01 September 2017

# wishes

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Selamat Hari Raya Aidiladha. | Assalamualaikum wbt. Setiap 10 Zulhijah setiap tahun, semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari raya  Aidiladha. Sebagaimana hari raya Aidilfitri, hari raya Aidiladha jugak disambut meriah di merata tempat. Hari raya Aidiladha jugak dikenali sebagai hari raya Korban.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Bagaimanakah bermulanya sejarah Hari Raya Aidiladha?


Sebenarnya, hari raya Aidiladha ni atau hari raya Korban adalah untuk mengingatkan kita tentang sejarah Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail a.s selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Kisahnya, pada suatu hari Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi. Di dalam mimpinya, Allah menyuruh Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim a.s pun memberitahu isterinya Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim a . s, Siti Hajar dan Ismail.

Jadi, Siti Hajar berkata,

"Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.”

Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya,

Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih”.

Setelah persetujuan dicapai, pada keesokan harinya Nabi Ibrahim a.s telah  membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim a.s hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Perkara ini menjadikan orang ramai merasa takut sampaikan ada yang mengatakan Nabi Ibrahim a.s mungkin sudah tak waras sampai nak menyembelih anaknya sendiri. 

Akan tetapi, walau apa pun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim a.s tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya,

Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim a.s pun melaksanakan perintah Allah SWT seperti yang diperintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Allah SWT  kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada Allah SWT. 

.


Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam melaksanakan perintah Allah tanpa rasa berbelah bagi dan ragu-ragu. Pada masa kini, erti 'pengorbanan' adalah lebih luas. Berkorban untuk berubah menjadi lebih baik dan berkorban demi yang tersayang.

Selamat  hari raya Aidiladha. Semoga Aidiladha ni memberi seribu rahmat kepada kita dan memantapkan lagi iman kita kepadaNya. Amin.


Sumber SINI.

6 comments:


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.