02 September 2017

# cinta dan rumahtangga

Oh lelaki, baca ni : Mengapa korang bukan calon suami terbaik.

Oh lelaki, baca ni : Mengapa korang bukan calon suami terbaik. | Assalamualaikum wbt. Oppss... Tajuk ni macam agak sensitif kan. Tapi, cikla rasa cikla kena share jugak supaya korang khasnya lelaki kena tau pasal ni. Cikla percaya, ramai lelaki bujang diluar sana anggap perempuan sekarang terlalu memilih lelaki yang mempunyai kerjaya dan duit yang kukuh dipilih untuk dijadikan suami. 

Bagi diri cikla sendiri, sebenarnya perempuan ni takdelah memilih sangat dan ego. Tapi, apa yang mereka pentingkan adalah seorang lelaki yang bergelar suami yang bertanggungjawab dan mampu membimbing isteri ke jalan yang diredhai. Ada kalanya, soal duit bukan menjadi masalah, tapi nilai dan sikap yang baik seorang lelaki itu menjadi keutamaan. Orang cakap, duit dan harta boleh dicari. Tapi, nilai keperibadian yang 'hensem' belum tentu senang dapat. 

Jom kira semak apakah sebab mengapa perempuan akan menjauhkan diri dari lelaki ini...

Oh lelaki, baca ni : Mengapa korang bukan calon suami terbaik.

Oh lelaki, baca ni : Mengapa korang bukan calon suami terbaik.


  1. Semua orang mempunyai ego mereka masing-masing, tak kiralah lelaki atau perempuan. Tapi, kata orang biarlah ego itu kena pada tempatnya. Jangan sampai ego itu menjejaskan hubungan kita dengan pasangan. Cikla tau, bukan senang nak tundukkan ego seorang lelaki, sebab lelaki ni mempunyai sikap yang pantang dicabar. Lebih-lebih lagi kalau pasangannya tu mempunyai 'pangkat' lebih tinggi dari dia. Dan orang sekeliling pulak membanding-bandingkan, lagilah terbakar kan. So, lepas ni jangan ego sangat tau... Berpada-padalah. 
  2. Menjadi lelaki yang panas baran bukanlah lelaki yang menjadi pilihan. Memang betul, kadang-kadang lelaki ni menjadi panas baran sebab nakkan pasangannya lebih menghormati dirinya. Tapi, bagi perempuan, mereka memang takut pada lelaki yang panas baran. Iyelah, siapa aje yang suka jadi barang sepak terajang orang kan. Sebelum perhubungan menjadi lebih serius, lebih baik diaorang angkat kaki je...
  3. Perempuan memang sangat tak suka pada lelaki yang pemalas dan pengotor. Pada zaman kini, kebanyakan pasangan suami isteri akan bekerja, so kalau suami seorang yang pemalas memang wassalamlah. Macam mana nak bantu dia menguruskan kerja rumah dan sebagainya. 
  4. Lelaki yang mempunyai sikap rendah diri dan kurang berkeyakinan juga bukan pilihan menjadi seorang suami. Seorang lelaki seharusnya lebih pandai berdikari dan tak perlu mengharapkan orang lain. 
  5. Lelaki perasan bagus dan kuat berangan walaupun hakikatnya mereka tak memiliki apa-apa. Bak kata orang, 'cakap tak serupa bikin...' dan angan-angan Mat Jenin. So, berubahlah kalau korang nak menjadi pilihan perempuan-perempuan untuk dijadikan suami dunia akhirat...


Semoga bermanfaat... 


Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

3 comments:

  1. Terima kasih CikLa sharing...baik wanita mahupun lelaki besederhana itu yang terbaik...saling menegur dan boleh menerima teguran.Berhikmah dalam segenap hal selagi boleh..yang penting sabar.

    ReplyDelete
  2. huuurmmm takut kita.. semoga semua dapat pasangan yang baik dunia akhirat..

    ReplyDelete
  3. Nice sharing sis... terasa saya,... hihi... gurau je... betul tu, sikap2 di atas sangat dibenci oleh wanita...

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.