07 September 2017

# resepi mudah

Resepi kek batik mudah.

Resepi kek batik mudah. | Assalamualaikum wbt. Raya haji baru ni adik cikla ada buat kek batik. Tapi, kek batik yang dia buat kali ni cikla tengok macam lain sikit sebab ia lebih lembut. Kalau kek batik sebelum ni, macam crunchy dan keras sikit. Walaupun kek batik ni agak lembut, tapi sedap jugak. Budak-budak yang belum banyak gigi  macam adik Zara bolehlah makan ni, sebab tak keras.

So, cikla mintaklah resepi kat dia untuk simpanan di masa depan. Manalah tau, lepas ni nak cuba sendiri kan. Tapi, cikla share kat sini, kot-kot ada yang nak mencubanya sendiri. Jom tengok dulu apakah bahan-bahannya.

Resepi kek batik mudah.


Resepi kek batik mudah.
Resepi kek batik mudah. 

Bahan-bahannya adalah seperti berikut;

250 gm biskut marie (warna cream). 
150 gm buttercup. 
1 cawan Milo. 
6 sudu serbok koto. 
4 biji telur. 
1/2 tin susu pekat manis. 
1 cawan air kosong.

Kemudian, cara-cara nak buat pulak,

  1. Biskut marie dipatah-patahkan, ketepikan dulu. 
  2. Dalam kuali, masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, dan air. Masak semua bahan tu dengan menggunakan api yang sederhana. 
  3. Kacau bahan perlahan-lahan sehingga rata, kemudian masukkan buttercup. Gaul lagi sampai rata dan pekat, kemudian padamkan api. 
  4. Selepas itu, masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan tu, kemudian Gaul rata. 
  5. Setelah rata, masukkan adunan tadi dalam bekas yang sesuai. Mampatkan adunan dalam satu bekas tersebut. 
  6. Selepas dimampatkan, masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.

Senang kan? Selamat mencuba.


Sumber: resepiummi.com

1 comment:


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.