Tips untuk memastikan kereta sentiasa berbau segar.

By Cikla Shahril - September 11, 2017

Tabiat menghidap rokok di dalam kereta dan semasa memandu memang agak tidak bagus. Bukan apa, keadaan ini akan menyebabkan 'udara' di dalam kereta menjadi tak segar kerana dicemari asap rokok. Kalau korang nak tau, asap rokok yang dihidu oleh orang yang tak merokok yang turut berada di dalam kereta akan memberi kesan buruk kepada mereka. 

So, untuk menyegarkan kembali udara di dalam kereta korang tu, korang boleh try tips yang cikla nak share ni. Mungkin ada yang korang biasa buat. Jom kita semak apakah caranya.

Tips untuk memastikan kereta sentiasa segar.

Berikut merupakan tips untuk memastikan kereta korang sentiasa berbau segar, iaitu;

Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta atau korang boleh bungkus serbuk kopi tu  di dalam kain dan biarkan bungkusan itu semalaman di dalam kereta dengan tingkap yang bertutup. Korang jugak boleh bancuh serbuk kopi di dalam satu gelas, kemudian letakkan di dalam kereta. 

Kalau korang nak tau, serbuk kopi mempunyai aroma yang kuat dan ia mampu menyerap bau asap rokok dan bau-bau lain di dalam kereta korang. Korang boleh ulang langkah di atas dengan menggantikan serbuk kopi itu beberapa kali sampai bau betul-betul hilang.

Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk, kemudian letakkan di bahagian tengah kereta atau di bonet belakang kereta korang. Biarkan ia  semalaman. Kalau korang nak tau, cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta korang tu nanti. Kalau korang nakkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut. Harum je bau lemon nanti.

Kalau korang nak menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, korang cubalah gunakan kulit kayu manis. Caranya, ambil 2-3 batang kulit kayu manis, kemudian rebus. Selepas itu, tuang air rebusan dalam cawan dan letakkan cawan tersebut dalam kereta korang dan tutup tingkap. Biarkan sampai air di dalam cawan tu sampai sejuk dan suhunya turun ke suhu bilik.

Kalau korang pada suka akan bau sitrus seperti oren, korang boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Caranya, kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus yang korang suka, kemudian kumpulkan kulit tersebut dalam cawan. Selepas itu, tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta dengan tingkap tertutup supaya ia boleh menyerap segala bau-bauan kurang enak.

Kalau korang nakkan bau yang semulajadi, korang gunakan ketulan arang. Isikan arang dalam satu beg kecil dan simpan di bahagian belakang tempat letak kaki. Kalau korang nak tau, arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau. Bau yang kurang enak akan hilang dengan serta merta.Kalau yang ni memang cikla dah cuba. Memang menjadi. 

Caranya senang je, ambil dan letakkan beberapa keping roti tak kisahlah roti apa pun. Lepas tu, tutup semua pintu dan tingkap dan biarkan beberapa hari. Tentu korang tak kan percaya, bau kurang enak itu akan diserap oleh roti tersebut. Cikla dulu guna roti yang dah expired. Nak guna roti elok sayanglah pulak kan. Makan lagi sedap, hihi.

Seterusnya, korang boleh gunakan nenas. Caranya, letak separuh buah nenas yang dipotong dalam kenderaan korang. Kemudian, biarkan selama beberapa jam dan bau yang tak best tu akan diserap oleh nenas tersebut.

Kalau yang ni pun cikla ada jugak cuba, guna daun pandan. Caranya, letak beberapa helai daun pandan dalam bonet kereta korang dan Insha Allah bau yang tak sedap tu akan hilang dengan cepat.

Selamat mencuba!

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Wah cik la. Bagus ni. Sekarang musim hujan memang bau kereta naik lain macam sikit

    macam bau baju tak kering

    ReplyDelete
  2. Terima kasih CikLa perkongsian ini..kalau roti biasanya PC guna bila ada durian dalam kereta..kalau tak PC guna bunga kenanga...

    ReplyDelete
  3. Wahh..banyak tips lain rupanya. Biasanya akak guna arang atau letak daun pandai shj utk menghilangkan bau dlm kereta.

    ReplyDelete
  4. Salam singgah!

    Daun pandan dan arang tu saya pernah cubalah. Memang berkesan pun. Tapi bab nenas dan roti tu eh, tak boleh tahan. Lagi sedap kalau dapat makan ^_^

    ReplyDelete