Sultan Kedah mangkat. AL-FATIHAH!

By Cikla Shahril - September 12, 2017

Seluruh rakyat Kedah bersedih dan merasa kehilangan seorang sultan yang sangat disayangi. Almarhum, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam pada pukul 2.30 petang di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. 

Walaupun cikla bukan anak Kedah, tapi turut merasa kehilangan dan  sedih atas pemergian seorang sultan yang berjiwa rakyat.

Sultan Kedah mangkat. AL-FATIHAH!
Sultan Kedah mangkat. AL-FATIHAH! 

Untuk pengetahuan korang, Almarhum Tuanku diputerakan pada 28 November 1927 dan mewarisi takhta kerajaan Kedah pada Julai 1958 daripada Almarhum ayahandanya dan ditabalkan menjadi sultan pada Februari 1959 dan menjadi sultan Kedah yang ke-27. 

Semasa Almarhum Tuanku menjadi Agong yang ke-14, Almarhum adalah seorang raja yang sangat disenangi seluruh rakyat Malaysia. 

Almarhum Tuanku jugak terkenal dengan sikap yang peramah, berhemah tinggi dan mesra dengan rakyat.

Almarhum akan disemadikan di Makam Diraja di Jalan Langgar. Sememangnya pemergian Almarhum amat dirasai oleh seluruh rakyat Kedah khasnya. 

Kerajaan Kedah akan berkabung  selama seminggu semua bentuk keramaian dan hiburan dibatalkan. Bendera Negeri, bendera persekutuan dan lain-lain dikehendaki dikibarkan separuh tiang selama tiga hari.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Amin.

AL-FATIHAH.

Sumber Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. sedih kerana perginya seorang Sultan yang baik dan disayangi rakyat...
    Alfatihah

    ReplyDelete
  2. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Al- Fatihah

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah..moga tenang baginda di sana..di sisi PENCIPTA.

    ReplyDelete