang sentiasa berbau harum dan wangi kan? Betul tak. Tapi, kalau korang nak tau bukan senang nak mendapatnya tanpa gaya hidup yang baik dan makanan berkhasiat. Walaupun begitu, ia adalah normal kalau bahagian intim tak berbau harum sebab Miss V adalah organ dapat mengekalkan pH yang sihat secara sistematik.

Ada kalanya, Miss V akan mengeluarkan cecair putih dan berbau sedikit asid, jangan risau... It's normal, sebab ia dikatakan sebagai pelepasan sihat dalam proses ovulating. Tapi, kalau korang merasa gatal, sakit, Miss V berbau kurang enak dan keluar cecair dengan warna pelik itu tandanya Miss V mengalami jangkitan dan cepat-cepat berjumpa doktor.

Tips untuk wanita : Macam mana nak memastikan Miss V wangi sentiasa sepanjang hari.

Tapi, korang jangan risau sangat. Ada caranya macam mana nak memastikan Miss V wangi sentiasa sepanjang hari. Nak tau tipsnya? Jom baca apa yang cikla nak share ni...

Tips untuk wanita : Macam mana nak memastikan Miss V wangi sentiasa sepanjang hari.


Antara tips mudah yang korang boleh cuba untuk memastikan keharuman Miss V, adalah seperti berikut;

  1. Elakkan mencuci Miss V dengan menggunakan sabun biasa atau sabun badan. Sebenarnya, bahagian luar Miss V boleh dicuci dengan menggunakan air atau cecair pencuci bahagian intim yang lembut. Itu pun cuci sekali sehari je, cukup dah. Lagipun, kalau korang nak tau sabun biasa tu selalunya mengandungi bahan alkali yang terlalu keras. So, ia akan menyebabkan ketakseimbangan tahap pH di kawasan tersebut dan bau serta gatal-gatal di kawasan itu. 
  2. Sebaiknya, pakai pakaian yang longgar dan tak terlalu ketat. Pakaian yang longgar memudahkan pengaliran udara berlaku. So, ia dapat menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria. 
  3. Kita sangat digalakkan minum air yang banyak sebab ia membantu menyahkan toksin dari badan. 
  4. Seeloknya, selalu mencukur bulu di bahagian terbabit sebab ia boleh memerangkap peluh khususnya seterusnya menyebabkan wujudnya bau kurang enak.
  5. Selepas korang bersenam, sebaiknya cuci bahagian tersebut dengan air suam dan minumlah makanan serta minuman probotik supaya dapat membantu kesihatan Miss V.

Semoga selepas ni kita menjadi lebih pekat terhadap kebersihan dan kesihatan bahagian yang satu ini. Bukan apa, kadang-kadang bukan 'bau' yang kita penting, cukuplah kita sentiasa sihat dan bebas dari penyakit.

Semoga bermanfaat.


Sumber Majalah Wanita Ogos 2017.

05 October 2017

Pertama kali makan buah kiwi.

October 05, 2017 6 Comments
Pertama kali makan buah kiwi. | Assalamualaikum wbt. Sebelum ni kalau beli buah, sekalipun ternampak buah kiwi tu kat situ, memang tak tergerak pun nak beli. Nak dijadikan cerita, kebetulan ada pasaraya Econsave baru bukak kat area rumah cikla dan ada promosi pulak, tergerak pulak nak beli dan merasa. Lagipun, korang tau je lah buah kiwi ni mahal jugak harganya kan.

Sejujurnya, ni pertama kali cikla makan buah ni. Biasanya, sebelum ni cikla makan nata de coco ataupun yang telah dibuat jus. Itupun dia dah  campur dengan buah lain. So, rasa fresh kiwi tu dah tak berapa nak rasa kan. Cikla memang makan mentah macam tu je.

Untuk pengetahuan korang, nama buah kiwi ni sebenarnya diambil sempena nama burung Kiwi New Zealand. Burung kiwi adalah sejenis burung luar biasa yang tak boleh terbang (walaupun ia adalah dari spesis burung). So, kedua-duanya kecil (buah dan burung kiwi) , berwarna coklat dan berbulu. Akan tetapi, bukan semua buah kiwi berbulu gebu (fuzzy).

Pertama kali makan buah kiwi.


*alah cikla tak snap gambar pulak, pinjam Google lah...

Pertama kali makan buah kiwi.

Sumpah, masa memula tu memang tak reti nak makan macam mana. Cikla ingat kena kupas kulitnya macam kita kupas buah epal tu. Rupanya, caranya senang je. Guna sudu. Bentuk buah kiwi lonjong dan berbulu halus di luarnya. Setahu cikla, buah kiwi ni ada dua jenis (yang cikla pernah nampaklah). Yang warna hijau (macam yang cikla makan ni) dan yang jenis gold. Tapi, cikla tak taulah kalau ada jenis yang lain.

Bagi cikla, sedap jugak buat kiwi ni lebih-lebih lagi kalau yang dah masak. Masam-masam manis. Kiranya boleh ngamlah dengan tekakku ini. Untuk pengetahuan korang, buah kiwi mempunyai banyak khasiatnya. Korang nak tau tak apakah kelebihan buah berbulu halus ni? Jom baca apa yang cikla nak share ni...

Khasiat buat kiwi.


  1. Membantu sistem penghadaman, kerana di dalam kiwi mentah mengandungi actinidain, iaitu sejenis enzim pelarut protein. Ia dikatakan dapat membantu mencerna makanan. 
  2. Membantu mengawal tekanan darah, kerana di dalam buah kiwi adanya portassium yang tinggi yang mana ia  membantu dalam pengimbangan elektrolit dengan cara meneutralkan kesan sodium.
  3. Melindungi daripada berlakunya kerosakan DNA, kerana ada kajian dilakukan yang mana ia menunjukkan di dalam buah kiwi wujudnya gabungan antioksida yang unik. Ia dikatakan dapat membantu melindungi sel DNA daripada kerosakan oksidatif. Malah, ada pakar mengatakan buah kiwi jugak dapat membantu mencegah kanser.
  4. Membantu meransang sistem imuniti, kerana di dalam buah kiwi adanya vitamin C yang tinggi  kandungannya. Ia dikatakan telah pun terbukti dapat meransang sistem imunisasi.
  5. Mengandungi karbo bijak dalam usaha diet untuk menurunkan berat badan, sebab di dalam buah kiwi terkandungnya fiber dan indeks glisemik yang tinggi. Maknanya, ia tak akan menghasilkan rembesan insulin yang kuat seperti lain. So, badan tak akan bertindak balas dengan menyimpan lemak.
  6. Membantu menyahtoksin bahan yang tak diperlukan oleh badan, kerana fiber “fuzzy” buah kiwi dikatakan boleh membantu mengikat serta membuang toksin dari saluran usus kita.
  7. Membantu mengelak dari penyakit jantung. Kalau korang nak tau, dengan memakan 2 hingga 3 biji buah kiwi sehari telah terbukti dapat mengurangkan potensi darah beku sebanyak 18% dan mengurangkan triglyserida sebanyak 15%. Buah kiwi jugak mempunyai sifat anti-pembekuan yang sama seperti aspirin dan yang penting ia tiada kesan sampingan. 
  8. Buah kiwi menghasilkan keseimbangan alkaline, iaitu ia kaya dengan bekalan mineral l yang boleh menggantikan lebihan makanan berasid yang biasanya dimakan oleh seseorang itu. Ia adalah penting untuk mendapatkan kulit muda, tidur yang nyenyak, tenaga fizikal yang banyak, kurang selsema, kurang arthritis dan mengurangkan osteoporosis.
  9. Buah kiwi merupakan makanan organik semulajadi, kerana pada tahun 2016 ia tersenarai sebagai 10 makanan selamat yang bebas dari sisa racun perosak.

Marilah kita makan buat kiwi. Tapi, untuk orang yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi hempedu tak boleh makan buah ni. Ini kerana, di dalam buah kiwi adalah oksalat iaitu bahan semulajadi yang biasanya ada di dalam kebanyakan tumbuhan dan haiwan. Kalau korang nak tau, bila oksalat jadi  terlampau pekat dalam cecair badan, ia boleh berubah menjadi bentuk kristal. Kesannya, mereka akan mengalami masalah kesihatan. 

Selain itu, buah kiwi jugak mengandungi bahan enzim yang berkait rapat dengan sindrom alahan buah-buahan bergetah. Kalau korang jenis yang alah kepada getah, mungkin korang alah  jugak dengan buah ni.

Semoga bermanfaat...


Sumber SINI.

Tips menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita.

October 05, 2017 3 Comments
Tips menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita. | Assalamualaikum wbt. Dalam melayari bahtera rumahtangga yang bahagia, kita perlulah menjadi pendengar yang baik dan setiap kepada pasangan kita. Memang tak dinafikan yang orang perempuan ni memang sangat suka bercerita, tak kiralah apa je topik. Kalau mereka sudah mula bercakap tu, ada saja cerita dan saling berkait-kait pulak tu. Lepas satu, satu cerita yang keluar. Terror betul. Hehe. 

Tapi, cikla percaya ada sesetengah suami atau pasangan yang tak memberi respon yang sepatutnya kepada 'cerita' isterinya tu. Telinga memang mendengar, tapi orang cakap antara dengar atau tak. Memang ke lautlah jawabnya. Macam suami cikla pun cikla dah faham sangat sikapnya. Kalau dia tengah baca surat khabar  atau tengok perlawanan bola sepak kat TV tu, janganlah nak ajak dia bersembang. Alamatnya, bercerita sorang-soranglah jawabnya nanti. Huhu. Tapi, itulah. Kalau nak ajak bercerita lepas ni, memang kena tengok time jugaklah. Lagipun, siapa aje yang suka kalau 'bercakap' sorang-sorang kan. 

Tips menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita.

Sebenarnya, kalau kita jadi pendengar yang baik kepada pasangan kita ni tak susah mana pun. So, jom baca beberapa tips yang cikla nak share ni. Tips yang mudah dan ringkas. Nak tau tak? Teruskan membaca sampai habis...

Tips menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita.


  1. Bila pasangan kita nak mula bercerita, korang tumpukanlah perhatian pada dia. Tak kiralah masa tu korang tengah tengok TV ke, baca surat khabar ke hatta tengah tengok telefon pun, berhentilah sekejap untuk memberi perhatian pada dia. Apa yang paling penting adalah eye contact. Masa  si dia bercerita, pandang matanya. Cuba fahami dan teliti apa yang dia ceritakan. Sudah tentu dia seronok nak bercerita sebab korang khusyuk mendengar apa yang dia katakan. 
  2. Kalau apa yang si dia cerita tu berkaitan dengan korang (mungkin lebih kepada mengkritik atau menegur perangai korang), sebaiknya korang diam je dan jangan nak argue apa-apa. Dengar je apa yang dia cakapkan. Biarkan je dia meluahkan apa yang terbuku di hati, sekurang-kurangnya ia akan dapat melegakan hati dia yang sedang marah tu. Takpelah sesekali 'tadah' telinga kan... 
  3. Bagi cikla, memang menjadi 'kepantangan' seseorang perempuan itu bila pasangannya terus bagi jalan penyelesaian tanpa mendengar cerita dia sampai habis. Maknanya, jangan potong cakap dia dulu sebelum dia menghabiskan 'ceritanya'. Kadang-kadang, si perempuan ni bercerita sebab nak luahkan perasaan je, dan bukan nak mintak pendapat macam mana nak kasi settle pun. 
  4. Kalau si dia meluahkan perasaan marahnya kepada orang lain, korang berilah sokongan pada dia. Maksudnya, jangan pulak korang menyokong orang yang dimarahinya pulak. Tak pasal-pasal korang pun sama kena marah. Tunjukkanlah sokongan korang pada dia, tapi perlulah dengan cara yang betul. 
  5. Cuba tanyakan soalan setelah mendengar apa yang diluahkan oleh si dia. Bukan apa, itulah tanda korang peka dan dengar masa dia kaw-kaw bercerita dengan korang. Tapi, pastikan soalan tu berkaitan dengan apa yang diceritakanlah. Mesti si dia happy je, sebab korang beri respon pada cerita dia.


Pada cikla, tak kira lelaki atau perempuan,  kalau pasangan korang tu nak bercerita dan berkongsi luahan rasa, dengarlah apa yang mereka nak cakapkan tu. Kalau bukan dengan korang mereka nak berkongsi rasa, dengan sesiapa lagi kan. Betul tak? Barulah boleh dikatakan teman sepanjang hayat, di kala susah dan senang.

Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

04 October 2017

Mahukan detoks terbaik? Jom minum jus lemon.

October 04, 2017 3 Comments
Mahukan detoks terbaik? Jom minum jus lemon. | Assalamualaikum wbt. Biasanya, dalam resepi membuat air detoks lemon pasti tidak dilupakan. Ini kerana, lemon sangat memberi manfaat terutama dalam proses detoksifikasi, that why kebanyakan resepinya mesti ada lemon. Ada orang suka menggunakan lemon dalam masakan mereka.

Sebenarnya, ada beberapa kelebihan lemon ni dalam membantu usaha kita untuk kurus dan sihat. Korang nak tau? Jom baca apa yang cikla nak share ni. Teruskan pembacaan korang ye... 

Mahukan detoks terbaik? Jom minum jus lemon.

Apakah kelebihan minum jus lemon?


Ada lima kelebihan lemon, iaitu;

  1. Lemon dapat membantu menyokong sistem imun badan kita. Hal ini kerana adanya vitamin C yang tinggi di dalamnya. Untuk mereka yang selalu kena selsema, eloklah minum jus lemon.
  2. Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit dan penghadaman, amalkanlah meminum segelas air lemon suam setiap pagi. Air lemon ini dikatakan dapat membantu merangsang saluran penghadaman sekaligus merangsang pergerakan usus dan membersihkan organ hati kita. 
  3. Jus lemon jugak dikatakan dapat meningkatkan hidrasi dan memberikan tenaga. Korang hanya perlu meminum air lemon suam setiap pagi, Insha Allah korang akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. 
  4. Dengan meminum air lemon pada setiap pagi dikatakan dapat membantu membakar lemak dengan lebih berkesan. Hati pulak akan berfungsi dengan lebih baik bagi memastikan proses metabolisme lemak berlaku dengan baik dan ia amat penting dalam proses diet. So, pada yang nak kuruskan badan pun elok amalkan meminum air lemon ni. 
  5. Kehadiran vitamin C yang tinggi di dalam lemon mampu mencantikkan kulit. Hal ini kerana, vitamin C berperanan sebagai antioksidan yang mana ia mencegah penuaan pramatang sekaligus menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit. Kulit jugak akan menjadi lebih anjal dan awet muda sebab vitamin C di dalam lemon adalah sangat diperlukan untuk menghasilkan kolagen.


So, gunakan yang semulajadi kerana ia lebih selamat dan baik. Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Sekilas Cantik. 


03 October 2017

Petua cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki.

October 03, 2017 0 Comments
Petua cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap kalau nak cantik, kenalah usaha untuk jadi cantik. Jangan asyik cakap nak cantik je, tapi tak buat apa-apa. Mana boleh jadi macam tu kan. Tapi, bagi cikla apa yang paling penting, menggunakan bahan semulajadi adalah lebih selamat sebab kita dapat mengelakkan diri kita dari menjadi 'mangsa' produk itu nanti. Dari nak jadi cantik, terus jadi masalah lain. Betul tak?

Petua cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki.

So, kali ni cikla nak share dengan korang petua cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki.  Apa yang pasti, petua ni adalah dari bahan semulajadi dan semestinya selamat. Insha Allah.

Petua cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki.


Berikut merupakan petua mudah yang boleh kita pratikkan untuk nampak cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki, iaitu;

Petua melembutkan rambut dengan yogurt buatan sendiri

Untuk mendapatkan rambut yang lembut, korang boleh cuba petua ni. Yogurt buatan sendiri atau homemade. Cara nak membuat yogurt ni mudah saja. Firstly, campurkan 2 sudu besar susu tepung dengan air suam dalam sebuah cawan. Then, campurkan lime juice di dalam cawan tersebut dan simpan selama 5 jam di dalam fridge.

Bila yogurt nampak pekat, korang lumurkan pada rambut kemudian 'bungkus' rambut korang dengan menggunakan tuala bersih. Biarkan lebih kurang sejam sebelum di bilas dengan air. Kalau nak hasil yang bagus, buatlah selalu. Insha Allah...

Petua mengatasi masalah rambut beruban

Memang tak dinafikan, ada orang muda-muda lagi dah beruban rambutnya. Mungkin kesan dari penggunaan minyak rambut atau produk penjagaan rambut yang tak sesuai. Tapi, takpe. Korang boleh cuba petua ni. Caranya adalah, parut sebiji buah kelapa tua, kemudian ambil santannya. 

Selepas itu, didihkan santan tersebut sampai pecah minyak. Ambil minyak tersebut dan campurkan dengan sedikit halba lalu disimpan di dalam botol yang bersih. So, korang gunakanlah minyak tersebut setiap hari dengan menjadikannya sebagai minyak rambut. Insha Allah, lama kelamaan uban akan semakin berkurangan dan rambut jadi hitam balik.

Petua mencantikkan mata. 

Cikla selalu dengar orang cakap,

'Dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati... '

Nah, begitu hebatnya panahan mata kan, sebab itulah kita perlu menjaga anugerah yang tak ternilai ni dengan baik. Dengan meminum air putih yang secukupnya setiap hari, ia dikatakan mampu mengelakkan bahagian mata kita menjadi kering dan berkedut.

Petua menghapuskan jeragat

Cikla percaya sesiapa yang mempunyai kulit yang berjeragat mesti runsing memikirkan cara nak merawat masalah ni kan. Lepas tu, bila berhadapan dengan orang rasa macam confident tu kurang je kan. Betul tak? Korang jangan risau, korang boleh cuba petua ni. 

Just gunakan hampas kelapa je untuk menghapuskan jeragat ni semua. Kalau korang nak tau, dengan menggunakan hampas kelapa ia dikatakan dapat membantu menghilangkan jeragat sekaligus menjadikan kulit muka korang lebih halus dan gebu.

Caranya, ambil hampas kelapa, kemudian gosokkan hampas kelapa tersebut pada keseluruhan kulit muka korang. Selepas itu, biarkan sekejap around 20 minute sebelum dicuci dengan air bersih. Untuk lebih berkesan, ulang langkah tersebut sampailah jeragat hilang.

Petua mengurangkan garis halus di wajah

Sebelum ni, apa yang cikla tau petua tok nenek dulu-dulu, kalau kita nak pudarkan atau hilangkan (kalau dilakukan secara konsisten) guna je kulit pisang. Ada yang pernah cuba tak? Tapi, kalau korang nak tau kulit pisang jugak boleh digunakan untuk mengurangkan garis halus di wajah korang.

Caranya adalah, keluarkan bahagian dalam isi kulit pisang dan campurkan ia dengan 1 sudu besar madu sebelum disapu keseluruhan wajah dan leher korang. Biarkan sekejap dalam 15-20 minit sebelum dibersihkan dengan menggunakan tuala yang telah direndam dalam air suam. Untuk hasil yang baik, lakukan 2-3 kali seminggu.

Petua putihkan siku dan lutut

Memiliki siku dan lutut yang gelap adalah agak memalukan. Walaupun bahagian itu adalah bahagian yang 'tersorok', tapi kita tak boleh nak mengabaikan kedua-duanya. Untuk memutihkan bahagian ni, ada petua mudah yang mungkin boleh korang cuba. Gunakan aje minyak zaitun kerana ia dikatakan mampu memutihkan kulit secara semulajadi.

Caranya mudah je, ambil beberapa Titus minyak zaitun, kemudian sapukan pada bahagian siku dan lutut sebelum mandi. Biarkan sehingga 30 minit sebelum korang mandi macam biasa. Selepas mandi, sapukan pulak losyen pelembap pada bahagian yang bermasalah tu. Untuk kesan yang lebih baik, amalkan setiap hari sebab ia sangat bagus menanggalkan sel kulit mati sekaligus melembapkan kulit kita.

Petua merawat tumit kaki pecah

Tumit kaki pecah sememangnya kelihatan kurang menarik, betul tak? So, bagi mengatasi masalah ni, ambil beberapa biji belimbing buluh sebelum dibersihkan. Selepas itu, gosokkan belimbing buluh tersebut pada tumit yang bermasalah. Last sekali, beruskan tumit kaki korang tu dengan lembut, dan buatlah setiap hari sebelum korang mandi.

Bagi cikla, kalau nak dapatkan hasil seperti yang dihajatkan kenalah buat secara konsisten dan tanpa jemu. Kalau kejap buat, kejap tak memang tak menjadilah kot....

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat...


Sumber Ruangan Aneka Petua.

02 October 2017

Kelebihan menggunakan baking soda untuk cantik.

October 02, 2017 3 Comments
Kelebihan menggunakan baking soda untuk cantik. | Assalamualaikum wbt. Biasanya kita tengok orang gunakan baking soda untuk membuat kek dan roti, tapi sebenarnya kalau korang nak tau kita boleh menggunakannya dalam bidang kecantikan. Tak percaya baking soda ni banyak kelebihannya? Jom baca perkongsian ni...

Kelebihan menggunakan baking soda untuk cantik.


Ada beberapa kelebihan yang ada pada baking  soda terutama sekali dalam bidang kecantikan, iaitu;

Kelebihan menggunakan baking soda untuk cantik.

Baking soda mencerahkan kulit. 

Siapa yang taknak mempunyai kulit yang cerah lebih-lebih lagi secara alami kan. Caranya senang je, guna baking soda. Caranya mudah je, just bancuh banking soda dengan sedikit air, kemudian guna bancuhan itu sebagai pencuci muka korang sebelum dicuci bersih. Lakukan 2 kali sehari, hasilnya pasti tidak mengecewakan korang.


Baking soda membantu memudarkan kesan parut dan membuang sel kulit mati

Cikla percaya, adanya parut terutamanya pada muka sangat merunsingkan korang kan. Betul tak? Tapi, lepas ni korang tak perlu risau lagi. Just gunakan baking soda yang dijadikan masker. Caranya, bancuh baking soda dengan air suam dan pastikan adunan ni pekat. Selepas itu, oleskan adunan yang telah sebati tadi keseluruhan muka korang tapi elakkan terkena mata dan bibir tau. Biarkan sekejap around 20-25 minit, sebelum dicuci dengan air suam dan bersih. Hasilnya, parut akan semakin pudar dan lama-kelamaan parut akan hilang. Kulit pun jadi lebih halus.


Di samping itu, tentu korang tak percaya kan yang baking soda jugak boleh membantu membuang sel kulit mati. Cara yang sama seperti di atas iaitu bancuh baking soda dengan air suam kemudian hasil adunan tersebut pada badan dan muka korang secara perlahan-lahan. Kesannya, kulit menjadi halus. Cubalah...

Baking soda membantu mengatasi jerawat dan jeragat

Kalau bercerita pasal jerawat ni memang kadang-kadang boleh stress. Haha. Begitu dashyatnya penangan jerawat ni kan. Macam tu jugak dengan cik jeragat ni. Dah dah, jangan stress dah. Korang boleh gunakan baking soda untuk atasi masalah korang tu. Kalau korang nak tau, baking soda dikatakan mampu mengecutkan jerawat, dan yang paling best sekali adalah, ia tak akan meninggalkan jerawat di wajahmu. 

Caranya pun sangat senang, iaitu just bancuh je baking powder dengan air dan jadikan ia macam masker, tampalkan ke muka korang. Kemudian, biarkan sebentar sampai kering dan bilas muka korang dengan air bersih. Lakukan sehari sekali pun dah ok dah. Korang buatlah sampai jerawat hilang.


Untuk merawat jeragat pulak, caranya pun mudah jugak. Korang just campurkan baking soda dengan perahan lemon. Kacau adunan sampai sebati, dan jadikan ia sebagai skrub muka. Buat setiap hari jugak, Insha Allah hasilnya pasti tak mengecewakan korang.

Bagi cikla, kalau nak melakukan sesuatu perkara tu biarlah secara  konsisten dan tanpa jemu. Bukan apa, bila kita perolehi  hasilnya nanti, kita lebih rasa puas hati dan bangga. Apa yang paling penting, ia adalah lebih selamat daripada kita menggunakan bahan kimia yang dikhuatiri boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita di kemudian hari. 

Semoga bermanfaat... 

Sumber Ruangan Sekilas Cantik. 


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.