02 September 2017

# petua dan sumber alami

Nak tau cara mudah lembutkan daging? Meh baca ni...

Nak tau cara mudah lembutkan daging? Meh baca ni... | Assalamualaikum wbt. Musim-musim raya haji ni mesti selalu makan daging kan. Macam-macam menu dicuba. Puas direbus, digoreng pulak. Lepas tu di gulai. Sampai tak tau nak masak apa kan. Betul tak? Bagi cikla, nak masak daging ni perlukan kesabaran. Iyelah, merebusnya nak bagi empuk memang mengambil masa.

So, cikla nak share petua mudah untuk lembutkan daging. Mungkin ada petua yang korang dah tau dan dah cuba. Pads yang belum pernah cuba, bolehlah cuba ye... Jom tengok apakah petuanya.

Nak tau cara mudah lembutkan daging? Meh baca ni...

Petua mudah lembutkan daging.


  1. Masa korang potong daging tu, potong daging lawan uratnya. Maknanya, potong lawan arah supaya uratnya terputus. Petua ni memang cikla buat, memang betul. Daging memang cepat empuk. 
  2. Masa rebus daging jugak, korang tutup periuk, lepas tu letak lesung batu atau apa saja yang berat untuk mengelakkan wap air supaya tak keluar. Tapi, apa yang korang kena ingat,  masuk garam akhir sekali. 
  3. Rebus daging bersama kurma. Tapi,  nanti sup daging akan rasa manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, ia bergantung pada air dan api. Yang ni cikla tak pernah try. So, nanti boleh try lah. 
  4. Rebus daging bersama nenas. Sifat nenas yang 'tajam' dikatakan mampu melembutkan daging, sekaligus menjadikan daging lebih enak. Yang ni pun cikla tak pernah try. 
  5. Rendam daging bersama soda bikarbonat. Caranya, sapu daging dengan soda bikarbonat. Tak payah nak tunggu lama untuk daging lembut. Tapi, bila dah agak lembut  basuh dulu daging sebelum masak.
  6. Masukkan sudu besi semasa merebus daging ataupun gula-gula hacks. Yang masukkan sudu tu memang cikla cuba dan menjadi. Tapi, yang gula-gula hacks tu tak pernahlah pulak try. Tapi macam peliklah pulak kan... Kalau korang tak confident tak payahlah cuba. Hehe. 

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.


Sumber Facebook page Awatif Osman.

4 comments:

  1. dalam banyak-banyak ni.. yang selalu mia buat no 6.. dengan sudu besi. yang lain boleh dicuba nanti... thanks cikla..

    ReplyDelete
  2. Elok lah cik la bagi petua ni

    zaman banyak daging sampai rumah

    tapi daging korban tak liat macam daging kat kedai pun

    Mama tak payah susah susah nak masak bagi lembut

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing cikla...gula2 hacks tu tak pernah la cuba pulak, tp ygguna sudu besi tu slalu lah dgr petua org tua2 ...

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.